Chap.43

722 91 2
                                    

"Kenapa takde elektrik tetiba ni?!!!" Kata IU yang tengah panik. Dahlah malam, pastu takde elektrik pula. Mereka tak tahu yang bahawa saat ni, Sora dah diculik oleh Taemin.

"Okay! Kepada semua pelajar! Sila tunggu di cafeteria sementara saem tanya pekerja kat sini pasal hal elektrik ni. Jangan cuba cuba nak lari!! Gelang kaki tu masih berfungi untuk pengetahuan kamu. And kalau ada rakan rakan kamu yang takde kat sini, sila call dan suruh mereka ke sini secepat mungkin." Kata Kim saem. Kim saem dan Song saem lalu pergi dari cafeteria tu meninggalkan pelajar pelajar.

"Yah mana Sora?" Tanya Gayeon sambil menyuluh muka setiap pelajar berdekatannya.

"Tadi dia pergi dengan Jimin. Tak tahu kat mana dah." Balas Taehyung yang berada berdekatan Gayeon.

"Pergi dating kot. Ala lek ah Jimin tu kuat jadi boleh lah protect Sora kalau dia kena kacau." Kata Hoseok sambil tergelak kecil.

"Mana Namjoon?" Tanya Yoongi yang mula panik. Sebenarnya, Yoongi juga syak yang Namjoon bersubahat ngan Taemin sebelum ni sebab Namjoon tetiba je berminat dengan hubungan dia dan Sora. Yoongi takut yang hal takde elektrik ni bukan kebetulan tapi disengajakan.

" Tak tahu. Tadi dia kata nak keluar ambil angin." Kata Jin. Mereka berkomunikasi sambil menyuluh muka orang orang berdekatan dengan mereka. Yoongi mula rasa tak sedap hati dan keluar dari cafeteria untuk mencari Sora. Yang lain ikut je walaupun hairan.

xxxxxxxxxxxxx

"Let me go you asshole!!" Marah Sora sambil cuba lepaskan diri. Tangannya masih digari dengan besi. Wajahnya dah lebam akibat ditampar berkali-kali.

"Aww so cute! Apa? Nak kena tampar lagi? Jap eh. Hyung!! Masuklah!" Jerit Taemin sambil smirk. Sora berasa panik dan hairan at the same time. Jejaka yang Taemin panggil tu pun masuk.

"Hye Sora." Sapanya sambil mendekati Sora. Tangannya dimasukkan dalam kocek seluarnya. Speechless Sora bila dia nampak je jejaka ni ada kat depan matanya.

"Kim Nam Joon. Kau memang tak guna. Aku memang tahu kau lah spy si tak guna ni!!!" Jerit Sora dengan marahnya. Lepas habis je dia jerit, Namjoon terus menamparnya.

"Haih kau ni pun satu. Asallah kau perlu susahkan aku dengan menyamar jadi yeochin Yoongi hyung. Kan senang kalau kau bagitahu je aku tentang identiti kau yer tak? Tak payah susah susah nak culik kau." Jelas Namjoon.

"Kenapa kau nak kacau Yoongi hah tak guna?!! Yoongi kan kawan kau?! Sampai hati kau buat dia macam ni!" Kata Sora.

"Kawan? Hmm kau dah salah faham ni dik. Yoongi hyung memang kawan aku, tapi bila dia pernah ugut aku untuk beritahu saem pasal Mina tu, aku terus buang persahabatan kami. Oh ya, kau dah tau kan pasal Mina tu?" Jelas Namjoon dengan wajah psycho nya.

"Kau memang layak masuk penjara!! Kau bunuh Mina dan libatkan yang lain dalam hal ni!! And Taemin, kau memang tak guna. Kau pun dua kali lima je dengan Namjoon. Kenapa korang dua libatkan Jimin dalam jenayah kotor kamu hah?!!" Marah Sora. Pertanyaannya yang terpendam selama ni sudah ditanya.

"Budak tak guna tu?? Dia memang layak pun. Buat kerja separuh jalan pastu cakap dah tak nak kerja ngan kami. What a coward." Jelas Taemin. Sora tak tahu nak balas apa sebab dia bingung dengan apa yang dikatakan oleh Taemin.

"Apa maksud kau yang dia kerja separuh jalan?" Tanya Sora.

"Kau serious ke nak tahu Sora? HAHAH pasti kau akan rasa kecewa lepas ni tapi takpe lah kalau kau memang nak tahu." Kata Namjoon sambil menarik seseorang dari luar masuk ke dalam.

[C] CRIMINAL ( BTS)Where stories live. Discover now