BAB16

596 12 0
                                    

'Be fearless in the pursuit of what sets your soul on fire..'

SAAT jet peribadi itu mendarat, Erika terasa kecut perut. Tiba-tiba dia terasa mahu berpatah semula ke tempat asal. Besar tanggungjawabnya berada di sisi lelaki ini. ini bukan lelaki biasa-biasa. Perniagaan keluarga ini boleh dikatakan besar. Besar sehingga terasa kerdil di sisi Gibriel.

Gibriel melebarkan senyumannya dan menarik nafas. "Ready mademoiselle?"

Erika menelan liur sambil menggeleng. "Never be, monsieur!"

"Good!" Gibriel memberi senyuman hingga ke lesung pipitnya. Erika menarik nafas. Sedia atau tidak, kakinya sudah menjejak dunia Gibriel. Apapun jadi, dia harus teruskan.

Sebuah kereta Range Rover hitam metalik menyambut Gibriel. Bastien dan Rafael menaiki kereta lain. Erika menghela nafas sambil matanya meliar memandang suasana di dalam kereta itu. Luas dan begitu sporty. Gibriel mencapai satu fail dari beberapa fail kecil yang terletak di antara dia dan Gibriel. Aiden di hadapan turut membuka fail untuk disemak. Suasana sunyi di dalam kereta itu. Erika mengalihkan mata keluar kereta. Menikmati pemandangan perjalanan ke tempat yang tidak diketahui.

"Yin? Are you okay?" Gibriel memandang Erika.

Erika berpaling ke arah Gibriel. "Bored as hell! I don't know you are this bored.." komen Erika.

Aiden ketawa.

"I mean both of you!" Erika membulatkan matanya kepada Aiden.

Aiden masih tersengih. Gibriel ketawa kecil. "I have to take care of unfinished businesses, Yin. Since for past few days around, I have to beg my love of my life to follow me here.."

"Pfttt... such a sweet talker!" Erika menjulingkan matanya. Memikirkan hari-hari yang bakal berlalu. Dalam kereta pun dah kena abai. Apa pula yang akan jadi nanti. Erika mengeluh perlahan.

"Menyesal ke?" Gibriel merenung anak mata wanita itu. Anak mata coklat lembut itu sentiasa membuat hatinya tenang.

"Can you send me back home?" Erika mengerdipkan matanya dengan muka sedih yang dibuat-buat.

"I am sending you..." Jeda seketika. Gibriel merenung Erika lembut sebelum menghabiskan ayatnya. ".. to my home.." Gibriel ketawa kecil.

Erika menjeling tidak puas hati. "Hun.."

"Hmm..?" Gibriel mula membaca failnya semula.

"What's your family looks like?"

Gibriel menarik nafas dan menjawab. "Not as yours.."

"Hun.. please.. help me to potray good image.."

Gibriel memusingkan pen Montblanc yang dihiasi batu rubi itu. Sesekali jemarinya mengetuk lembut fail berkulit keras itu. "My father more likely serious and stern. He will observe you from your first step into my house. But, he's a good boss. Everyone loves him here. His wife isn't my biological mother. This is my father's third wife. The first one was Gibran's mother. The second one is my mother. My mother passed away after giving birth to me.."

Gibriel menunduk. Mungkin terasa sayu saat bercerita. Matanya mula berkaca.

Erika agak terkejut. Bersimpati dengan nasib Gibriel. Dia menelan liurnya. Dia tidak pernah mengambil tahu tentang lelaki itu. Terlalu banyak yang tidak diketahuinya dari seorang lelaki yang disayanginya. "I am sorry to hear that."

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang