BAB 64

778 28 0
                                    

'A heart filled with anger has no rooms for love..'

TEMPOH berpantang empat belas hari untul Erika sudah berlalu. Erika dan Gibriel sudah kembali ke rumah mereka selepas dihalau Zahri. Mana tidaknya, mereka tidak bercakap berdua tetapi meminta Zahri dan Bahira menyampaikan pesanan sedangkan orangnya berada di hadapan mata.

Namun, Gibriel lega kerana Erika tidak membantah untuk pulang ke rumah mereka. Mungkin duduk berdua lagi mudah untuk berbincang. Takkan nak marah-marah, nangis-nangis depan Zahri dengan Bahira? Habislah rahsia rumahtangga mereka nanti.

Kehidupan mereka masih berjalan seperti biasa cuma suasana rumah itu sunyi sahaja. Sebolehnya Erika tidak bersuara walaupun Gibriel asyik berbual dengannya. Cuma rutin apologies note Gibriel masih berterusan. Setiap hari kini, Erika menerima nota itu di dalam keretanya di tempat duduk sisinya.

Madame,

Life is too short to wake up in the morning with regrets. So, love the people who treat you right, forgive ones who don't and believe that everything happens for a reason..

I am sorry.. still please forgive me..

~Monsieur~

ADIRA meletakkan bukunya di atas meja sambil bertanya tiba-tiba, "Weh.. siapa ajar kelas B?"

Erika mengangkat mukanya. "Aku tak ajar. Kenapa?"

"Attendance ada dua orang student tu, teruk betul. Dah lah baru start kelas.. berapa kali dah tak datang kelas untuk subjek aku.."

"Siapa? Siapa?" soal Intan tiba-tiba. Entah dari mana munculnya.

"Jap aku tengok. Tak silap aku, Idham dengan Laila.." Adira menutup failnya selepas memberitahu nama kepada Intan.

"Kelas aku pun sama weh.. dua orang ni tak datang. Budak kelas dorang kata, dorang memang bercinta berdua ni.." Intan menunjukkan wajah tidak puas hati.

"Lorr.. macam lah dorang berdua je yang bercinta dalam dunia ni.. apa la sampai poneng kelas awal-awal semester ni.." bebel Erika sambil mengerutkan dahinya.

Adira mengangguk sambil menyambung. "Tu lah pasalnya. Nanti kang, kita jugak yang kena salah. Ajar tak faham la, padahal, dia tuang kelas tu, tak fikir pulak.."

"Kira je attendance dia tu. Nanti bagi je surat ketidakhadiran. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Mabuk bercinta sangat. Kalau kahwin, baru tahu seronok ke tak seronok. Masa baru bercinta, memanglah. Kentut pun bau Ambi Pur tu.. dah kahwin, tahulah nasib korang.." Erika membebel sendiri sehingga Intan dan Adira berpandangan.

"Err.. kau tak selesai perang dingin lagi ke?" soal Intan sambil memandang pada Erika.

Erika mencebik. "Sibuklah!"

"Tak baik lagi lah tu. Kalau tak, tak adanya dia nak membebel pasal kahwin, bercinta macam tak puas hati ni.." Adira menebak.

Erika menjulingkan matanya ke atas. Tidak mahu membalas apa-apa. Mengiyakan tidak, menidakkan juga tidak.

"Dalam Islam, tak bertegur selepas tiga hari pun dah berdosa, Rika.." Intan memandang Erika.

Erika mengeluh perlahan. "Sabar lah.. aku tengah adjust la ni.. tak tahu nak mulakan macam mana.."

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang