If you love someone, you'll be willing to sacrifice your dreams for them. If they love you, they won't let you..
ERIKA puas menyusun jadual tugasannya sebaik masuk bekerja. Puas dia meminta bantuan Adira dan Intan serta beberapa rakan kerjanya.
"Kau nak jaga pagi petang ke ni?" Tanya Adira.
Erika mengangguk. "Ha la.. Aku ada empat kali lagi bertugas.. paper final student aku, aku dah siapkan dan markah dah key in.."
"Kau okay ke?" Tanya Intan. Sedikit pelik dengan Erika.
Erika mengeluh perlahan. "Ayah mentua aku masuk hospital. Aku nak ambil cuti after setel semua kerja aku.. pastu aku nak arrange honeymoon dengan Gibriel. Aku janji lepas setel kerja.."
"Mentua kau okay tak?" soal Adira lembut.
"Semalam keadaan dia tak berapa stabil. Tekanan darah dia tak stabil. Tu yang aku risau.. ni aku dari sana la ni pagi tadi. Tak sampai hati pulak nak tinggalkan Gibriel sorang-sorang.."
Intan mengangguk setuju dengan perbuatan Erika. "Takpe.. apa-apa nanti, aku cover kau. Just keep your phone available.."
"Oh.. thanks.." Erika mengeluh lega. Adira dan Intan menepuk bahunya perlahan.
"Aku seram jugak bila semalam tiba-tiba dia nak aku berhenti kerja.."
Intan dan Adira bertukar pandang. "Dia mungkin tengah serabut kot." sambung Intan.
Adira hanya mengangguk mengiyakan. "Ha ah. Mungkin dia rasa, dia nak kau depan mata dia, dan dia tak fikir panjang. Yelah, ayah dia kan tengah sakit.."
"Emosi dia masa tu mungkin tak stabil kot... sebab tulah aku nak arrange kerja aku ni.." tambah Erika.
"So, kau plan nak balik umah mentua kau dalam hari apa ni?" Tanya Intan.
Erika mengerutkan dahinya sebentar. "Dalam Jumaat petang, aku dah sampai sana.."
"Wow.. cepat tu.." Adira sedikit terkejut.
"Aku nak setelkan semua pagi Jumaat tu. Duty aku setel hari Khamis.. kalau ikut hati, Khamis malam tu, aku dah balik tapi aku tak boleh nak pentingkan diri jugak.."
"Eh.. kau kan dah siap semua kan? Tinggalkan je softcopy dengan hardcopy kat atas meja kau. Nanti aku tolong setelkan.." pelawa Intan untuk membantu.
Erika membulatkan matanya. "Serius??"
"Serius laa.. kerja kau dah siap pun. Aku tolong hantar je.."
Adira memandang Erika. "Eh.. kau dah bagitau bos ke pasal hal ni?"
"Haaa.. belum.. belum.. aku nak pergi jumpa dia kejap.."
"Pergi.. pergi.." halau Adira. Mereka berdua memandang tubuh Erika yang hilang di dalam bilik pejabat ketua jabatan mereka.
TELEFON bimbit yang berbunyi itu membuatkan Erika terkocoh-kocoh berlari mencari telefon itu di dalam beg tangannya. Dia terlewat pulang ke rumah hari ini.
Gambar Gibriel tertera pada skrin telefon bimbitnya. Erika mengukir senyum sebelum menjawab. "Hi hun.."
"Hi baby.. home already?" Suara serak Gibriel memenuhi gegendang telinganya.
"Yeap.. baru letak beg.." Erika mengusap bahunya. Melegakan kelenguhan di bahunya.
"Lambat balik hari ni?"
"Ha ah. I've done some arrangement. How's ayah there?" soal Erika. Suaranya perlahan. Jelas seperti keletihan.
Gibriel menarik nafas. "Better. Dah okay tapi still kena pantau.."
"You okay there?"
"I don't know.." Lirih suara Gibriel itu. Mungkin akibat risaukan keadaan ayahnya yang masih tidak sihat.
Erika menghela nafas panjang. "I'm sorry, I'm not there for you.. saya dah arrange duty so I can be there with you.."
"Thanks sayang. Really appreciate it.."
"Thanks for understanding, hun.."
"Dah makan ke belum ni?" Tanya Gibriel.
"Belum lagi. Penat sangat, rasa tak nak makan.. Awak dah makan?"
"Dah.. Bonda bawak makanan tadi.. tengah hari tadi makan tak ni?"
Erika menayang gigi sendiri. "Makan.."
"Makan apa?" soal Gibriel. Nada ingin tahu.
"Mmm.. roti?" jawab Erika perlahan.
"Roti jee?" keluh Gibriel.
Tiba-tiba loceng rumah mereka berbunyi. "Jap.. ada orang tekan loceng.."
"Pergilah tengok dulu. Jangan letak phone."
"Okay.." Erika terus membuka sedikit daun pintu. Seorang lelaki bertopi membawa bungkusan. "Ye, dik?" Tanya Erika.
Bungkusan itu dihulur. "Ada delivery order untuk akak.."
"Eh.. akak takde order delivery apa-apa pun.."
"Er.. tapi alamatnya memang sini, kak. Dari Sheikh Gibriel.." Resit nama itu dihulur.
Erika tersenyum sambil menggeleng. Dia mengambil bungkusan itu dan menutup daun pintu rumahnya.
"You're the best, hunn!!" Jerit Erika suka. Kedengaran suara Gibriel ketawa kecil dari corong sana.
"I knew my wife well.. kalau saya takde, mesti makan tah ke mana, apa tah ke mana.. ni mesti belum mandi ni.."
Erika ketawa suka sambil mengangguk.
"Terangguk-angguk. Jawab la.." bicara Gibriel itu membuatkan Erika membulatkan matanya.
"Mana awak tahu saya mengangguk?" Tanya Erika dengan perasaan ingin tahu.
Gibriel ketawa. "I even know where the exact seat you're taken.."
"Monsieurrrr..." suara itu seperti ugutan tetapi dijawab dengan tawa dari Gibriel.
"I've install camera inside our house. Just for security check.." akui Gibriel.
Erika mengerutkan dahinya. "Where is it?"
"On your book cabinet.." Jawapan Gibriel itu membuatkan Erika mencari kamera di rak bukunya di ruang tamu itu. Dan matanya tertancap pada sebuah camera yang sedang berkelip isyarat kecil berwarna merah.
"How come I didn't notice this before?"
"Saya baru je install few days before balik sini.. ni first time guna.."
"Baru nak pakai towel je merayap dalam rumah bila awak takde.." usik Erika.
Gibriel ketawa. "Well, be my guest.. nanti saya record.." Lelaki itu galak ketawa.
Erika mencebik. Baru mahu mengenakan Gibriel, tetapi lelaki itu lebih pandai mengenakannya.
KAMU SEDANG MEMBACA
Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]
RomanceGIBRIEL HULAIF punya segalanya tetapi tunangnya beralih arah pada abangnya, membuatkan dia melarikan diri mencari ketenangan. Bertemu seorang setiausaha yang manis saat hatinya terikat pada gadis lain. Tetapi takdir cinta telah menemukan hati mere...