BAB 50

658 24 7
                                    

'Luck is what happens when preparation meets opportunity...'

GIBRIEL mengangkat keningnya saat melihat sebuah tafsir Al-Quran yang diletakkan oleh Sheikh Ghazali di atas mejanya.

"Buka muka surat yang ayah dah tanda dengan penanda tu.." arah Sheikh Ghazali. Dia sudah menanda muka surat yang berkenaan untuk anaknya.

Gibriel membuka muka surat yang ditanda. Saat bebola matanya melirik ke arah surah yang ditandakan itu, bibirnya menguntum senyuman lebar.

"You already knew it?" tebak Sheikh Ghazali saat melihat senyuman lebar di bibir Gibriel.

"I knew it and I've already prepared and done memorise this.." Gibriel tersenyum puas.

"Seriously??" Tanya Sheikh Ghazali seakan tidak percaya.

"Hud pernah tipu ayah ke?" Pertanyaan sang ayah itu dijawab dengan soalan.

Sheikh Ghazali menghela nafas. "Fine.. esok you can read it depan ayah dan ustaz.. kena bacaan yang betul ye, Hud.. ni penentu sama ada tiga bulan ke sebulan ke hari pernikahan kamu tau?"

"I'll make sure, I got that one month.." Gibriel bersuara penuh yakin.

Selama ini, dia sentiasa membaca ayat ini. Saat teringatkan Erika dalam dua tahun mereka berpisah, dia sentiasa membaca surah ini. Surah ini banyak membantu hidupnya. Tanda kasih sayang Allah yang tidak pernah berbelah bahagi pada hambaNYA.

"Don't drop my water face haaa.."

"I won't la, ayah.." Janji Gibriel itu kedengaran begitu yakin. Sheikh Ghazali hanya tersenyum. Dia kenal sikap itu. Sikap tidak berputus asa untuk memiliki yang diingini. Ternyata Gibriel sudah lama bersedia sehingga peluang ini hadir.


MENU di hadapan itu diserahkan kepada pelayan yang baru selesai mengulang pesanan makanan mereka. Erika dan Gibriel membalas senyuman pelayan itu.

"So..." Gibriel mengulum senyum pada Erika.

Erika memandang Gibriel dengan pandangan tertanya-tanya. "So..?"

Gibriel mengetuk perlahan jemarinya di atas meja. Erika memandang kea rah lelaki itu sambil menongkat dagu. "You look happy.. wanna share?"

Gibriel menongkat dagu memandang Erika. Matanya terisi dengan senyuman. Smile eyes. "We should stick to one month period of time before we got hitch.."

Erika membulatkan matanya. Tidak percaya. Gibriel tersenyum sambil mengangguk. "You're joking?"

"Nope.." Gibriel menggelengkan kepalanya.

"One month mana sempatttt.." Erika mula merasakan kepalanya berputar. Jemarinya mengurut pelipis keningnya.

"Hey.. hey.. easy hun.." Gibriel menenangkan Erika. Bibirnya masih mengukir senyum.

"Mana sempat nak prepare semuaaa.."

"Sempatt.. I'll make sure everything will be smooth sailing for us.."

"Eh.. bukan ayah ada bagi tugasan untuk awak ke?"

"It's already done. Mission accomplished.."

Erika mengerutkan dahinya. "Senangnya misi tu? Tak sampai seminggu dah selesai?"

Gibriel ketawa kecil. "I have been prepared earlier.."

Erika menghela nafasnya. Otaknya mula berjalan.

"Hey hun.. I said, I'll together with you along the process.. don't worry.."

Erika mengerutkan dahinya. Kerisauan. "Sempat ke?"

"Kalau tugasan ayah tu saya boleh complete dalam masa dua ke tiga hari, our huge mission on this marriage, lagi boleh diselesaikan.."

Erika menghela nafas. "You look so confident.."

"Of course.. I can't wait to hold you in my arm.." Gibriel mengusik Erika. Erika mencebik dan kemudian bibirnya mengukir senyum. Gibriel selalu memudahkan hidupnya. dengannya, segala beban, terasa ringan.

"Eat up first. We gonna have a long day today.." Gibriel menyuakan makanan ke mulut Erika. Erika hanya mengikut sahaja. Dia perlu mula memberi kepercayaan kepada lelaki yang bakal memegang kehidupan di masa hadapannya nanti.


GIBRIEL tersenyum sepanjang masa. Erika melihat senyuman itu dengan bahagia. Indahnya perasaan bila mereka sama-sama menyelesaikan urusan perkahwinan mereka sepanjang hari itu. Lelah berjalan tidak terasa. Lain benar perasaannya dengan Gibriel kini dan dengan Ilham suatu ketika dahulu.

"Penat?" soal Gibriel.

"I'll never tired with you, baby.. will not.." Erika mengusik Gibriel.

Gibriel membulatkan matanya. Bebola matanya bersinar-sinar. "Wowww.." Tiada kata dapat dikeluarkan. Terkejut dengan bicara Erika yang mencairkan hatinya.

"Aucchh.." Erika seolah menutup matanya.

"Kenapa, Yin??" Suara Gibriel kedengaran cemas.

"Silau dengan sinaran mata awak.." usik Erika. Erika ketawa suka.

Gibriel menggelengkan kepalanya. Senyuman Erika disambut. "I can't wait you to be mine.. makin nakal sejak-sejak nak kahwin ni.. or, should I lessen the period? Hmm.." Gibriel mengerutkan dahinya dan menggigit bibir bawahnya seolah berfikir.

Mata Erika membulat. "Eh.. a month is already short okay.. jangan nak buat macam nak kahwin koboi pulak.." rungut Erika sambil memuncungkan bibirnya.

"Tau takut.." Gibriel mencebik. Erika menaikkan matanya ke atas. Annoyed!

Gibriel melirikkan matanya ke pergelangan tangannya. "Dah Asar ni.. solat dulu then ada satu pit stop lagi.."

"Eh.. rasa macam semua barang dah beli je.. pit stop untuk apa pulak ni?"

Gibriel senyum meleret. "Adalaahhh.. Surpriseee..." Keningnya dinaikkan berkali-kali. Sengaja mengusik Erika.

"Bagitau dulu.." ugut Erika.

"Ehh.. nama pun surprise.. kalau bagitau awal-awal, tak surprise la.."

"Tak nak.."

"Tak nak? Nak stay sini sampai malam? Deal. I am okay to wait here.. as long as I am with you.." Gibriel melabuhkan duduk dan bersandar di sisi Erika.

Erika memandang wajah selamba Gibriel di sebelahnya. Berbalah dengan Gibriel tidak akan membuat dia menang. Erika menghelakan nafasnya perlahan. "Fineee.. cepatlah.. jom Asar dulu.."

Gibriel ketawa suka. Mereka berdua bergandingan ke surau sebelum berpisah di depan surau lelaki.  

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang