BAB 30

616 17 2
                                    

'Smile like you've never cried and fight like you've never lost..'

ADHA mengekori tubuh penuh berkarisma itu masuk ke ruang pejabat. Gibriel tampak kembali sihat untuk memulakan tugas semula. Gibriel melabuhkan duduk di kerusinya. Seketika kemudian, jemarinya mengangkat bingkai gambar yang terisi gambar Erika dan dirinya. Gibriel menarik nafas dan meemjamkan mata seketika. Mengusir kenangan yang mula menjengah.

"Welcome back, boss.." Adha tersenyum senang.

Sejak kemalangan lalu, dia banyak membantu Tuan Sheikh Ghazali dalam urusan yang melibatkan kerja Gibriel. Akhirnya dia menarik nafas lega apabila Gibriel kembali pulih.

Gibriel menarik nafas. Dia menggerakkan bahu kirinya berkali-kali. Menyesuaikan diri dengan keadaan baru. "How's work so far?"

"Tan Sri coping with some urgent matters.. Boss dah okay ke ni? Ready to work hard?"

"Been better. Cuma ada a few treatment untuk bahu. As for now, you need to handle my appointment very tight. Saya tak mahu ada ruang untuk rehat.."

"Ha..?" Adha menelan liurnya. Dia memandang Gibriel dengan wajah tidak percaya. Gibriel adalah lelaki rasional yang selalu meletakkan kerja dan hidupnya perlukan keseimbangan. Gibriel yang baru balik dari bercuti selepas kemalangan ni, sedikit lain. Rasanya, kepala dia tiada hentakan.

Seketika kemudian, daun pintu pejabat Gibriel terbuka. Aiden melabuhkan duduk di hadapan meja Gibriel.

"Keep him fully occupied for now, Adha.." Aiden bersuara lembut. Melihat wajah tegang Gibriel itu, memang dia bercakap tanpa berfikir.

"But lunch is a must, Hud.. I will not let you skip your lunch.." nasihat Aiden. Adha hanya mengangguk.

Gibriel menambah. "Make it a lunch discussion or appointment.."

Aiden menggelengkan kepala. Gibriel mengetap bibirnya. "If this, what he ever wanted with me, aku akan kerja sampai aku mati dan tua dengan kerja ni.."

Aiden menghela nafas. "He's your father.."

"He has no right to ruin my life.." Suaranya sedikit keras. Geram. Sakit hati. Terluka.

Aiden bersandar. "You're not being yourself now. Jangan biarkan amarah menguasai kau.. kalau ini yang ayah kau nak, kau kena redha. Mungkin Rika dan kau memang takde jodoh.."

"Stop saying that. It hurt." Balas Gibriel. Adha hanya menunduk mendengar bicara Gibriel dan Aiden. Patutlah Gibriel dah tidak seperti dulu. Gibriel baru ini tidak banyak bicara dan tidak kelihatan gembira.

"I should get going.. Those are the files need to be taken care of.." Adha menunjukkan timbunan fail yang tersusun di atas meja Gibriel.

"It's a great start.." Jemari Gibriel menarik sebuah fail. Dia menarik nafas dan memulakan kerjanya. Aiden hanya memerhati dengan perasaan sebal. Entah bagaimana dia mahu menasihati Gibriel agar redha dengan keadaan yang telah terjadi.

"SAYA tak tahu. Saya minta maaf.." Mata berkaca Marsya diperhati. Gibriel bersandar di kerusi makan itu. Panggilan dari Marsya mengajak berbincang tentang perkara sebelum kemalangan itu membuatkan Gibriel berada di restoran itu bersamanya.

"Tan Sri minta saya rapat semula dengan awak untuk gagalkan rancangan perkahwinan awak dan Erika." Gibriel memejamkan matanya. Menghadam patah demi patah ayat yang terkeluar dari bibir Marsya. Kenapa masih nama Tan Sri Sheikh Ghazali? Mengapa?

Monsieur et Mademoiselle [COMPLETED]Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang