5

6.5K 1.1K 103
                                    

A/N: Update ♥

---
Shin Min Jung bergegas untuk turun ke bawah. Ada baki lima minit lagi dan dia tiada hati untuk bertikam lidah dengan Kim Taehyung.

Sudahlah dia baru je dua hari tinggal bersama Taehyung. Takkanlah nak bergaduh aje dengan lelaki tiada perasaan tu.

Gadis itu membetulkan rambut panjangnya  sebelum melangkah menghampiri Taehyung yang sudah setia menanti di meja makan.

"Come here little kid. Aku nak jelaskan sikit peraturan dekat kau. Duduk cepat."

Arahan keras Taehyung membuatkan Min Jung menikus ketakutan. Lantas, dia menarik kerusi untuk duduk di kerusi sebelah kanan lelaki itu.

Taehyung mengambil satu sampul surat bersaiz A4 lalu dicampaknya betul-betul di atas pinggan Min Jung yang masih kosong dengan makanan.

"Baca dan fahami. Aku akan terangkan nanti Cik Shin."

Tutur kata Kim Taehyung seperti robot membuatkan Min Jung merasa geram dan menyampah.

Namun, dia kawal hati daripada memprotes. Lantas, surat itu diambilnya lalu dibaca dengan teliti.

---

Aku membaca bait-bait ayat yang tertaip di surat tersebut. Hati aku berdegup kencang. Sedaya upaya aku cuba menenangkan hati yang sudah tidak tenteram ini.

Nampaknya aku akan hidup dengan lelaki ini untuk jangka masa yang lama. Aku meletakkan kertas itu di atas meja dan tersenyum pahit memandang Taehyung.

"Saya tunggu penjelasan dari awak, Encik Kim."

Kim Taehyung menganggukkan kepala. Sempat lagi dia menghirup air teh yang panas.

"Okay. Listen carefully Cik Shin Min Jung."

---
Taehyung meletakkan cawan teh di atas piring. Jarinya diletakkan di atas surat yang baru dibaca oleh Min Jung.

"Pertama, kau akan bersekolah di tempat baru dengan identiti yang baru. Please , take note with this."ujar Taehyung.

Matanya tidak terlepas daripada memandang Min Jung. Gadis muda dihadapannya itu hanya diam mendengar tutur kata Taehyung.

"Kedua, aku akan ikut ke mana sahaja kau keluar. Tak kiralah nak berjumpa kawan-kawan baru kau sekalipun. Jangan cuba jejak kaki tanpa izin dari aku. Semua ini untuk keselamatan kau. Ingat tu Cik Shin."

Taehyung berhenti sebentar untuk menarik nafas. Dia raup wajahnya dengan perlahan. Taehyung memandang wajah Min Jung semula.

"Ketiga, kita akan hidup bersama untuk satu jangka masa yang panjang. Sehingga suspek pembunuhan keluarga kau diberkas oleh pihak polis. Jadi, aku mohon jangan buat perangai. Dengar arahan aku. Faham?"

"B-baik Encik Kim. Saya faham."perlahan sahaja balasan Min Jung.

Taehyung menolak pinggan berisi waffle ke arah Min Jung. Mukanya tanpa sebarang perasaan memandang tajam Min Jung.

Min Jung capai garfu dan menyuapkan cebisan waffle masuk ke dalam mulut. Dia masih takut untuk berlawan pandangan dengan Taehyung.

Mahu atau tidak, segala arahan lelaki itu harus diiyakan sahaja. Malas hendak berlawan kata.

"Akhir sekali, jika kawan baru kau tanya siapa aku, beritahu diorang. Aku ni abang kau. Abang kandung kau. Jangan dedahkan identiti aku dan juga kau sendiri. Tanam info ni dalam otak kecil kau tu."ujar Taehyung untuk kali terakhir.

Dia bangun dari kerusi dan menepuk bahu Min Jung secara lembut.

"Dan, jangan sesuka hati nak ganggu atau bermanja-manja dengan aku. Aku takde masa nak layan semua tu, Cik Shin."

Pistol yang ada di atas meja dia segera sisipkan di pinggang. Taehyung memandang Min Jung sekilas sebelum beredar masuk ke dalam bilik.

Min Jung hanya merenung pinggan dengan  perasaan yang bercampur aduk. Dia seka air mata yang sudah mula mengalir.

Dia betul-betul rasa sunyi.

"A-aku rindu family aku."

🍂
A/N: Semoga update ini menghilangkan kerinduan anda terhadap story Tae Tae 💖

[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now