26

5.8K 1K 90
                                    

Lelaki Upahan | KTH

Bab 26
---
A/N:
Kejutan untuk semua.

Story ini akan tamat pada bab yang ke-30.
👫

👫

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Dia, lelaki upahan yang dingin. Dia satu dalam sejuta. Tiada siapa mampu gantikan lelaki sehebat dia."




Aku terjaga daripada tidur yang lena. Mata aku terus berfokus kepada jam yang tergantung di dinding.

Aku bawa telapak tangan ke dada. Dengan perlahan aku gosok dada yang berdegup kencang, bunyi berdas-das tembakan tetap terngiang-ngiang di dalam fikiran aku.

Peluh yang merenik di dahi aku tidak hiraukan. Jam baru mencecah angka 3 pagi. Nampaknya masih terlalu awal untuk aku kekal bangun dari tidur.

"T-taehyung takkan mati kan? Aku mohon..dia tetap selamat walau bagaimana situasi sekalipun."aku soal diri sendiri pada malam yang sepi itu.

Mimpi ngeri tersebut masih segar dalama ingatan. Bagaikan kaset yang rosak, aku masih ingat setiap situasi yang berlaku dalam mimpiku.

Taehyung tolak aku ke tepi.

Taehyung cuba selamatkan aku.

Taehyung kena tembak.

Taehyung terbaring tidak sedarkan diri.

Aku menggigit jari. Tubuh badanku menggigil perlahan. Mimpi yang seakan benar membuatkan aku makin takut.

Aku tidak mahu nyawanya tergadai hanya disebabkan aku.

"T-taehyung pasti baik-baik sahaja. Aku percaya semua itu. Tuhan, bantu a-aku."

Sempat aku titipkan doa kepada tuhan. Wajah dingin Taehyung sentiasa memenuhi ruang fikiran.

Tanpa dipinta, aku melompat turun dari katil. Aku bawa langkah untuk dituju ke biliknya.

Jujur. Aku tak mampu tidur lena selepas mimpi itu muncul.

---

Taehyung mengesatkan matanya yang terpejam rapat. Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu menyedarkan Taehyung.

Lelaki itu membuka pintu. Tanpa sempat memberi reaksi apa-apa, gadis itu menerpa ke arah Taehyung.

"Kau dah kenap-"

Min Jung menyembamkan mukanya di dada Taehyung. Degupan jantung lelaki itu sedikit sebanyak menenangkan hati Min Jung yang tidak keruan.

---
"Teman s-saya tidur abang Tae. Jangan tinggalkan saya."pinta Min Jung.

Dahi Taehyung sudah berkerut memandang Min Jung. Tetiba aje nak bermanja dengan dia pada pukul 3 pagi ini.

Namun, Taehyung tidak membantah. Dia memimpin Min Jung masuk semula ke dalam bilik.

"Sila duduk. Jangan lari Inspektor Kim Taehyung."

Arahan yang keluar dari mulut Min Jung kedengaran begitu mencuit hati.

Taehyung menolak badan Min Jung sehingga gadis itu terbaring di atas katil.

Matanya bersinar memandang wajah manis Shin Min Jung. Anak rambut Min Jung yang terjuntal sehingga menutupi dahi menarik pandangan mata Taehyung.

Jari Taehyung menyelak rambut Min Jung ke belakang telinga gadis tersebut.

Dia tarik selimut tebal untuk menutupi tubuh badan Min Jung. Mata gadis itu berair dan tampak kemerahan.

Taehyung menghembus nafas perlahan sebelum bibirnya mengucup kelopak mata milik Min Jung.

"Kenapa kau nangis? Kenapa tak tidur lagi?"

Soalan daripada Taehyung terus menyebabkan Min Jung sebak.

Min Jung menggenggam erat pergelangan tangan Kim Taehyung.

"Saya m-mimpi awak akan tinggalkan saya. Saya takut, Taehyung."

Taehyung tersenyum nipis. Dia seka air mata yang sudah mula membasahi pipi Min Jung.

"Aku tak akan tinggalkan kau selagi nyawa masih berbaki di dalam jasad tubuh aku. Aku sayang kau. Tolong jangan nangis lagi."

Taehyung mengelus rambut Min Jung. Dia melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Malam yang sepi. Malam yang dingin tanpa butiran bintang yang banyak.

Taehyung tersenyum pahit. Matanya sedikit berair. Hati lelakinya terlalu goyah ketika itu.

Kerana dia sudah tahu. Dia pasti akan tinggalkan Min Jung.

Pada suatu hari nanti.

----

A/N:

Cover sudah bertukar. Cantik tak?

Saya berharap bab kali ini lebih baik daripada yang sebelum ini.

Sedih?

Saya akan hubungi Kim Tae Tae untuk sediakan tisu.

[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now