16

5.9K 1K 58
                                    

Lelaki Upahan |KTH

Bab 16

-----

Aku meletakkan beg di sofa. Mataku hanya memerhati gelagat Taehyung dalam diam.

Sejak dari dalam kereta tadi, dia semakin menjadi dingin. Setiap kata-kataku tidak dilayan.

Taehyung menoleh ke arah belakang sebelum memasuki biliknya. Akhirnya, bersuara juga mamat beku ni.

"T-taehyung, s-say-"

Belum sempat aku menghabiskan kata-kata, Taehyung memintas percakapan aku dengan suara garau miliknya.

"Jangan cakap banyak. Pergi mandi cepat dan aku nak kau keluar bilik untuk latihan mempertahankan diri petang ni. Now!"ujar lelaki itu dengan tegas.

Telinga aku menjadi panas akibat bebelan pedas dari mulut Taehyung. Tanpa membalas arahannya, aku terus memasuki bilik.

Perasaan geram makin membuatkan aku menyampah untuk memandang si polis yang acah bagus itu.

----

Taehyung berdiri kaku. Matanya menghantar renungan tajam kepada gadis yang sedang berdiri di hadapannya ketika itu.

Min Jung masih menundukkan kepala. Mana tidak gelisahnya, keluar bilik sahaja. Si Taehyung sudah merenung dia seolah ingin dibunuhnya Shin Min Jung.

"Datang dekat sikit. Yang jauh sedepa dari aku dah kenapa? Protes?"soal Taehyung bersama iringan nada suara garang.

Min Jung mencebikkan bibir. Dia genggam kedua-dua tangannya. Perasaan takut,gelisah semakin hebat menguasai dirinya ketika itu.

Apabila berdua-duaan dengan Taehyung, suara tegas lelaki itu, sikap dingin Kim Taehyung menyebabkan Min Jung sukar untuk fokus.

Senyap-senyap dia menggosok dadanya. Sekadar ingin melegakan rentak jantung yang tidak stabil.

"B-baiklah. Saya datang ke depan sedikit."balas Min Jung.

Sesi latihan mempertahankan diri pada petang itu berlangsung juga. Suasana tegang antara Taehyung dan Min Jung mencetuskan suasana yang sepi.

Dua-dua bisu tanpa bicara. Kau renung aku. Aku renung kau.

Min Jung terkial-kial menghayunkan penumbuk seperti yang diajar oleh Kim Taehyung.

Fikirnya dia akan berjaya. Namun, telapak tangan Taehyung terlebih dahulu berjaya menangkap tumbukan dari Min Jung.

"Lembik sangat. Cuba lagi. Aku rasa kalau kau hadap penjenayah, dah lama mati. Lembik."

Provokasi daripada Kim Taehyung mendorong Min Jung untuk memantapkan lagi skil mempertahankan diri.

Satu demi satu langkah yang diajar lelaki itu diikutnya penuh teliti.

Enggan dilabel lembik. Min Jung fokus mengikut arahan Taehyung.

"Bagus. Kau dah dapat belajar teknik mempertahankan diri. Tapi, tetap lembik. Sentiasa praktis. Ini semua untuk keselamatan kau. Faham?"

[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now