10

5.9K 1K 38
                                    

A/N: Update. Hope you enjoy 💖

----
Aku baru je nak berbaring atas katil tapi terbantut apabila terdengar bunyi ketukan pintu.

Itu mesti Taehyung , pak cik garang. Kedekut senyuman.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan melangkah longlai ke pintu bilik.

Pintu bilik dibiarkan separuh. Wajah tiada riak perasaan Taehyung terpampang di pandangan mataku.

Buang tabiat ke apa nak borak-borak dengan aku malam ni?

"Nak a-apa Taehyung? Saya nak tidur."ujarku malas ingin melayan.

Jika berkata lebih, kang disemburnya kata-kata sinis kepada aku.

Lebih baik aku tak perlu layan.

"We need to talk for a while. Boleh tak Cik Shin?"

Aku merenung ke bawah lantai untuk berfikir. Pelawaan Taehyung untuk bercakap denganku harus diteruskan.

Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan aura dingin dalam rumah ni.

Kan?

"Boleh. Masuklah Taehyung."pelawa aku.

Dia masuk ke dalam bilik aku dan duduk di hujung katil.

"Aku minta maaf untuk segala perbuatan kasar aku. Aku nak kau faham dengan tugas aku. Jangan rumitkan keadaan. Dengar arahan. Keselamatan kau menjadi keutamaan aku. Faham tak Cik Shin?"

Aku mengangguk sahaja. Takut untuk menuturkan kata-kata balasan.

Mungkin ini masanya untuk aku berbaik dengan polis garang ni.

Aku penat nak hidup macam ni.

Asyik bertekak je memanjang.

"Encik Kim. Eh tak, abang Kim..maafkan Min Jung ya? Saya janji a-akan jadi budak baik."

Aku berjanji sesuatu yang mustahil. Susah nak jadi budak baik. Kadang-kadang tak terkawal juga.

Mohon si Taehyung sabar melayan kerenah aku.

"Dah la. Tidur awal. Esok kau sekolah. Be a good girl. Selamat malam."

Lampu kecil di sisi katil ditutup oleh lelaki itu.

Bayangan tubuh badannya yang keluar dari bilik aku hantar dengan senyuman gembira.

---
Bukk!

Bunyi benda dan perabot rumah dihempas kasar menyedarkan aku dari tidur.

Aku menggosok mataku dan segera berlari ke pintu bilik.

Telinga aku tekap di pintu. Bunyi tersebut masih berterusan.

Apabila merasakan bunyi itu makin dekat dengan bilikku, hati aku laju mengatakan perlakuan itu bukan datang dari Taehyung.

Ada orang asing sudah menceroboh rumah kami berdua.

Aku terundur ke belakang. Aura ketakutan menguasai diri yang terasa begitu kerdil pada waktu itu.

Tombol pintu bergerak-gerak. Dipulas kasar berulang kali. Satu hempasan di pintu menyebabkan aku terus berlari masuk ke bawah katil.

Menggigil sebanyak mungkin. Telapak tanganku sudah berpeluh sakan.

Damn.

Aku mengesot ke bawah katil. Aku menekup mulutku daripada membuat sebarang bunyi bising.

Dari bawah katil, aku dapat melihat kaki seseorang berkasut but berwarna koko gelap masuk ke dalam bilik.

Tattoo naga kecil terukir di pahanya.

"Kau menyorok kat mana anak Shin. Parents kau dah mati. Kau je liat tak nak mati lagi. Puas aku cari kau. Keluar dan hadap aku Min Jung."

Suara asing seseorang lelaki yang aku tidak kenali menyebabkan air mata aku mengalir deras.

Beberapa saat kemudian, bunyi sedas tembakan membingitkan suasana.

Kim Taehyung, tolong selamatkan aku.

Takut.

Aku sangat takut.


A/N: Semoga berpuas hati dengan update ke-10. 💖

[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now