13

6.4K 1K 321
                                    

A/N: Bab ini mampu menggoyahkan iman anda. 🌚

Jangan kata author tak bagi amaran.

-----

Aku mengikuti langkah kaki Taehyung yang begitu laju memasuki pasaraya besar yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota itu.

Mulutnya hanya membisu tanpa sebarang tutur kata. Aku menuruti Taehyung tanpa banyak soal.

Bimbang lelaki itu akan mengamuk pula.

Kertas yang terkandung list barang dapur yang perlu dibeli aku teliti dengan penuh khusyuk.

Bosan kerana dipalau berterusan oleh Kim Taehyung yang seolah-olah tidak mempunyai emosi itu.

Aku mencebik bibir dan jariku mencuit bahu Taehyung. Dia segera menoleh dan menjengketkan kening.

"Kau nak cari barang apa?"soalnya laju.

Baru sahaja mulutku terbuka ingin membalas soalannya, Taehyung terus mengambil kertas tersebut.

"Lambat betul nak jawabnya. Biar aku tolong cari. Kau ikut je."

Senarai barang dapur yang berada di dalam genggaman aku dirampas olehnya.

Hatiku terus membahang dan terasa sakit. Aku membuat keputusan untuk menyambar kertas itu daripadanya.

Namun, gagal.

"B-bagilah saya cari. Takkan semua awak nak buat dan kawal. Saya bukan budak kecil lah!"bentakku dengan perasaan geram.

Kaki aku hentak di lantai pasaraya itu seperti anak kecil. Orang yang lalu-lalang aku abaikan kerana fokusku hanya satu.

Ingin memprotes sikap mengawal yang ditonjolkan oleh Taehyung.

Dia bukannya suami aku. Sesuka hati je nak arah aku itu dan ini.

Manusia mana je yang tak marah kan?

---
"Dah mulalah tu nak mengamuk. Lantak kau lah Cik Shin. Kalau kena tinggal, kau balik rumah jalan kaki. Bye."ujar Taehyung dingin.

Dengan muka berlagaknya, dia meninggalkan Shin Min Jung terkontang-kanting berseorangan.

Barangan dapur yang berada di dalam senarai dicapainya dengan laju dan terus dimasukkan ke dalam trolley.

Dalam diam, matanya tetap memerhati pergerakan gadis itu. Bimbang jika terleka sedikit, keselamatan gadis itu akan terancam.

"Min Jung, manja kau ni. Ingat aku ni nak pujuk kau? Haish."rungut Taehyung.

Min Jung mengecilkan mata memandang pemergian lelaki itu. Apabila menyedari renungan yang dilemparkan oleh orang di sekeliling, mukanya menjadi kemerahan akibat malu.

Langkah kakinya dibuka luas untuk mengejar Kim Taehyung.

----

Barang-barang dapur diletakkan di atas meja. Setelah memastikan pintu sudah terkunci kemas dan keadaan dikenal pasti selamat, Taehyung meletakkan pistolnya di atas meja.

Satu hembusan keluar dari mulut lelaki itu. Matanya menghantar pemergian Min Jung ke bilik.

"Nampaknya merajuk panjang budak ni. Aku ni dah serupa pengasuh dia. Manja sangat. Kasihan bakal suami dia nanti. Banyak ragam je kerja."

Beberapa saat kemudian, Taehyung merenung jam yang tersarung di pergelangan tangan kirinya.

Bibirnya tersenyum letih. Sempat lagi Taehyung menjeling ke arah bilik Min Jung.

"Aku rasa dia dah tertidur ni. Baik aku mandi dulu. Rasanya dia takkan keluar bilik dah."gumam Taehyung.

Tanpa berfikir panjang, Taehyung terus melangkah masuk ke bilik air.

Fikirnya Min Jung sudah terlelap. Jadi, tak salah kan jika dia bertuala sahaja? ( 🌚 Ehehehe)

----

Aku melompat dari katil. Perutku sudah memberontak dengan ganas.

Mungkin aku makan terlalu banyak pada hari ni. Dah jadi satu hal. Perut aku meragam teruk.

Sambil meletakkan tangan di perut, aku melangkah tergesa-gesa untuk keluar dari bilik.

Sudah pasti aku nak lupuskan rasa sakit perut yang sudah memakan diri ini.

Badanku terhuyung-hayang menapak keluar dari bilik.

"U-urgh..nak meletup dah ni. Macam ada volcano dalam perut. Ya ampun."rintih aku dengan nada perit.

Aku gagahkan diri melangkah ke bilik air. Mataku hanya memandang ke bawah lantai.

Aku rasa aku dah nak sampai. Baru je nak melangkah masuk, pintu bilik air dibuka seseorang.

Tindakan refleks menyebabkan aku mendongakkan kepala memandang ke atas.

"Muka macam nak tercirit. Kau dah kenapa Shin Min Jung?"

"S-sakit perut. I-iya."tergagap aku menuturkan kata-kata tersebut.

Aku beralih sedikit ke tepi untuk masuk ke dalam bilik air.

Nasib tak menyebelahi. Kakiku tersadung dengan karpet berbulu halus.

Kesudahannya, mukaku tersembam ke dada bidang milik Taehyung.

Tanganku melekat elok di perutnya yang terbentuk dengan hiasan otot 6 packs.

Ya ampun.

Kesucian mataku dan tanganku sudah dinodai.

Aku gagal mengawal sikap mudah cemas yang tertanam dalam diri sejak azali.

Dengan cuainya, jari-jemari aku tertarik tuala putih yang dipakai oleh Kim Taehyung.

"A-apa kau buat Cik S-shin?"

Aku membulatkan mata. Jeritan aku bertemu dengan jeritan Taehyung.

Tuhan, dugaan paling mencabar kau beri setakat ini.

Aku tutup pintu bilik air. Aku tepuk dada untuk menghilangkan debaran yang semakin menggila.

"Seksinya."gumamku tanpa sedar.

👫
A/N:

Jangan imagine lebih-lebih.

Nanti nosebleed.

Author tak jamin.










[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now