8

6K 1K 94
                                    

A/N: Lelaki Upahan dah capai 1k reads. Terima kasih.

----
Keenam-enam lelaki yang duduk semeja dengan Min Jung pada mulanya terlalu kekok untuk berbual dengan Kim Taehyung.

Aura dingin dan misteri yang datang dari lelaki itu membantutkan hasrat untuk mereka beramah mesra.

Masing-masing membuat kesimpulan sendiri dalam fikiran. Mungkin abang kandung Min Jung ni agak mengawal pergerakan adiknya.

Jadi, mereka takut untuk memulakan salam perkenalan yang terlalu melebih-lebih.

Lama-kelamaan, kedatangan Kim Taehyung di meja makan itu sudah berubah hampir 360 darjah. Reaksi wajah Taehyung mula dihiasi dengan senyuman kecil.

Sekali-sekala lelaki dingin itu menepuk bahu Hoseok dan Seokjin yang masih tidak berputus asa hendak bergaduh antara satu sama lain hanya disebabkan Hoseok tersilap mengutuk masakan Jin.

Namun, senyuman Kim Taehyung sememangnya agak mahal untuk ditayangkan kepada Shin Min Jung.

Hanya untuk Shin Min Jung seorang.

Kerana baginya, Min Jung cuma sekadar klien yang harus dijaga dan dilindungi keselamatan.

Tidak lebih dari itu.

---
Aku tersipu malu membalas senyuman manis yang dilemparkan Park Jimin.

Aku mencuri pandang gumpalan kertas pemberian Jimin.

Comel.

Tingkah laku Jimin sememangnya comel dan mencuit hati. Lelaki bertubuh rendah itu tidak berputus asa hendak berkenalan dengan aku.

Akhirnya, kami berdua bertukar nombor telefon. Bibir aku membentuk senyuman gembira.

Hari pertama berjalan dengan lancar. Aku harapkan hari-hari yang lain pun sama seperti ini.

Langkah aku dilajukan untuk menuju ke dalam kereta. Taehyung masuk ke sisi kerusi pemandu.

Gumpalan kertas dirampas dari telapak tanganku dan telefonku dimasukkan ke dalam poketnya.

"A-apa semua ni Kim Taehyung! Give back my cellphone!"aku separuh memberontak. Kaki aku hentak  kuat tanda tidak setuju dengan perlakuan Taehyung.

Dia ada hak ke nak bersikap kurang ajar sesuka hati je?

---

Lelaki dingin itu hanya diam. Bibirnya terkumat-kamit menyebut perkataan sabar.

Dia bukan ego. Dia amat menitikberatkan keselamatan Min Jung.

Namun, sebaliknya gadis itu masih tidak faham. Hentakan kaki Min Jung memanaskan hati Taehyung.

Dia menekan pedal minyak dengan pantas. Terus terdorong badan Min Jung ke belakang.

Rengekkan gadis manja itu membingitkan telinga Kim Taehyung.

Pistol yang tersisip di pinggang ditekan ke dahi Min Jung.

Sekadar ingin mendiamkan Min Jung.

Min Jung menutup mata. Bibirnya menggigil akibat amaran Kim Taehyung yang datang secara mengejut itu.

"Kau diam Min Jung. Lepas ni, kita balik rumah. Kau rehat cukup-cukup. Jangan manja sangat. Aku bukannya husband kau. Jadi tough sikit. "Ujaran Taehyung terselit nada tegas.

Dia meneruskan pemanduan tanpa mempedulikan tangisan kecil yang mula kedengaran dari cuping telinganya.

🚻
Cerita akan semakin panas di episod seterusnya. 👄

[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now