24

5.7K 1K 184
                                    

Lelaki Upahan| KTH

Bab 24
----

A/N:
Bab ini, saya jamin. Korang suka. Haraplah.

👫

Kim Taehyung menggenggam penumbuknya. Hatinya sudah panas disebabkan oleh tindakan bodoh Shin Min Jung.

"Aku pesan macam-macam pun. Kau takkan dengar. Berkawan pula dengan dua orang setan tu."

Dadanya turun naik menahan perasaan marah yang teramat sangat. Kim Taehyung melangkah keluar dari rumah.

Kereta yang dipandunya mengikuti kereta Jimin.

Pedal minyak ditekan kasar. Jari-jemari Taehyung menggenggam kuat stereng kereta.

Dia sudah bertekad satu perkara. Dia tidak akan berlembut lagi dengan Shin Min Jung.

Kim Taehyung hanya inginkan gadis itu sentiasa berada dalam keadaan selamat.

Dia tidak boleh leka dan lalai lagi.

----

Sepanjang perjalanan ke rumah Suga, telapak tanganku kerap berpeluh.

Telefon pintar asyik berdering. Satu demi satu panggilan yang tidak henti-henti datang daripada lelaki upahan yang garang bak singa itu.

Aku takut hendak menjawab panggilannya. Jungkook yang berada di kerusi sebelah pemandu menolehkan kepala ke arah aku.

---

"Kau okay ke Min Jung? Kalau tak, kami hantar kau balik. Aku dah risau tengok muka pucat kau."soal Jungkook.

Min Jung hanya menggelengkan kepala. Jimin sempat menjeling ke arah cermin kereta.

"W-weh, abang kau ikut kita la. Shit."

Jimin menekan brek mengejut apabila sebuah kereta yang begitu familiar berhenti mengejut di hadapan kereta dipandu oleh Jimin.

"Keluar sekarang. Kim Min Jung."bibir Taehyung bergerak-gerak menuturkan kata-kata tersebut.

Taehyung bergerak ke arah cermin kereta bahagian pemandu. Tangan kanannya mengetuk lembut cermin kereta tersebut.

Terkial-kial Park Jimin membukanya. Wajah Taehyung yang menyinga terus memenuhi pandangan mata.

"Kau nak pergi party. Teruskan. Kembalikan adik aku dan berambus sekarang. Aku bilang sampai tiga. Kau minta Min Jung keluar. Now."

Suara Taehyung seakan bertempik. Dia berdiri tercegat menunggu Min Jung keluar dari dalam kereta.

"Kau jalan cepat sikit, Min Jung. Korang, aku nak lesap dari mata aku sekarang juga. "arah Kim Taehyung kepada Jimin dan Jungkook.

Min Jung yang baru sahaja turun dari kereta melangkah perlahan.

Tubuh badannya menggigil. Perutnya sudah terasa kurang enak. Kim Taehyung berjalan masuk ke dalam kereta tanpa menunggu Min Jung.

"T-taehyung, saya minta maaf."

Taehyung membalas dengan gelakan sinis. Makin membara tahap kegeramannya terhadap Min Jung pada waktu itu.

"S-saya bersalah. Saya minta maaf sangat-sangat abang T-tae."

Taehyung merengus kasar. Matanya merenung tajam anak mata Min Jung.

"Asyik minta maaf. Tapi, masih tak reti nak dengar cakap. Kau diam lagi baik Min Jung."

Min Jung menahan sebak yang sudah terkumpul di hati. Dia semakin terasa hati dengan ungkapan kasar yang keluar dari mulut lelaki dingin itu.

"S-siapa saya di mata awak, Kim Taehyung? Awak layan saya macam saya ni robot. Saya serupa tiada perasaan."

Soalan Min Jung nampaknya menjerat gadis itu semula. Rahangnya dicengkam kasar oleh Kim Taehyung.

Lelaki itu terasa dirinya begitu tercabar ketika itu.

"Kau bodoh atau buat-buat tak faham? Perlakuan ini..jawapan aku kepada soalan kau."

Min Jung segera mengundurkan diri sehingga badannya melekat di cermin kereta. Kedinginan dalam kereta tidak mendatangkan apa-apa kesan kepada gadis itu.

"Baru nak takut?"

Lagak Kim Taehyung mencetuskan debar di dada Min Jung.

Lelaki itu membuka butang atas baju kemeja yang dipakai olehnya.

Min Jung terus menutup rapat kelopak mata apabila matanya bertemu dengan dada bidang Kim Taehyung.

"Buka mata Shin Min Jung. Jangan jadi penakut."

Kata-kata Taehyung semakin menakutkan Shin Min Jung.

Min Jung membuka mata perlahan. Bibirnya tergamam tatkala senyuman menggoda hadir dari wajah lelaki itu.

"Orang buat salah dapat hukuman. Min Jung buat salah. Dapat apa?"

Tangan Taehyung sudah meliar di sekitar wajah Min Jung.

"Dapat K-Kim Taehyung."

Oops.

----


A/N:

Jadi,

Apa perasaan anda?

Cair teruk tak?

🌚



[C] Lelaki Upahan | KTHWhere stories live. Discover now