"Hi pretty mommy?" Sebaik sahaja aku tersedar dari lena. Mata aku terus menjamah susuk tubuh Taehyung dan seorang bayi di dalam pelukan Taehyung."Taehyung? Itu anak kita ke?" Soalku tidak percaya. Lelaki itu mengangguk laju sambil tersenyum gembira. Lelaki itu mendekati aku sambil membawa anak lelaki kami.
Taehyung meletakkan si kecil di atas lenganku. Aku tersenyum dalam masa yang sama. Air mata aku tidak berhenti-henti mengalir. Syukur.
Perasaan aku ketika ini tidak dapat di jelaskan dengan kata-kata. Gembira, sedih, sebak semuanya bercampur-baur. Tidak sia-sia aku menunggu selama 3 tahun. Akhirnya aku dikurniakan seorang bayi.
"Sayang?" Panggil Taehyung lembut sekaligus membuatkan aku tersedar dari lamunan. Aku tersenyum lalu mengelap airmataku.
"Awak kuat. Sayang. Terima kasih kerana bertarung nyawa. Saya sayang awak" Tubuhku di peluk dari sisi. Aku menyandarkan kepalaku pada dada Taehyung.
"Hyun, Kim Hyun. Kita namakan dia Hyun. Nak?" Soal Taehyung. Aku mengangguk laju. Nama yang ringkas tetapi cukup bermakna bagi aku.
🎗🎗🎗
Q; Dah ke belum nak say 'Goodbye' to Morning Sickness?
YOU ARE READING
[C]Morning Sickness||K.TH
Short Story+Sejak aku mengandung, dia yang dapat 'Morning Sickness' dan perangai mengada-gada sampai buat aku pening lalat :') Nasib baik sayang. kalau tak dah lama aku campak dalam Loji♡ [CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG...