"Lamanya tak datang dekat sini" Kata Taehyung, Aku memeluk tubuh sambil memuncungkan bibir. Aku bersiap bukan main cantik. Dia bawa aku pergi MCD? Seriuslah. Dah lah MCD tu berapa minit je daripada rumah."Awak nak makan apa?" Soalnya, Tubuhku di peluk dari sisi. Lelaki itu melentokkan kepalanya ke atas kepalaku sambil melihat menu-menu baru di MCD. Aku berdecit. Mentang-mentanglah aku paras ketiak dia. Ikut suka hati je kepala aku dia buat jadi bantal.
"Tak suka eh saya letak kepala saya?" Aku mengangguk "Sakit" Kataku. Taehyung mencemik lalu ketawa. Rambutku di kusutkan. Aku mengulingkan bebola mataku. Teringat pula waktu aku mengandungkan Hyun. Taehyung mengosok rambut aku dengan tangan yang berminyak dan aku terpaksa mandi pukul 5 pagi.
Aku tersenyum sendiri. Seronoknya kalau aku boleh putar balik masa dulu-dulu. Mesti seronokkan? Selama 9 Bulan aku bermanja-manja dengan Taehyung.
"Sayang, Kenapa tersengih sorang-sorang ni?" Aku tersentak lalu segera mendongak memandang Taehyung, Taehyung tersenyum manis. Aku terus menundukkan wajahku. Senyuman Taehyung cukup membuatkan hati aku berdebar.
"Saya tahu saya kacak. Tapi janganlah malu-malu macam tu" Cis. Isi bakul angkat sendiri. Aku memijak kaki Taehyung, Taehyung menjerit sakit sekaligus membuatkan semua pelangga di dalam kedai itu memandang ke arah kami.
"Malulah!" Kata Taehyung lalu menutup wajahnya mengunakan tanganku. Aku tergelak "Padan muka!" Ejekku lalu menarik tanganku. Ada tangan tak nak guna. Potongkan. biar cacat terus.
🎗🎗🎗
"Dahlah tu. Janganlah nangis" Pujuk Taehyung sambil mengusap-gusap belakang tubuhku. Aku pula masih lagi menangis. Sehelai tisu aku tarik lalu mengelap sisa airmataku. Kenapa cerita tadi sedih sangat?
"Awak nak saya cium awak ke baru awak nak berhenti menangis" Taehyung mengangkat sebelah keningnya sambil mengigit bibirnya. Aku memukul dada Taehyung.
"Gatal!" Kataku dengan sisa ketawa Taehyung juga turut ketawa.
"Hyunjin" Panggil Taehyung. Aku hanya men'hmm' kan sahaja. Taehyung tersenyum nipis.
"Saya cintakan awak"
Aku terdiam.
YOU ARE READING
[C]Morning Sickness||K.TH
Short Story+Sejak aku mengandung, dia yang dapat 'Morning Sickness' dan perangai mengada-gada sampai buat aku pening lalat :') Nasib baik sayang. kalau tak dah lama aku campak dalam Loji♡ [CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG...