"Cantiknya awak hari ni" Aku tersenyum manis ke arah Seok Jin sebaik sahaja aku masuk ke dalam perut kereta. Lelaki itu turut membalas senyumanku. Rambut aku yang terjuntai itu aku selit ke belakang telinga."Arghhh!" Jerit Seok Jin sambil memegang dadanya. Aku pula sudah cuak "Kenapa ni?" Soalku lalu memegang tangan lelaki itu. Lelaki itu menjerit sakit.
"Awak nak mati ke?" Soalku polos. Lelaki itu terus tergelak. Aku mencemik lalu memukul dada Seok Jin, Seok Jin masih lagi tergelak.
"Kenapa awak menjerit tadi?" Seok Jin tersenyum "Sebab awak cantik sangat selit rambut dekat telinga" Hidungku dicuit. Aku tergelak. Ada-ada je.
"Suami awak tahu ke kita keluar?" Soalan Seok Jin membuatkan aku tersentak. Aku mengangkat kedua bahuku "Biarlah dia. Dia dah bahagia dengan isteri kedua dia" Kataku. Seok Jin mengeggam tanganku.
"Awak masih isteri dia. Hyunjin"
"Dia pun masih suami saya. Kalau dia boleh cari lain. Kenapa saya tak boleh cari lain? Kalau awak ajak saya hanya untuk cakap pasal tu. Tak apalah. Saya nak balik" Hati aku mula membara. Belum sempat aku membuka pintu kereta. Lenganku ditarik oleh Seok Jin.
"Saya minta maaf Hyunjin. Saya tak patut cakap tu. Kita pergi klinik ya?" Pujuknya. Aku terdiam sejenak lalu mengangguk.
"Senyumlah" Kata Seok Jin, rambutku di usap. Aku tersenyum nipis.
🎗🎗🎗
"Awak nak pergi mana lagi lepas ni?" Soal Seok Jin. Aku berhenti mengunyah pizza lalu mendongak memandang Seok Jin.
"Saya ikut je awak nak bawa saya ke mana" Kataku. Seok Jin tersenyum lalu mengelap tepi bibirku yang comot di sebabkan sos pizza kemudian dia menjilat jarinya. Aku tersipu malu.
"Janganlah buat macam tu..." Dapat aku merasakan pipi aku membahang. Seok Jin tergelak "Comel" Pujinya. Makin tambah rasa malu. Aku tersengih-sengih lalu aku menutup wajahku mengunakan kedua belah telapak tanganku.
"Saya bergurau je" Tanganku di tarik. Aku terus tergelak. Aku mencapai air ais lemonade di atas meja lalu aku sedut.
"Seok Jin, Ap-"
Buk!
Aku bingkas bangun apabila melihat wajah Seok Jin di tumbuk oleh Taehyung, Taehyung mengetap bibir lalu dia menendang perut Seok Jin. Aku tergamam. Segera aku mendapatkan Taehyung. Lengan lelaki itu aku tarik sehingga membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang. Begitu juga aku. Badan aku hampir terjatuh namun sempat disambut oleh Jimin. Wajah Jimin pula sudah cuak.
"Taehyung. Sabar!" Jimin menahan Taehyung daripada terus memukul Seok Jin. Taehyung meronta-ronta minta dilepaskan manakala aku mendekati Seok Jin. Darah di tepi bibir Seok Jin aku lap.
Airmata aku mula jatuh setitis demi setitis. Kejadian berapa bulan yang lepas kembali bermain di fikiranku. Aku masih ingat sewaktu Taehyung memukul Jimin dan Aku tak mahu kejadian itu berulang sekali lagi. Aku tak mahu kehilangan anak aku. Tak nak.
"Kau ikut aku!" Jerit Taehyung. Lengan aku ditarik. Aku bingkas bangun berdiri di sebelah lelaki itu. Dalam keadaan susah payah Seok Jin bangun. Dia tersenyum sinis.
"Lelaki panas baran macam kau tak layak untuk perempuan sebaik bidadari" Sindir Seok Jin pedas. Baru sahaja Taehyung ingin melepaskan menumbuk. Aku menahan.
"Jangan apa-apakan dia. Saya merayu" Taehyung terdiam. Dia berdengus kasar lalu tanganku ditarik. Aku hanya mengikut Taehyung keluar daripada restoran tersebut.
🎗🎗🎗
"Kenapa kau keluar dengan lelaki tu?!" Tengking Taehyung, Aku terdiam. Badan aku sudah mengigil ketakutan. Sudah berapa tahun aku hidup dengan lelaki itu. Jujur. Sikap panas baran dia tak boleh ditahan.
"Kau tahu tak aku sayang kau?! Kau tahu tak aku cintakkan kau?! Ha?! Jawablah!" Tubuhku di goncang-goncang. Aku menepis tangan Taehyung.
"Sudahlah Taehyung! Saya dah tak cintakan awak! Awak dah banyak buat hati saya terluka! Saya tak suka awak! Saya benci awak! Awak pergilah dengan perempuan tu!" Hamburku.
"Aku nak kaulah sial!" Taehyung menumbuk tangannya ke dinding berulang kali. Aku pula sudah menangis. Lelaki itu meraung-raung. Lelaki itu melutut di hadapanku. Kaki aku di cium. Aku terdiam.
"Apa yang boleh buat awak bahagia? Bagitahu saya. Saya nak bahagiakan awak sekali
Lagi" Kata Taehyung. Aku tersenyum nipis lalu menarik lengan lelaki itu. Memaksa lelaki itu untuk berdiri. Lelaki itu hanya akur. Aku menyentuh pipi lelaki itu."Ceraikan saya. Itu cara untuk bahagiakan saya, Kim Taehyung" Aku mencium bibir lelaki itu sekilas sebelum melangkah keluar daripada bilik tidurku. Sebaik sahaja aku keluar. Lelaki itu terus meraung sambil memanggil namaku.
Sekarang aku dah sedar, mencintai lelaki itu sedalam-dalamnya adalah kesilapan terbesar seumur hidup aku.
🎗🎗🎗
Apakah perasaan anda selepas membaca cerita ini?
1. Menangis
2. Menangis+nak bunuh author
3. Sayang author
4. Sayang Taehyung
5. Sayang Hyunjin
6. Sayang Min Jung
7. Lain-lain. Sila komen
YOU ARE READING
[C]Morning Sickness||K.TH
Short Story+Sejak aku mengandung, dia yang dapat 'Morning Sickness' dan perangai mengada-gada sampai buat aku pening lalat :') Nasib baik sayang. kalau tak dah lama aku campak dalam Loji♡ [CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG...