Chapter 77; Ayah Haneul+Saya benci

2.8K 386 222
                                    


"Taehyung, Tolong jangan sakitkan diri awak. Saya tak suka" Kata Minjung sambil membalut tangan Taehyung yang berdarah itu. Wajah dia sudah pun dibasahi airmata. Dia tidak suka melihat Taehyung sakit sebegini.

Taehyung pula termenung, mengingatkan kejadian dimana dia meraung memanggil nama Hyunjin membuatkan hatinya makin bertambah sakit dan pedih. Dia mahukan wanita itu. Sangat

Taehyung berdehem lalu menarik tangannya. Minjung mendongak memandang Taehyung. Wajah lelaki itu kelihatan sangat serabut.

"Taeh-"

"Ini semua berlaku sebab perkahwinan kita kan Minjung?" Kata Taehyung. Minjung tersentak. Makin laju airmata wanita itu mengalir. Wanita itu mengeleng-geleng. Cuba menafikan apa yang di katakan oleh Taehyung.

"Kalau aku tak kahwin dengan kau semua ni tak akan jadi. Aku bodoh. Aku tak patut ikutkan sangat perasaan kasihan dekat kau. Sebab perasaan kasihan tu lah merosakkan kebahagian ak-""

"Ini takdir! Ini takdir untuk kita Taehyung. Awak kena terima yang hubungan awak dan Hyunjin hanya sampai disini. Awak kena lupakan dia dan awak kena buka pintu hati awak untuk saya. Saya boleh jaga awak lebih baik daripada dia. Percayalah" Minjung mengenggam kuat tangan Taehyung. Taehyung tersenyum sinis. Mata lelaki itu mula berkaca.

"Apa maksud kau lupakan? Lupakan perempuan pertama yang aku cinta? Lupakan perempuan yang selalu ada susah senang dengan aku? Tak semudah yang kau sangka. Aku dah hidup dengan dia bertahun-tahun. Tak mungkin perasaan aku hilang macam tu je" Taehyung mengelap airmatanya lalu dia bingkas bangun. Lelaki itu melangkah ke pintu bilik.

"Aku bagi kau masa 6 Bulan untuk cari balik ayah Haneul lepastu kita boleh bercerai"

🎗🎗🎗

"Seok Jin!" Aku segera menahan Seok Jin yang baru sahaja keluar daripada pejabatnya. Seok Jin mengangkat sebelah keningnya lalu kedua tangannya di masukkan ke dalam poket seluar

"Saya minta maaf pasal semalam" Kataku lalu menunduk hormat kepada Seok Jin berulang kali. Seok Jin berdengus kasar.

"Awak ingat saya nak maafkan awak semudah itu je? Maaf Hyunjin. Awak boleh balik sekarang" Halau Seok Jin. Aku tergamam dengan kata-kata Seok Jin. Aku menunduk.

"Baiklah. Tapi saya betul-betul minta maaf" Ucapku ikhlas sebelum memusingkan tubuhku. Belum sempat aku ingin melangkah keluar daripada situ. Lenganku di tarik. Aku menoleh.

"Just kidding, Pretty Mommy"

🎗🎗🎗

"Awak dah uruskan surat cerai?" Soal Seok Jin. Aku mengangguk lalu menyedut Coklat ais. Seok Jin tersenyum lalu mengangguk.

"Betul ke awak nak tinggalkan dia?"

"Er..." Entah mengapa aku rasa lidah aku kelu ingin menjawab soalan Seok Jin. Seok Jin mengenggam tanganku. Aku terdiam.

"Jangan tinggalkan dia kalau awak tak sedia. Hyun Jin" Kata Seok Jin. Airmataku mula bergenang. Suara Seok Jin yang lembut memujukku membuatkan hati aku dipagut rasa pilu.

"Saya nak tinggakkan dia, itu keputusan saya"

"Macam mana dengan anak awak? Anak dalam kandungan awak?"

"Saya tak nak anak ni. Saya benci" Airmataku mula menitis. Kandungan yang berusia 3 Bulan itu aku usap. Sejak akhir-akhir ini aku tak sukakan kandungan ni.

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now