Chapter 71; Kim Haneul

3K 397 231
                                    


Minjung mundar mandir di depan katil. Sekali sekala dia memandang ke arah anak kecilnya, Kim Haneul. Sudah berapa hari anaknya demam panas. Dia risau jikalau apa-apa yang akan terjadi kepada anaknya.

"Mana awak Taehyung?" Keluh Minjung. Dia mengetap bibir. Dah berapa minggu Taehyung tidak balik. Mesej tidak dibalas, Telefon tak dijawab. Duit belanja dia dan haneul pula Taehyung hanya memberi kepada makcik lee kemudian makcik lee akan memberi kepada Minjung. Rasa rindu makin terasa. Dia rindu akan wajah lelaki itu walaupun lelaki itu bersikap dingin terhadapnya. Dia tetap merindui lelaki itu.

Minjung melabuhkan punggung ke atas tilam. Sekeping surat di tepi meja dia ambil. Surat pemohonan cerai Taehyung dan Isteri pertamanya. Minjung termenung seketika. Rasa bersalah mula menebal di dalam dirinya. Adakah kerana dia penyebab Taehyung dan Isterinya mahu berpisah?

Minjung terdiam sejenak sebelum dia tersenyum. Dia sepatutnya rasa bersyukur kerana Taehyung dan Isterinya ingin mencerai. Jika mereka berdua bercerai. Semestinya Taehyung akan bersama dia.

Membayangkan dia dan Taehyung hidup bahagia bersama cukup membuatkan dia gembira. Dia harap itu bukan hanyalah angan-angan. Dia mahu kebahagian dia dan Taehyung menjadi kenyataan. Dia tidak mahu cinta dia di sia-siakan seperti dahulu.

"Saya akan tunggu awak, Kim Taehyung"

🎗🎗🎗

"Hyunjin" Suara Taehyung yang memanggil dari ruang tamu itu membuatkan kerjaku terbantut. Aku segera mengatur langkah ke ruang tamu. Kelihatan Taehyung sedang mendukung seorang budak  perempuan yang lebih kurang berusia 1-2 Tahun. Aku tercengang. Tak silap aku. Budak ni anak isteri nombor dua Taehyung.

"Hyunjin. Tak apakan ka-"

"Hmm tak apa. Awak letaklah budak tu dekat atas tilam. Saya nak masak sekejap" Aku terus memotong bercakapan Taehyung lalu menunduk. Wajah Taehyung yang agak serba-salah itu membuatkan aku rasa sakit. Kenapa perlu bawa budak tu?

"Hyunjin. Nama budak ni Haneul tau?" Aku berhenti melangkah lalu menoleh. Taehyung tersenyum nipis. Aku terus mengendahkan Taehyung. Hati aku sakit, sakit sangat. Airmata aku mula bergenang di tubirmata. Tengok budak itu pun sudah menyakitkan hati aku. Apatah lagi ibu kepada budak itu?

Sabar Hyunjin, Kau kuat.

🎗🎗🎗

Minjung; Saya tahu anda rindu saya. Muahahahaha!

[C]Morning Sickness||K.THWhere stories live. Discover now