"Saya dah buat keputusan saya, saya nak bercerai dengan awak Taehyung. Hati saya dah tawar dengan awak" Kataku, Surat berdaftaran untuk bercerai aku letak ke atas meja. Taehyung tergamam. Surat tersebut di ambil kemudian di baca satu persatu manakala aku memlemparkan pandangan ke luar tingkap. Terdapat sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki.Hatiku dipagut rasa pilu. Sejak daripada dulu. Aku teringin ingin mempunyai keluarga yang kecil dan hidup bahagia namun aku tahu. Itu semua hanyalah angan-angan. Sekarang tengoklah. Tak lama lagi aku akan bercerai dengan Taehyung. Itu ke yang di panggil bahagia?
"Park Hyunjin" Tanganku di raih sekaligus membuatkan aku tersedar daripada lamunan. Nama itu. Sudah lama aku tidak mendengar Taehyung menyebut nama itu. Aku memandang Taehyung. Mata lelaki itu kelihatan berkaca-kaca. Daripada tatapan hangat lelaki itu aku tahu. Lelaki itu sedang bersedih.
"Saya dah gagal buat awak bahagia kan? Kerana saya keluarga kita hancur, Kerana saya hati awak di sakiti, Kerana saya. Hyun terpaksa tumpang kasih saya Jimin. Betul kata awak. Saya memang tak guna" Kata-kata lelaki itu makin membuatkan aku rasa sebak. Lelaki itu menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum di hembus.
"Saya hormat keputusan awak, Tapi sebelum kita bercerai. Izinkan saya bahagiakan awak. Sekali lagi?"
🎗🎗🎗
Selepas aku berbincang dengan Taehyung pada tempoh hari. Aku mengizinkan lelaki itu untuk tinggal dengan aku selama aku mengandungkan dan Hari ini sudah masuk 6 hari lelaki itu tinggal dengan aku. Ada juga rasa rindu setiap kali aku bersama dengan lelaki itu.
"Awak makan apa, Hyunjin?" Soal Taehyung sebaik sahaja lelaki itu turun daripada bilik. Aku mendongak memandang lelaki itu lalu tersenyum nipis.
"Saya makan nasi dengan stu kimchi. Awak nak?" Pelawaku. Lelaki itu mengangguk "Boleh juga" Lelaki itu terus mengambil semangkuk nasi. Lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahku.
"Saya ambil sikit ya?" Aku mengangguk. Taehyung terus mengambil stu kimchi kemudian di tuangkan ke atas nasi. Aku hanya menjadi permerhati.
"Sedapnya, sama macam dulu" Puji nya. Aku hanya sekadar tersenyum nipis. Nasi ditepi bibir Taehyung aku lap mengunakan ibu jari. Lelaki itu tergamam.
"Terima kasih, Hyunjin" Ucapnya. Aku terdiam. Sudah berapa hari lelaki itu tidak memanggil panggilan manjaku. Dia hanya memanggil namaku seolah-olah kami baru berkenalan. Hatiku di pagut rasa pilu. Dapat aku rasakan cecair hangat mula membasahi mimpiku.
"Hyunjin" Bahuku di sentuh perlahan. Taehyung berhenti mengunyah kemudian sudu di letakkan ke atas meja. Lelaki itu tampak risau.
"Kenapa menangis ni?" Soalnya. Airmataku di lap mengunakan ibu jarinya. Aku pula sudah menangis teresak-esak. Kenapa sejak dua menjak ini hati aku rasa berat ingin melepas lelaki itu pergi bahkan hatiku makin meninginkan(?) lelaki itu
"Baby buat apa sakit ke? Kalau baby buat awak sakit. Sini saya peluk awak" Tubuh kecilku di tarik kedalam pelukan. Aku terus menangis teresak-esak. Aku turut juga membalas pelukkan Taehyung.
Rambutku di usap lembut.
"Kenangan tu menyakitkan Hyunjin" Bisik Taehyung di telinga itu. Suara lelaki itu serak basah. Taehyung juga menangis?
"Saya rasa saya dah siap makan" Aku meleraikan pelukkan lalu tersenyum nipis. Aku bingkas bangun sambil membawa mangkuk yang masih tersisa separuh nasi Aku membawa mangkuk ke singki. Selesai mencuci mangkuk aku naik ke atas.
🎗🎗🎗
"Hyunjin" Aku menukar posisi tidurku lalu membuka mata yang terasa berat itu. Taehyung berdiri tegak di depan pintu sambil membawa selimut dan bantal.
"Boleh saya tidur dekat sini?" Soalnya dengan nada yang serba-salah. Aku mengganguk lalu menepuk tilam di sebelahku. Lelaki itu masuk kemudian daun pintu di tutup rapat.
"Saya ganggu awak ke?" Soalnya. Dia membaringkan tubuhnya di sebelahku. Aku mengeleng "Tak pun" Jawabku. Taehyung terdiam. kemudian suasana menjadi sunyi. Rasa mengantuk tadi mula hilang. Sekali lagi aku menukar posisi. Kali ini aku mengiring. Taehyung pun belum tidur. Aku memandang sekilas ke arah Jam dinding yang menunjukkan Pukul 4 pagi.
"Taehyung" Panggilku. Lelaki itu menoleh memandangku "Hmmm?" Lelaki itu mengangkat sebelah keningnya. Aku mengetap bibir
"Saya nak peluk awak. Boleh?" Soalku, Lelaki itu mengangguk lalu tubuhku di peluk. Aku terus menletakkan kepalaku di atas bahu Taehyung. Cukup selesa. Dah lama aku tak rasakan pelukkan hangat Taehyung.
"Awak nak saya nyanyikan awak lagu tak?" Aku tergelak "Awak nak nyanyi ke Taehyung?" Taehyung mengangguk.
"Lagu khas untuk isteri saya" Aku terdiam apabila Taehyung mula menyanyikan lagu 'Hug Me' itulah lagu yang selalu Taehyung nyanyikan untuk aku setiap kali aku nak tidur. Aku mengeratkan pelukkan lalu memejam rapat kedua belah kelopak mataku.
"Saya cintakan awak, Hyunjin"
YOU ARE READING
[C]Morning Sickness||K.TH
Short Story+Sejak aku mengandung, dia yang dapat 'Morning Sickness' dan perangai mengada-gada sampai buat aku pening lalat :') Nasib baik sayang. kalau tak dah lama aku campak dalam Loji♡ [CERITA INI HANYALAH REKAAN SEMATA-MATA TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG...