Bab 187-Saka Nenek Moyang

1.4K 23 0
                                    

TIDAK dinafikan, sedikit sebanyak kata- kata yang terhambur dari mulut pemandu lori itu, memang ada kebenarannya. Kami memang keberatan mahu menccritakan peristiwa di rumah batu dan di ladang Mia kepada beberapa sesiapa. Biarlah kejadian itu menjadi milik peribadi kamu berdua.

"Aku tak percaya, kamu berdua tak mengalami perkara-perkara aneh di situ," si pemandu lori itu seperti bersunggut. Saya dan Andi Kamarool terus membisu seribu bahasa.

Lori kecil memperlahankan lajunya. Kali ini merempuh kawasan tanah lapang. Pokok-pokok di kiri kanan jalanraya baru saja ditebang. Longgokkan kayu yang sudah dipotong, kelihatan dimanamana, menanti waktu untuk dibakar. Di hadapan kelihatan puncak gunung berbalam diselaputi awan tebal.

"Tak ada apa- apa yang mahu kami rahsiakan," kata saya selamba dan mengharapkan Abu Zaharin percaya dengan apa yang saya cakapkan.

"Masih mahu berahsia dengan aku," kali suara Abu Zaharin keras sekali. Serentak itu dia menekan berek cara mengejut. Badan saya terdorong kedepan dan dahi berlaga dengan cermin lori. Saya kira perbuatan itu sengaja dilakukan. Tidak ada sebab kenapa, Abu Zaharin menekan berek kecemasan. Tidak ada binatang liar atau ternakan yang melintas di depan.

Sikap yang memperlihatkan oleh Abu Zaharin menimbulkan rasa sangsi dan keraguan dalam diri. Mungkin juga dalam diri Andi Kamarool. Barangkali, Abu Zaharin panas hati kerana kami tidak mahu berterus lerang dengannya. Selepas peristiwa yang tidak diduga terjadi, Abu Zaharin terus bungkam buat beberapa ketika.

Sesungguhnya tindak tanduk Abu Zaharin itu amat menyenangkan hati, kalau boleh, biarlah dia terus bungkam hingga dia sampai ke Sungai Penuh. Dengan itu, saya dan Andi Kamarool terselamat dari dihujani berbagai-bagai pertanyaan yang ada hubungkaitnya dengan rumah batu Mia. Ternyata harapan dan doa saya tidak menjadi kenyataan.

"Pelik, semua orang kata kawasan rumah tu ada penunggu. Tapi, kamu berdua kata, tak ada apaapa. Jangan-jangan kamu berdua ni, keturunan hantu pontianak tak?" Abu Zaharin mula menyindir dan dia terus ketawa berdekah-dekah. Dia cuba membakar perasaan kami. Kami tetap bersabar dan hanya mampu mempamerkan senyum tawar sahaja.

"Saya berharap agar segera sampai ke tempat yang ditujui. Cuma dengan cara itu saja boleh menutup mulut Abu Zaharin dari bertanya perkara yang tidak saya senangi.

"Kalau kamu berdua masih mahu berahsia, tak mengapa. Tetapi, bagaimana? Kalau aku katakan kepada kamu berdua, rumah batu lama dan kawasan ladang dikawal jin. Sesungguhnya jin boleh menjelma dalam bermacam-macam rupa dan bentuk. Kamu berdua setuju dengan pendapat aku ini".

"Setuju," sahut saya. "Ertinya, kamu berdua sudah melihat sesuatu yang aneh di rumah batu."

"Ehhh..." cuma setakat itu saja, saya bersuara. Perlahan-lahan saya garu pangkal leher. Andi Kamarool telan air liur. Kami berdua sudah masuk perangkap pemandu lori kecil yang pintar.

Pandai sungguh dia memasang jerat, kami tak dapat berdalih lagi. Terpaksa berterus- terang. Kami ceritakan apa yang dialami semasa menginap dirumah batu lama itu.

JIN

"AKU kira seluruh kawasan di situ, dijaga oleh jin," terlontar ungkapan dari bibir pemandu lori. Kata-katanya tidak kami jawap dengan serta- merta. Saya dan Andi Kamarool termenung sejenak.

Semasa lori kecil melanggar ranting kering yang bersepah didada alam, Abu Zaharin mula bersiul membawa lagu SRI BANANG.

"Kamu setuju, kalau aku katakan semua terjadi adalah akibat dari perbuatan nenek moyang Mia yang bersahabat dengan jin," Abu Zaharin merenung ke arah pokok tualang tinggi menjulang di sebelah kanan jalan.

"Boleh jadi, Abu," balas Andi Kamarool.

Lori kecil berkepala merah terus meluncur.

"Kamu berdua tahu tak. Allah berfirman dalam surah An-Nissa-38 yang berbunyi, barang siapa jadikan syaitan sebagai temannya, maka temannya itu adalah seburuk-buruknya," Abu Zaharin menyingkap sedikit demi sedikit kebolehannya kepada kami.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 14 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now