Bab 189-Tulang Pari Keluar Di Leher

2.2K 28 1
                                    

SEMASA azan subuh dilaungkan dari sebuah masjid berdekatan, keadaan diri Jaafar beransur pulih. Dapat tidur dengan lena. Tetapi, Masron tidak bersedia untuk meninggalkan Jaafar sendirian. Masron bimbang semasa ketiadaannya nanti akan berlaku perkara yang tidak diingini terhadap sahabat karibnya itu. Demi persahabatan, Masron rela menutup kedai perabutnya selama sehari. Dia melupakan temujanji yang dibuatnya dengan beberapa orang pelanggan. Pada hemat Masron, biar hilang pelanggan jangan hilang sahabat. Pelanggan boleh di cari tetapi, nilai kesetiaan seorang sahabat memang tiada taranya. Masron tahu, tidak kurang dari tiga atau empat orang pelanggan akan menemuinya. Mereka datang dari Singapura dan Melaka. Jaafar terus berdengkur dan Masron tetap berada di sisinya. Bagi menghilangkan rasa sunyi dan bosan dia membaca surah yassin beberapa kali. Bila terasa penat dia membelek-belek masalah terbitan dari Singapura. Lebih kurang pukul lapan pagi, Jaafar terjaga dan terus duduk. Bagi memastikan yang sakit itu sudah pulih, Masron menyuruh Jaafar melakukan gerakan leher yang diakhiri dengan senaman ringkas. Arahan itu dipatuhi oleh Jaafar dengan penuh semangat hingga badannya berpeluh. Masron senang hati melihat peluh melilih di dahi dan tubuh Jaafar.

Semuanya itu menandakan yang Jaafar sudah cukup sihat. Sebelum membenarkan Jaafar masuk kebilik air (mandi), Masron memeriksa setiap sendi tubuh Jaafar dengan menggunakan rotan seni. Hujung rotan yang disimpul itu diketuk berkali-kali di tempurung lutut. hujung siku, sendi bahu dan buku lali. Setiap kali ketukan dilakukan kelopak bibir Masron bergerak. Ada sesuatu yang dibacanya, entah doa, entah jampi mentera yang bertujuan menghalau hantu syaitan. Bila Masron yakin yang Jaafar bebas dari penyakit, barulah dia membenarkan Jaafar masuk ke dalam bilik air untuk mandi. Sementara Jaafar mandi, Masron menyediakan sarapan pagi. Rebus dua biji telur dan kopi tanpa gula. Lebih kurang pukul sepuluh, Jaafar memberitahu Masron yang keadaan dirinya sudah pulih seperti sediakala. Boleh bergerak dengan bebas, seluruh tubuhnya terasa sakit atau sengal sengal. Masron segera menyampaikan hasrat hatinya untuk membawa Jaafar menemui seorang bomoh terkenal di daerah tersebut. Niat baik Masron itu tidak dapat dipenuhi oleh Jaafar. Masron tidak berkecil hati atas penolakan itu. Namun hati kecilnya tetap berkata bahawa di dalam tubuh Jaafar terdapat sesuatu benda ghaib. Sudah seminggu keajadian aneh yang dialami oleh Jaafar berlalu. Tidak ada tanda- tanda penyakit itu akan lagi. Perkara ini, amat mengembirakan hati Masron. Walaupun begitu, dia tetap meneliti perkembangan diri kawannya itu dari masa ke semasa. Masuk minggu yang ketiga, Jaafar mengadu kepada Masron bahagian tepi leher sebelah kiri terasa sakit, macam dicucuk- cucuk dengan benda tajam yang halus. Berbekalkan ilmu perubatan tradisional yang dibawa dari Tanah Jawa, Masroncubamengubatinya dengan cara kebatinan. Rasa sakit itu hilang sebentar, kemudian datang semula. DOKTOR JAAFAR mengambil keputusan untuk menemui doktor bagi mengatasi masalah penyakit yang dihadapinya. Masron tidak melarangnya malah dia mengatakan kalaucara moden tidak bcrjaya, eloklah dibuat cara lain.

Setelah berkali-kali menemui doktor punca penyakit tidak dapat di kesan. Doktor membuat kesimpulan Jaafar tidak mengalami sebarang penyakit. Apa yang dialami ialah beban psikologi atau kewajipan. Keadaan Jaafar bertambah berat, setiap hari Jaafar mengalami rasa sakit di leher. Rasa sakit itu datang tidak tentu waktu. Sebagai sahabat, tanpa rasa jemu dan putus asa Masron terus memujuk Jaafar agar berubat cara tradisional. Usaha Masron tidak sia-sia, Jaafar setuju berubat cara tradisional. Masron pun membawa Jaafar menemui bomoh yang dikatakan handal menyembuh penyakit. Malangnya, setelah melihat keadaan penyakit yang dialami oleh Jaafar, bomoh itu segera angkat tangan. Dia tidak mampu menanganinya. Kalau diteruskan, mungkin dia mengalami sakit yang lebih teruk dari Jaafar. "Kesudahannya bagaimana Pak haji," tanya Andi Kamarool bila melihat Haji Basilam bagaikan tidak berminat untuk meneruskan ceritanya. "Habis macamana Jaafar boleh baik hingga boleh buka warung makan?" saya pula menyoal. Haji Basilam tidak memberi sebarang reaksi. Sisa kopi yang masih ada di cawan dihirupnya. "Bomoh tu, suruh Masron jumpa seseorang dan orang itu akan membawa Masron dan Jaafar menemui seorang lelaki yang boleh dikatakan alim juga, bersedia berikhtiar membantu orang yang menderita sakit," saya dan Andi Kamarool berbalas senyum. Haji Basilam mahu bercerita. "Agaknya, orang yang dimaksudkan oleh bomoh tu. Pak Haji." Andi Kamarool main serkap jarang. Senyum terpamer di kelopak bibir Haji Basilam. "Betul," angguk Haji Basilam. "Orang alim yang dimaksudkan tu siapa?" Saya mencelah. "Bapa saudara Abu Zaharin, Haji Simpul." "Ha....," kata kami serentak.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 14 )(COMPLETE)Where stories live. Discover now