Siri 232-Haruan Besarkan Kemaluan

1.1K 22 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

Selain berguru dengan pamannya, Din Pawang Manis juga menuntut ilmu hingga ke Siam, India dan Kemboja. Kepandaian dan kebolehannya sudah mengatasi kehebatan gurunya.

Dia boleh membesarkan serta memanjangkan alat kelamin kaum sejenisnya. Ada tiga cara dilakukan bagi melaksanakan maksd tersebut. Cara pertama urut. Kedua picit dibahagian tertentu. Kalau cara itu tidak berkesan, cara ketiga ialah memanfaatkan ikan haruan paya.

Katanya ilmu itu dikutipnya dari hasil pergaulan dengan penduduk asli di perbatasan Thailand-Kemboja. Malah dia mengakui telah memperaktikkan ilmu tersebut untuk dirinya.

Saudara Tamar,

Sungguh melucukan bila Din Pawang Manis menyatakan, sebelum menggunakan ikan haruan paya alat kelaminnya cuma 7 sentimeter. Tetapi, setelah memanfaatkan dengan sebaik mungkin khasiat haruan paya alat kelaminnya menjadi 13 sentimeter serta bertambah besar dan garang.

Dengan murah hati dia memberitahu ada empat tahap penting untuk membesarkan alat kelamin atau kejantanan dengan haruan paya. Saya perturunkan untuk pengetahuan anda. Bukan menyuruh anda melakukannya, sekadar untuk suka-suka. Tetapi kalau anda mahu melakukannya saya tidak menghalang. Asalkan, risikonya anda tanggong sendiri.

Begini petuanya atau caranya saudara Tamar:

· Ukur alat kelamin semasa "mati" dan "hidup" (tegang). Ukuran itu dicatatkan dalam buku peribadi.

· Pergi ke kawasan berpaya atau redang yang banyak terdapat ikan haruan. Pancing sendiri ikan haruan yang beratnya 1 kg atau lebih. Gunakan umpan anak katak, belalang, sarang kerengga dan sebagainya.

· Lakukan secara tertutup atau rahsia. Anda tidak boleh meminta bantuan orang yang memang ahli memancing untuk mendapatkan ikan haruan yang baik.

· Sebaik sahaja memperolehi ikan tersebut samada siang atau malam, pegang kepala ikan haruan dengan kemas dan pukulkan kepada alat kelamin hingga ia bertindak balas. Bawa ikan haruan itu balik ke rumah dan masukkan ke dalam baldi yang bersih. Paling elok dalam kolah (kolam) yang sederhana besarnya tetapi bersih.

· Pelihara ikan itu selama sebulan, setiap tengah malam ambil lendir haruan di kolah dan lumurkan ke bahagian alat kelamin yang sensitif. Biarkan selama sepuluh minit, kemudian basuh atau bilas dengan air panas (suam).

· Setelah cukup sebulan, ikan haruan itu dicekik dan dipanggang dan dimakan begitu sahaja tanpa nasi. Mesti dimakan habis kecuali bahagian kepala dan ekor.

· Setelah makan ikan haruan, sediakan seperempat madu tulin dari hutan bersama dua biji telur itik. Perkara itu dilakukan setiap hari selama sebulan selepas maghrib.

· Setiap setengah malam sapukan alat kelamin dengan krim minyak kelapa yang dicampur dengan bunga kenanga satu piring sambil ditarik perlahan-lahan kedepan hingga terasa sakit.

Itulah yang diceritakan pada saya Tamar. Apakah anda berminat? Sesungguhnya saya tidak berminat dalam hal hal begini. Ada lagi kisah yang lucu dan tidak masuk akal.

BOTOL

Di rumahnya terdapat berbotol-botol minyak cenuai, berbelas-belas cula buaya dan cula tupai mati beragan di samping mani gajah liar yang sudah di awetkan. Di simpan dalam

beberapa gelas kecil. Soalnya apakah benda-benda yang di simpannya itu memang betul atau sebaliknya.

Tamar yang baik hati,

Barangkali memang sudah ditakdirkan, mungkin juga kerana perbuatan dan amalannya tidak direstui Allah hidupnya nampak tidak bahagia. Walaupun rumahnya dikunjungi ramai, minta ubat itu ini, minta tangkal dan azimat.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 2)(COMPLETE)Where stories live. Discover now