Siri 240-Dipegang Jin Tanah

954 19 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin 

 Kami cuba mengawal perasaan dengan menjadi pendengar setia dan baik. Berusaha tidak memberikan sebarang komentar terhadap keterangan yang dijelaskannya.

Walaupun ada diantara keterangannya itu yang boleh disanggah dan dipertikaikan. Malah, ada yang benar-benar menyinggung perasaan kami.

Bukan takut berdialog atau bertekak, kamui sekadar mahu menjaga hati dan perasaan seorang lelaki yang usianya jauh lebih tua dari kami. Rasanya, dalam saat-saat genting

begini, tidak ada ruginya mengalah atau merendahkan diri , asalkan di penghujungnya kami memperolehi kemenangan.

Tidak dinafikan. perkara yang dialami sebentar tadi tetap menakutkan. Secara tidak langsung lelaki berdarah dahi memperlihatkan kehebatan diri dan ilmu yang dimilikinya.

Dalam erti kata lain, kehadiran lelaki berdarah dahi disisi kami, tidak boleh dianggap mudah. Malah dia boleh dianggap sebagai serampang dua mata.

Kalau saya dan pemandu pandai serta bijak mengendalikannya, ilmu yang dimiliki boleh dimanfaatkan, dirinya pulaboleh dijadikan kawan dan Iawan dalam satu masa.

"Bukan setakat itu saja, orang yang terkena sumpah tahi bijih. kadangkala boleh sesat dalam terang. Berlegar-legar dan berpusing-pusing di jalan yang dilaluinya sampai berhari-hari, macam orang mabuk. Kalau sudah sampai peringkat itu. kita boleh lakukan apa saja. Dia tak akan melawan," tatkala menyebut perkataan "dia tak akan melawan " lelaki berdarah dahi sengaja meninggikan suaranya.

Sukar diramalkan kenapa perkataan "dia tak akan melawan" harus diucap dalam nada yang tinggi dan keras. Apakah sekadar mahu membuktikan kepada kami tentang keberkesanan khasiat tahi bijih tersebut. Hanya Allah saja yang mengetahui, apa yang tersirat dalam hati nurani lelakl berdarah dahi.

" Besi ni, nampak saja pendek tetapi khasiat serta kegunaannya ada seribu macam. Ada orang menyebut-nya "pasak bumi" dan ramai juga yang menyebutnya "pacak bumi," besi hitam yang panjangnya sekitar empat kaki diangkat nya tinggi-tinggi melepasi kepalanya. Biji mata kami bagaikan dipukau mengikut gerak tangan dan besi yang diangkat.

"Boleh meruntuh dan melemahkan kekuatan ilmu batin seseorang," besi pendek sepanjang empat kaki itu diletakkan ke bumi.

"Nak panggil orang halus lagi ke?" Saya pula bertanya.

'Tak payah," tengkingnya. Saya terkejut dan terdiam, pemandu tersenyum.

Lagak lelaki berdarah dahi kembali pada gayanya yang secara tidak sengaja memperlihatkan kehebatan dirinya, seolah-olah dia serba tahu.

"Kamu nak tahu rahsianya?" Dia jegilkan biji mata.

"Mahu,"

Serentak saya dan pemandu menjawab.

TANAH

DAN lelaki berdarah dahi, segera membuka dua tiga langkah silat. Perkara itu dilakukan sebagai tanda minta restu dari jin tanah yang kononnya ada pertalian dengan besi pacak bumi (pasak bumi), Tanpa restu jin tanah akan mengundang kecelakaan pada orang yang memegang besi tersebut.

"Bila berdepan dengan orang yang tinggi ilmu kebatinannya, tanam hujung besi yang tajam ini ke tanah. Begini caranya," tanpa diminta lelaki berdarah dahi memperlihatkan cara menanam besi pasak bumi.

Sebelum ditanam batang besi itu mesti diludah tujuh kali berturul turut, Kesan air liur yang melekat dibesi dilurut tiga dari pangkal ke hujung. Dari hujung ke pangkal. Kemudian dihembus dari pangkal ke hujung, macam orang asli menyumpit tupai di dahan.

Seronok dan menghiburkan melihat pergerakan lelaki berdarah dahi. Nampak lembut dan teratur. Setiap perbuatan harus diiringi dengan jampi mentera tertentu. Dan hati kecil terus memuji kehebatannya dan daya ingatannya.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 2)(COMPLETE)Where stories live. Discover now