Siri 241-Dendam

1.1K 21 0
                                    

  Sambungan Siri² Bercakap Dengan Jin

DALAM keadaan yang tidak menentu itu, saya cuba memeriksa diri. Apakah kesalahan yang telah dilakukan. Apa pula pantang larang yang dilanggar. Rasa-rasanya, tidak ada kesalahan yang dibuat.

Bila menjeling ke arah pemandu. dia juga termenung panjang. Barangkali, dia juga memeriksa diri sendiri, macam saya.

"Eh, kamu berdua"

Berderau darah dalam tubuh. Lelaki berdarah dahi ini sudah melampau. Apakah dia tidak boleh menggunakan bahasa yang sopan untuk memanggil saya dan pemandu. Sungguh biadab lelaki laknat kutuk saya dalam hati.

Tetapi rasa marah yang membuak-buak terus menurun melihat si pemandu di sebelah, bersikap tenang dan bersahaja.

"Maafkan aku."

Permintaan maaf dari lelaki berdarah dahi, membuat saya terasa lemah. Kemarahan terus lupus dari kalbu. Senyum persahabatan ditujukan kepadanya.

"Begini, aku nak tegur parangai, kamu berdua..........."

Kerana kata-kata selanjutnya, tidak diteruskan. Dada mula digoncang debar yang hebat.

"Silakankan, kami tak marah." si pemandu berbahasa lembut.

Saya lihat lelaki berdarah dahi menarik nafas panjangj. Tangan kanannya meraba-raba pangkal paha kanan berkali-kali, macam ada sesuatu yang dirasakannya disitu. Kemudian dia mengeliat. Fahamlah saya bahawa lelaki berdarah dahi itu mengalami lenguh-lenguh pinggang.

"Begini, mengikut petua guru aku. semasa dalam perjalanan mengesan atau memburu musuh, tak boleh bercakap, bersiul, menegur benda melintas. Tak boleh bertekak dan cepat marah. Kalau kamu berdua tak boleh ikut petua, biar aku mita diri. Kamu berdua uruskanlah hal ini," nada suaranya lembut.

Tetapi ada perkataan-perkataan tertentu yang sebutannya sengaja dikeraskan oleh lelaki berdarah dahi.

Saya dan pemandu faham, kenapa dia berbuat demikian? Terutama tentang ungkapan yang berbunyi:

"Biar aku minta diri kamu berdua uruskan."

lni menunjukkan dia marah dan kecewa di samping itu cuba mengugut kami berdua.

Memang menyampah dan meluat mendengar ugutan seperti itu. Lebih-lebih lagi dari orang asing yang baru dikenali, tidak sampai seminggu.Tetapi,kalau ugutan itu dikotakan oleh lelaki berdarah dahi. Saya dan pemandu akan berdepan dengan masalah yang sukar

Jadi sebelum keadaan menjadi bertambah sulit. Perkara ini harus ditangani dengan baik. Biar segala-galanya berjalan dengan lancar dan teratur. Fikir saya sendirian.

PENCARIAN

DALAM usaha mencari jalan terbaik itu, otak terus berfikir dan berfikir. Kepala terus didongakkan ke langit. Awan nampak bertompok tompok. Bergerak lemah mengikut arah angin. Juga kelihatan sekawan keluang terbang rendah menuju ke arah puncak bukit yang nampak berbalam¬balam. Nyamuk dan agas mula menyerang.

"Maafkan kami."

Sungguh di luar dugaan si pemandu berkata begitu. Nampaknya, dia hertindak lebih awal dari saya, dalam usaha mencari kejernihan.

"Juga maafkan saya," dengan pantas saya mencelah.

"Kami berjanji tak buat lagi perkara semacam itu," si pemandu memberikan sebuah ikrar dan janji. Saya anggukkan kepala.

Lelaki berdarah dahi terus membisu. Sepasang matanya memanah ke arah langlt luas.Sesekali dia meraba-raba hujung taping telinga kanannya. Ditekan tekan dan dipusingnya sekali dua.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Sambungan 2)(COMPLETE)Where stories live. Discover now