◈Bab 6◈

1.5K 107 0
                                    

"Jap, aku dengar nama aku ke tadi?" soal Dayyan sambil menggaru telinganya.

"Kalau kau tak dengar, korek telinga guna hitachi lai  kali ek?" sindir Eva sambil menjeling.

"Kejap, asal nama kita kena panggil ni?" soal Waniey, risau.

"Kau ni bila kena penyakit risau sedunia?" soal Amy sambil membuat muka selamba.

Tapi dalam hati, hanya tuhan sahaja yang tahu debaran tersebut.

"Kita tak salah dengar kan?" soal Athiyah kepada Sarra.

"Taklah, kita salah dengar tu tadi. Kena panggil, king kong, belangkas, monyet, beruk, singa, lipas dan lembu" ejek Sarra.

"Aku tanya betul-betullah lipas!" marah Athiyah sambil membuat muka hodoh.

Aishh, kalau buat competition ni, comfrim Athiyah masuk peringkat kebangsaan.

Para pelajar memandang mereka.

"Asal tengok-tengok? Tak pernah dengar nama kitaorang kena panggil?" soal Eva sambil mengepalkan penumbuk.

Mereka berenam berjalan menuju ke hadapan dengan riak wajah yang berbeza-beza.

Sorang tu, dengan muka hodoh dia.

Sorang lagi, dengan wajah ngantuk.

Yang satu tu, dengan muka terkejut macam baru lepas nampak keghaiban.

Yang lipas merayap tu, buat muka selamba.

Yang EXO-L ni pula, muka jahat.

Yang tak bersihkan telinga tu lagi, masih lagi dengan mulut terbuka.

Dah boleh buat ABC ni.

Macam-macam.

"Kamu berenam dipilih menjadi anak angkat rasmi kepada jutawan tersohor global, Tuan Beckham. Kamu diarahkan untuk mengambil beg kamu dan pergi ke padang sekolah. Berjumpa dengan beliau di jet peribadi miliknya" sambung pengetua.

Pelajar mulai membuat wajah terkejut.

Kenapa banyak-banyak pelajar di situ, mengapa nama budak-budak nakal tu kena sebut?

"Ahh, aku pikir diorang buat hal dengan senior sorang tu!"

"Ahh, cubalah aku jadi anak Tuan Beckham, kaya aku!"

"Adoi, kenapa diorang dan bukannya aku? Kan aku lagi better dari diorang berenam?"

Berbagai-bagai kecaman diterima oleh keenam-enam gadis tersebut.

Mereka berenam pula, tidak bersuara. Masing-masing terkejut mendengar pernyataan tersebut sebelum bersuara.

"Woi, korang ingat kami ni juvana sangat ke? Korang nak pelempang dari aku ke hah?!" tengking Athiyah, membuka kasut sekolahnya.

"Senang je kecam kitorang. Kalau nak tu, sini jumpa kami. Taulah perangai kami macam hantu. Habistu korang ni, bukan species dengan kami?" sokong Dayyan sambil memberikan jelingan maut.

Alaa, bukan maut sangat pun. Kalau yang maut tu mata macam cerita Wolverine.

"Korang manusia jugak kan? Takkan malaikat yang turun dari syurga? Senang je nak kecam kitaorang. Tunggu korang lepas ni." ugut Eva dengan wajah marahnya.

Para pelajar yang memberikan kecaman, terdiam.

Sis tatot.

Diorang tu bukan species jinak macam kucing rumah, tapi liar.

[S1] 6 GENERATIONS ✓Where stories live. Discover now