◈Bab 32◈

1K 76 0
                                    

Seminggu kemudian

"Arghh, stress gila, sumber aku jauh sangat. Rindu!" adu Sarra sambil meregang tangannya.

Athiyah dan Amy mencebik. Dia ni, selepas dah taken dengan Syamie, makin manja perangai Sarra dibuatnya.

Seminggu tu jugak, mereka berlima jadi semakin rapat. Tetapi waktu itu masih terlalu awal untuk melamar. Sabar wahai hati!

Dan selepas seminggu berlalu, Fasha tak datang sekolah sebab takut kena panggil dengan pengetua fasal hal lalu. Padahal, sangkaannya sahaja.

"Wahh, siapa pula si Sarra rindu ni? Dah ada bf?" Sampuk Cecillia sambil tersenyum nakal.

Sarra hanya tersengih macam kera busuk, "Kalau kau tau, aku yakin meraung kat bilik" jawab Sarra sambil tergelak.

"Psss, Mirul. Si Sarra tu dah taken weh, mana ada chance untuk kau" bisik lelaki poyo tersebut, Shahrul.

Tak sangka, lelaki nerd dengan lelaki poyo boleh bergabung menjadi kawan baik. Alhamdulillah, dunia masih lagi dalam kondensasi yang separa sihat.

"Nanti lepas aku tau siapa bf dia, aku bagitau kat bf dia yang aku suka si Sarra" balas Amirul sambil membaiki kedudukan tali lehernya.

"Untunglah crush masih single" sambung Amirul sambil membuat muka cemberut.

Shahrul hanya tersengih sambil memandang Dayyan dengan pandangan menggoda.

Entah sejak bila dia ada perasaan dengan Dayyan padahal dia sendiri cakap yang mereka berenam itu tak layak dibuat isteri idaman.

"Tapi serius weh, aku tengok kat Instagram Dayyan, dia keluar main game dengan si Daniel 3 Diamond 2AK sabtu minggu lepas!" Bisik Amirul sambil menunjukkan post Dayyan di Instagram.

"Itulah tu, aku pun nampak muka Dayyan comel gila dengan si Daniel. Aku jealouslah apa lagi!" Luah Shahrul sambil menghentak penumbuk di meja.

"Kau suka si tiang tu? Aku lagi suka si Eva. Dia sweet je, senyum pun comel" sampuk sahabat karib Amirul, Danish.

"Si Eva tu sama je dengan si Dayyan!" Ucap Shahrul perlahan. Dia membuka telefonnya lalu menunjukkan gambar selfienya dengan Emir di Sushi King.

"Tapi, dia steady je bila aku dekat dengan dia. Senyum pun selalu, muka buruk pun dia bagi tapi still cute" puji Danish sambil mencuri pandang kearah Eva yang sedang membaca Webtoon.

"Serius? First and last aku cakap dengan dia masa dia tolong aku angkat buku English" cerita Shahrul sambil mengingat memori tersebut.

"Tapikan, aku dengar pelajar lelaki kelas sebelah suka enam ni sekaligus" beritahu Danish dalam nada berbisik.

"Siapa nama dia weh?" Soal Amirul sambil berkerut.

"Naim" jawab Danish, pendek. Shahrul dan Amirul sudah agak, Naim yang merupakan playboy kelas 1 paling annoying!

Sampai semua perempuan yang dia suka, digoda habis sampai jatuh cinta.

Dah fall in love, ditinggalkan macam sampah. Gila punya lelaki.

"Diorang cakap pasal kita lagi ek?" Soal Athiyah sambil mulut muncung.

Ya tuhan,mulut tu tak boleh lagi kecil? Boleh dengar tau.

"Alaa, diorang gosip pasal si Eva, Dayyan dengan Sarra lah tu" jawab Amy sambil khusyuk membaca Webtoon.

"Tapi aku dengar lain selain tu" sambung Athiyah sambil menguap. Dia membaringkan kepalanya di meja berlapikan lengan.

[S1] 6 GENERATIONS ✓Onde histórias criam vida. Descubra agora