◈Bab 56◈

843 54 2
                                    

Dayyan💑Daniel POV

Mereka semua singgah ke restoran memandangkan mereka semua tengah lapar.

Syafie sudah dihantar ke hospital dan bakal dijaga oleh Cikgu Waiz sendiri. Ema menceritakan semua yang berlaku kepada cikgu lelaki tersebut seperti apa yang didengarinya daripada Athiyah sendiri.

Oleh itu, Cikgu Waiz mengambil tindakan untuk menghubungi ibu bapa Syafie, melaporkan tentang kelakuan anak mereka yang berani mengganggu pelajar junior!

Padan muka.

Tolak terus 3 merit tu, berhenti sekolah! SKA tidak perlukan pelajar pervert macam dia.

Kini, tinggal 23 pelajar yang masih melanjutkan trip tu.

Mereka makan di Restoran Doichi Fang kerana harga yang berpatutan

"Bulgogi set jumbo and set large. Juice orange for 35 person" pesan Kai.

Daniel yang ralit melihat fon dari tadi, tergelak tiba-tiba. Dayyan yang berada di sebelahnya terkejut beruk.

Dia yang main orang-orang versi sudu dan garfu, terlepas dek ketawa Daniel.

Nasib gugur di atas meja, kalau di muka?

"Apa yang kau kenapa sangat tu?" soal Dayyan, sambil kepalanya menyibuk melihat skrin telefon Daniel.

"Post Andi Bernadee lah" jawab Daniel, lalu memberikan telefonnya kepada Dayyan.

Dia masih lagi tergelak, menahan sakit di perut. Senak!

Saat Dayyan melihat video tersebut, Dayyan tergelak kuat. Ditampar laju paha Daniel yang terbaring, menahan senak.

"Woi samdol!" ajuk Dayyan sambil menampar dahinya lalu tergelak lebar.

"Taknaklah, nanti dia sepak muka aku nanti tiba-tiba muka aku jadi babi. Taknakkkk" Daniel lagi menyambung ajukan. Mereka berdua tergelak melihat video tersebut.

Mikael yang melihat, hanya menjeling Daniel. Seronok betul ketawa lepastu tak perasan kalau ada orang terasa hati?

Ihh, kenapa si Dayyan dengan Daniel ni nak kisah kalau ada yang terasa hati?

Biarlah!

"Mesti korang tengok video animoji andi bernadee tu kan?" Soal Eva, meminta kepastian.

"Iyaa" jawab Dayyan, masih tergelak

"Maskud?" soal Emir, tidak faham. Apa ni? Samdol? Babi? Animoji?

"Yang diorang tengok tu post andi bernadee" jelas Eva pendek.

"Bising ah kau ni" ajuk Daniel sambil membuat suara Andi.

"Dia marah aku weh" sambung Dayyan, menjadi monyet.

Mereka kembali tergelak saat mendengar ajukan masing-masing.

"Gedik" sampuk satu suara lunak daripada sebelah tempat duduk Mikael.

Sarra yang terdengar memandang empunya suara lunak itu.

Sarra mencebik, kalau cemburu tu cakaplah. Tak payah nak kata orang.

Ingat orang tak berani ke?

"Daniel, cuba tengok kat story dia" pinta Dayyan sambil meletakkan kepala di lengan Daniel.

Mereka berdua melihat video yang dirakam oleh Andi Bernadee di instagramnya.

"Bebii, bebiii" ajuk Dayyan sambil membuat muka seperti Andi Bernadee.

[S1] 6 GENERATIONS ✓Where stories live. Discover now