◈Bab 89◈

836 56 0
                                    

•••••

Eva siap bersiul lagi saat melihat Lyna semput mengejarnya. Tulah, duk layan drama korea lepastu tak berlatih senaman!

Padahal diri sendiri pun sama je

"Kau,"

"Ye aku?"

Lyna menggertap bibirnya. Dia membaling apa-apa sahaja yang berada di sekelilingnya. Geram punya pasal, emosi dia terus tak stabil

"Kau period ek? Tu kenapa emosi macam nak mati tu?"

"Diamlah!"

Lyna terduduk, menggaru-garu kepalanya sehingga kusut. Dia ingat apabila rancangannya dan rancangan Syasya bergabung, boleh meletop habis!

"Kau nak tau,"

"Aku tak tanya pun aku nak tau,"

"Arghh!" raung Lyna, sakit hati. Budak di hadapannya itu ada je nak sampuk guna penyengatnya.

Kebiasaannya, lebah sengat di kat punggung, Eva dekat mulut.

Perggh, sedap tho!

"Sejak kau ada,"

"Aku memang dah lama ada kat bumi"

Emir menahan gelak. That's my girl! Pandai betul nak sakitkan hati orang lain sampai naik gila.

Lyna mencapai botol arak perlahan-lahan saat penglihatan Eva terganggu

Dia berlari sepantas yang mungkin lalu menghalakan botol arak itu tepat ke kepala Eva.

PRANG!

Lyna melepaskan botol arak yang sudah pecah itu, perlahan-lahan mengundur daripada Eva.

Eva terasa suatu cecair hangat mengalir di kepalanya. Dia tak pening, cuma sedikit berasa gegaran di kepalanya.

"What have you done?!" soal Athiyah, berasa berang.

"HAHAHAHA! KALAH!" Ejek Lyna, menggelakkan Eva yang masih kaku berdiri.

"EVA!" jerit Emir, berusaha melepaskan diri daripada kerusi tersebut. Setiap titik merah yang menitik di lantai, dipandang dengan pandangan hairan

Weh, sinetro!

Terlanggar botol kicap, lepastu pengsan.

Bangun je, terus hairan, "lo siapa?"

"Maksud aku, kau nak mati!?" soal Athiyah, masih terbuntang. Athiyah, rakan baik Eva sejak darjah satu sudah lama mengenali perempuan tersebut.

"Dia nak buat apa jugak lepas kena?! Tak mungkin!" balas Lyna, menafikan kenyataan Athiyah.

"Sejujurnya, Eva tu hampir sama dengan jerung bila kau cari pasal tentang kepala" jelas Amy, dengan tenang.

"Sebab kawasan kau target tu," ayat Waniey tergantung untuk beberapa saat.

"Kawasan penting dalam hidup Eva" sambung Dayyan, mensilangkan tangannya.

Lyna berkerut mendengarnya.

"Mesti dalam otak dia terfikir 'What do you mean? Ohoh oh, what do you mean?' " nyanyi Sarra, sambil mengajuk reaksi Lyna

Maksud tempat penting?

"Sampai hati kau" ayat yang terpacul di mulut Eva. Pandangannya kearah lantai, memikirkan sesuatu

Eva mengangkat mukanya yang dihiasi dengan cecair merah, pandangan matanya berubah menjadi besar. Biji matanya yang kelihatan molek, bertukar menjadi besar.

[S1] 6 GENERATIONS ✓Where stories live. Discover now