◈Bab 41◈

1K 62 0
                                    

Keluar sahaja daripada perlepasan, mereka 12 orang mengambil bagasi masing-masing.

"Ian!" panggil Zura, sambil tercungap-cungap mengejar Ian dengan Waniey.

Waniey mencebik lalu memandang Ian. Hah tu, peminat datang nak kacau.

Kalah syaiton!

"What?" soal Ian, dingin. Diantara mereka berenam, Ian dan Emir paling dingin dengan perempuan.

Cari fasal, memang pedas yang dapat.

"Tolong I" pinta Zura, sambil menunjuk dua beg angkat di belakangnya.

Ian dan Waniey terbuntang. Serius ah? Waniey yang ketot ni pun tak bawa barang banyak sangat!

Walaupun trip tersebut 11 hari, sampai nak bawa 3 beg ni kenapa? Terus tinggal or nak bawa mati?

"Taknak, mesti berat. Kau bawa batu bata ek? Nak buat rumah terus di sana? Goodlah. Takyah datang Malaysia lagi, buat semak je" bebel Ian, sambil menjeling kearah Zura.

Waniey yang berada di sebelah, ditarik. Waniey hanya tersenyum jahat kearah Zura yang terlompong.

Kan dah kena, nak sangat meragam kat Ian kenapa?

"Baiklah semua, ni tentatif perjalanan kita selama 11 days. Harap bersiap sedia, berseronok sambil belajar ada gabungan yang sempurna" jelas Kak Isya sambil tersenyum teruja.

"Kak Isya memang gitu ek?" Soal Eva, mencebik memandang perangai teruja gila Kak Isya.

"Kak Isya first time jadi leader group adventure ni. Selalunya Kak Litad" jawab Emir sambil memasukkan kedua tangannya di poket seluar.

"Honeyyy" panggil Lyna, sambil menggosok kepalanya di lengan sebelah kanan Emir. Sebelah kiri dan kena cop oleh Eva.

"Ih kau ni dah kenapa? Nak miang? Pergi sana dekat pokok tu" marah Emir, menolak kepala Lyna daripada lengannya.

"Tolonglah I, berat tau beg!" Pinta manja Lyna sambil menunjukkan satu bagasi kecil dan bagasi besar.

Pandailah kau, tu bukan manja tu gedik namanya.

"Serius weh, beg aku pun taklah macam kau" perli Eva sambil melihat kukunya yang dicat natural.

Selamba je muka dia memperli.

"Whatever! Honey, tolonglah" balas Lyna, masih berkeras.

"Honey, honey, karang kau jumpa jugak queen honey ni kejap lagi" ejek Eva sambil menjeling tajam kearah Lyna.

"Angkat sendiri, lelaki banyak kat sini. Bukan aku sorang je kat sini" jawab Emir, melarikan diri bersama Eva.

"Kereta kita di luar, setiap kereta boleh muat 12 orang. Beg kamu letak kat kereta warna kelabu ya" sambung Kak Litad, tenang.

Dah 5 tahun dia ikut trip rasmi sekolah ni. Dari kelas satu dia jejak kaki di merata tempat.

"Baikk!" Balas mereka berenam sambil tabik hormat kearah Kak Litad dan Kak Isya.

Biasalah, mereka berdua je kelas 5 yang ikut.

Mereka menaiki 3 kereta bersaiz besar menuju ke hotel. Memandang yang mengikut dapat sambutan ramai, Kak Isya dan Kak Litad cuma menyediakan 30 borang sahaja.

Cepat dapat, lambat meraung!

"Allen, I nak duduk dengan U" pinta Syasya sambil membuat 'puppy eye'.

"Maaf, penuh" balas Allen, sambil tersengih. Murah je senyuman dia.

Tapi entah fake atau tak dia bagi.

[S1] 6 GENERATIONS ✓Where stories live. Discover now