JohnTen

1.2K 56 3
                                    

"Spotcheck! "Ujar Ten apabila dia dan sekumpulan pengawas masuk ke dalam kelas 5sc2 membuat pemeriksaan.

"Pelajar perempuan berdiri kat belakang, pelajar lelaki berdiri dekat depan. Gerak sekarang. "Arah Ten kepada semua penghuni kelas 5sc2.

Semua pelajar dalam kelas mengikut arahan. Pengawas yang ada membuat pemeriksaan beg dan pelajar.

Ten mendekati seorang pelajar yang paling tinggi dalam kelas itu.

Johnny seo.

Ya, dia kenal lelaki itu. Lelaki itu famous di sekolahnya kerana menjadi DJ di sekolah.

Tetapi Ten tidak suka dengan Johnny. Sebab Johnny selalu membulinya.

"Kenapa butang baju kau tidak ditutup habis? "Tanya Ten. Johnny tersenyum nakal memandangnya.
"Sengaja. "Ujarnya ringkas. Ten menggeleng kepala sambil mendengus.

Walaupun dia tidak suka dengan Johnny, tetapi dia dengan baik hati menutup butang baju Johnny.

"Lain kali tutup habis butang ni. Tapi janganlah sampai mencekik leher kau. "Ujar Ten setelah dia selesai menutup butang baju Johnny. Dia menepuk lembut dada Johnny dan tersenyum kecil memandang Johnny.

Dan itu membuatkan Johnny terpesona sikit. Selama dia membuli Ten, dia tidak pernah nampak Ten tersenyum kepadanya.

Walaupun senyuman kecil. Itu sudah membuatkan dirinya tertarik dengan Ten.

"Necktie ko, ikat la betul betul. Hish"ujar Ten sambil memperbetulkan necktie Johnny. Dia hanya memperhatikan Ten memperbetulkan necktie-nya.

Timbul rasa ingin mengusik Ten, dia sengaja mengangkat jarinya dan menunjukkan mini heart kepada Ten.

Itu membuatkan Ten berkerut dahi. Johnny tersenyum sambil memberi mini heart kepada Ten. "Ko kenapa ni? Buang tabiat. Dan... "Ten mengeluarkan gelang dari pergelangan tangan Johnny.

"Woi, kenapa ko ambik gelang aku?! "Tanya Johnny. Sebenarnya dia tidak suka kalau orang lain ambik gelangnya tetapi dia merasakan dirinya tidak mahu marah Ten. Cuma dia bertanya, kenapa Ten ambik gelangnya.

"Peraturan sekolah tidak membenarkan pelajar memakai barang kemas. Jadi... "Ten tersenyum memandang Johnny. Sebaris gigi putihnya ditayangkan kepada Johnny.

Senyuman lebar Ten mampu membuatkan Johnny terkaku. Dia tidak pernah merasakan perasaan ini sebelum ni. Dia merasakan satu perasaan yang aneh dalam dirinya apabila dia melihat Ten tersenyum begitu.

"Ia dirampas"ujar Ten lalu pergi. Semua pengawas pun keluar dari kelas mereka. Johnny tersenyum melihat kepergian Ten.

~

Ten menutup lokernya. Alangkah terkejutnya apabila dia ternampak Johnny berdiri di sebelah lokernya. Ten menghembus nafas lega dan menatap Johnny.

"Ko nak apa? "Tanya Ten. Johnny tertawa, dia menyengetkan kepalanya dan menatap wajah Ten.

"Aku nak gelang aku. "Ujar Johnny. Dia menghimpit Ten pada loker. Tangannya diletakkan disebelah kepala Ten. Ia agak klise, kerana ia sering berlaku dalam drama. Tetapi ia realiti bagi mereka.

"Oh, gelang kau? Aku dah buang. "Ujar Ten dengan senyuman sinisnya. Johnny tertawa, dia mendekatkan lagi wajahnya dengan wajah Ten dan meninggalkan beberapa cm di antara mereka.

"Kau jangan nak bergurau dengan aku. Aku nak gelang aku sekarang. "Ujar Johnny dengan nada yang mampu menakutkan Ten. Ten mula berasa takut dengan Johnny.

Johnny nampaknya serious dengan gelangnya. "Kau tahu kan, kalau pakai gelang ke sekolah melanggar peraturan. Jadi aku buang je gelang tu. "Ujar Ten dengan nada suara yang kedengaran takut.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now