ONLY YOU- 10

1.1K 69 4
                                    

KookV

.
.
.
.



Taehyung terpaksa membanting tulang untuk menyara keluarga kecilnya. Bayangkan taehyung kene sara dua orang malaikatnya yang masih kecil.

Taehyung tidaklah ditinggalkan harta. Walaupun ayah tirinya kaya raya tetapi kesemua harta itu tidak diserah kepadanya. Semuanya diberi kepada jungkook.

Tapi itu bukanlah apa yang taehyung harapkan. Dia teringin sangat nak ada kerja yang baik dan dapat memberi kesenangan pada anak-anaknya.

Taehyung tak boleh terus-terusan mengharap bahawa jungkook akan mencintainya lagi. Kerana jungkook pasti amat menyanyangi isterinya; eunha.

Iya walau terdengar sangat sakit hati, tapi taehyung tak boleh nak buat. Kalau tak taehyung yang tolak jungkook, mungkin hal ini tak akan terjadi kepadanya.

Pagi ini, taehyung menghantar anaknya kepusat jagaan pengasuh. Oleh kerana memerlukan duit yang sangat banyak, taehyung terpaksa berkerja keras untuk bayar penjagaan pengasuh.

Taehyung bekerja disebuah hotel yang cukup terkenal di kota daegu. Dan lumayan penat jika berkerja disana. Taehyung bekerja sebagai housekeeping tapi baginya tak lah susah mana. Demi anaknya dia sanggup berhadapan dengan semua itu.

.
.
.
.




“Anak Mommy dah bangun ke??” taehyung melihat putranya sudah pun mencelik kedua matanya. Dan mula menyiapkan anak anaknya untuk dihantar ke pusat penjagaan. Kerana taehyung harus segera pergi ke kerja.

Tambahan pula, ini adalah pekerjaan taehyung dan hari pertamanya bekerja. Jadi taehyung tak boleh mencipta rekod yang buruk dihari pertama bekerja.

Setelah selesai menyiapkan kedua malaikatnya. Taehyung berjalan keluar rumah dan menuju ke perhentian bas. Menunggu bas yang seterusnya sampai.

Taehyung tak ada duit nak beli kereta. Bukan kereta je, moto pun dia tak mampu untuk beli. Jadi taehyung terpaksa naik bas. Kalau ada duit sikit taehyung ingin membeli sebuah kereta. Walaupun kerja tetapi muat untuk dirinya dan juga putra kecilnya.

.
.
.

“Jungkook! Awak nak pergi ke?”
Kata eunha, jungkook sibuk memperbetulkan tali lehernya.

“Iya, sebab kejap lagi, saya nak pergi daegu untuk tengok compony kat sana pulak.”
Kata jungkook yang sedang menghadap cermin itu. Menyiapkan dirinya, manakala eunha mengangguk faham.

Selesai sahaja, jungkook mencapai briefcase yang dihulurkan eunha itu. Pantas jungkook memberikan kucupan ringan pada dahi si isteri.

“Selamat jalan sayang.”
Kata eunha. Jungkook mengangguk dan menuju masuk kedalam keretanya. Menghidupkan enjin kereta lalu memecut keluar dari kawasan perumahan.

.
.
.
.

Setelah hantar kedua anaknya, taehyung terus menuju ke hotel. Sesampai dia disana dia menukar pakaian. Dan bersiap sedia untuk bekerja.

“Hey!”
Taehyung menghentikan langkahnya, lalu menoleh kebelakang. Melihat seorang gadis sedang memperbetulkan rambutnya datang mendekatinya.

[𝐂] 𝐎𝐧𝐥𝐲 𝐘𝐨𝐮 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now