09

6.4K 1.1K 147
                                    

Crazy Neighbour • jjk

09

A/N:

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Satu sahaja update hari ini.😊

-----

Usai berurusan dengan model boxer kegemaran Mr J, aku menarik nafas lega.

Mr J iaitu Jeon Jungkook sudah menghilangkan diri ke pejabatnya sejak sekian lama. Manakala, aku pula masih di tempat duduk.

Mataku merenung profil dan surat perjanjian yang ditandatangani oleh Mr Jimen Almiradoulalala La Senza itu.

Dia bukan calang-calang model. Jika dilihat pada pandangan pertama, keseksian bang Jimeng boleh buatkan aku cair seperti lilin.

"Hehehe, kacaknya Encik La Senza. Perut ada roti 6 ketul. Ehehheheheeh."ujarku tanpa sedar.

Bibirku melopong luas. Hati pula menjerit laungan semangat fangirl yang baru bertapak dalam diri.

Tepukan tangan seseorang membawa aku semula ke alam realiti. Mr J berdiri di hadapan meja aku. Sebelah tangannya sibuk menggaru kepalanya.

"Aku lagi kacak dari Jimeng. Ha sudahlah berangan sampai ke bulan. Tengok-tengok kau kahwin dengan aku juga. Jomlah balik sekali, Young Mi. Grrrmuah."tutur Jungkook dalam nada tinggi.

Ketiaknya mengepit beg pejabat yang berisi fail-fail penting. Ketiak je function. Tangan sedang sibuk menggaru tak gitu?

---

Mahu atau tidak, Young Mi turutkan sahaja perlawaan Jungkook untuk pulang bersama.

"Jangan korek hidung Mr J."ujar gadis itu dengan garangnya.

Jungkook terkedu. Jari kelingkingnya dijauhkan semula dari lubang hidungnya.

"Iyalah, aku tahu. Kau caring juga dekat aku. Erm, sukalah. Meowww. Sayang Young Mi. Hidup Young Mi 2k19."

Jungkook menghidupkan enjin kereta. Sebelum meneruskan pemanduan, Mr J seperti sedar ada sesuatu yang kurang.

Tanpa amaran, dia memusingkan badan ke arah Young Mi.

---

Aku menahan segala jenis debaran yang menyerang hati kecil ini. Sesuka hati je Mr J nak dekatkan diri dengan aku.

Wajah lelaki gila itu bergerak semakin rapat denganku. Sukar aku tafsirkan kadar degupan jantung aku ketika itu.

"Young Mi, hurm?"

Aku menjengketkan kedua-dua belah kening. Satu suara pun aku tak mampu keluarkan akibat rasa cemas.

"Kau tak pasang tali pinggang. Bahaya tau? Nakal. Lain kali dengar cakap....aku."katanya dalam suara bisikan halus.

Pandangan mata Mr J berfokus lama di bibirku sebelum dia mula menjarakkan tubuh badannya.

"Kita balik rumah ye, sayang?"

Kelopak mata kanannya dikedip begitu comel sekali. Apabila pedal minyak ditekan, aku hanya diam tidak membantah.

Sisi kiri wajah Mr J aku curi-curi pandang dalam diam.

Sayangnya, muka kacak, aura dah menggoda. Otak kurang betul.

Sayangnya.

-TBC-

A/N:

Saya akan perbanyakkan lagi babak antara Young Mi dan Jungkook selepas ini.

Terima kasih dan selamat datang kepada pembaca baru.

💖

Komen?

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now