25

4.7K 784 126
                                    

Crazy Neighbour • jjk

Crazy Neighbour • jjk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


A/N:

Ada baki lima bab lagi sebelum tamat karya unik ini. Terima kasih atas sokongan kalian semua.

😘
-----

Anak mata coklat cair itu melemparkan pandangan ke luar tingkap. Kedua-dua telapak tangannya menggenggam kuat hujung permukaan sinki.  Mujur ubat sudah selamat ditelan masuk ke dalam kerongkong, sakit yang ditanggung beransur pergi.

Perlahan-lahan,  lelaki itu membawa diri ke ruang tamu. Segelas air suam diteguk rakus. Jungkook mengelap pantas manik-manik peluh yang mulai timbul di atas permukaan kulit dahi serta lehernya.

"Aku tak boleh dedahkan kepada Young Mi. T-tak boleh.  Aku tak nak wife aku menangis. Aku mohon..moga kesakitan ini berlalu pergi buat sementara waktu. Demi Young Mi."rintihan Jungkook terhenti tatkala telinganya menangkap bunyi pintu bilik air dibuka oleh seseorang.

"Awak okay ke tak,  Jungkook? Boleh saya masuk jenguk awak kejap? Risau ni."omelan Young Mi memaksa lelaki itu untuk segera bertindak pantas.

Plastik berisi ubat penyakit kroniknya disimpan ke dalam satu almari kecil. Lalu, dia biarkan almari tersebut berkunci.

"Aku sakit perut je sayang. Masuklah. Aku hilang sekejap pun,  Ada orang dah rindu. Come to daddy."lontar Jungkook dalam nada suara bergurau.

Telapak tangannya mengurut permukaan dada yang berdenyut sakit. Kesakitan itu terpaksa dilupakan apabila wajah Young Mi muncul di ruangan anak mata.

"Jungkook, kenapa pucat sangat muka awak ni?"jari-jemari runcing Young Mi mengelus lembut dagu suaminya.

Jungkook menggelengkan kepala. Pinggang Young Mi dirangkulnya begitu erat sehingga wanita itu mengalami kesukaran untuk bernafas.

Cincin tersarung di jari manis Young Mi ditenungnya sayu. Jika diberi secebis peluang di alam mimpi,  sudah pasti dia ingin menangis di hadapan isterinya.

Janjinya hanya satu.  Dia ingin menemani Young Mi sehingga usia mereka mencecah puluhan abad.

Tapi, janji-janji semua itu akan musnah jua. Dia takut. Jungkook yakin dia akan meninggalkan Young Mi keseorangan semula nanti.

"Jeon Young Mi, aku cintakan kau."

Ucapan selamat tinggal tidak mampu terkeluar daripada tutur katanya. Ucapan kasih sayang itu menjadi salah  satu cara untuk Jungkook menghilangkan rasa bersalah dan kesedihan yang menggunung tinggi.

"Awak tak sorokkan apa-apa lagi kan daripada pengetahuan saya? "soalan cepumas Young Mi mematikan pergerakan lidah Jungkook.

Suasana bertukar jeda. Jungkook membisu tanpa balasan jawapan yang  dituntut oleh Young Mi.

-tbc-

A/N:

Saya nak kasi hint.

Cerita ini ending dia sedih.

Bab-bab selepas ini saya akan selitkan babak lawak dan romantis anak Jeon.

Maaf kerana lama menyepi.

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now