22

4.7K 839 76
                                    

Crazy Neighbour • jjk

Young Mi malas hendak melayan kerenah menggila suami sesatnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Young Mi malas hendak melayan kerenah menggila suami sesatnya itu. Dia melabuhkan punggung di bucu katil. Bunyi rengekan manja lelaki gila tersebut memanaskan taik telinganya sekali lagi.

"Berdosa tau tak layan suami. Kasihan punggung aku. Dia tak berdosa tahu? Kenapa Yeng Mi tendang punggung oppa? Oppa sedih, oppa sedih."berdesing telinga Young Mi apabila namanya dieja salah oleh lelaki itu.

Adakah benar Jeon Jungkook ini adalah suaminya yang benar? Young Mi dicuit rasa hairan. Dia sendiri kagum dengan dirinya sebelum hilang ingatan.

Tabah betul Young Mi yang lama melayan tabiat pelik lelaki ini.

"Betul awak tak tipu saya? Jujur dengan saya. You're my real husband..am i right?"duga wanita itu agar kebenaran terdedah jua.

Young Mi menoleh semula ke arah Jungkook kerana dia mahu melihat reaksi wajah si suami.

Tekaannya meleset teruk. Dia sangkakan Jeon Jungkook akan mempamerkan sebarang mimik muka pelik dan lucu. Namun, lelaki itu merapati tubuh badannya secara mengejut.
---

"Jungkook kesayangan Young Mi tak akan pernah tipu. Aku rindu isteri aku. Aku macam nak gila sebab kau hilangkan diri. Kau muncul..aku lega akhirnya."balasannya berbunyi sayu.

Pantas mood lelaki itu bertukar rentak.  Bahu kiriku menjadi tempat daratan kepalanya. Jungkook capai tangan aku. Lalu, dia bentukkan satu pautan jari yang kemas dan erat.

"Terima aku semula, Jeon Young Mi.  Aku janji akan jaga dan tatang kau dengan selori kasih sayang mencukupi setiap hari. Masa mengejar kita. Aku takut tak sempat, Young Mi."

Bicara serius yang hadir dari mulut Jungkook menimbulkan bibit-bibit curiga dan gelisah di hati. Aku biarkan lengan aku melilit kawasan pinggangnya.

"Cubalah. Aku..s-saya bagi awak peluang kedua untuk cuba pikat saya. Ingatkan saya semula, Jeon."

Permintaan aku menyebabkan postur badan lelaki itu bertambah rileks. Hidungnya dicubit manja olehnya.

Kedipan mata Jungkook yang semestinya sangat annoying menambahkan lagi kadar denyutan jantungku.

"Aku cinta kau, Jeon Young Mi."

Aku anggukkan kepala. Jari-jemari aku ralit mengelus lembut permukaan rambutnya.

Jangan ingat kau seorang yang jatuh cinta, aku pun sama. Cuma, aku terlalu dambakan perhatian kau. Aku memilih untuk tidak membalas ungkapan cinta itu buat masa sekarang.

-tbc-

A/N:

Semoga bab ini memuaskan hati. Bab seterusnya ada momen aummmss Jungkook dan Young Mi.

Saya kembali. Sedikit lewat kerana kesihatan tak mengizinkan.

Korang excited?

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now