13

5.2K 1K 91
                                    

Crazy Neighbour •jjk

Park Young Mi mengeluh untuk kali yang kesepuluh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Park Young Mi mengeluh untuk kali yang kesepuluh. Tangannya masih setia menaip kertas kerja projek jualan mega seluar boxer seperti yang diminta oleh Mr J. Namun, fikirannya bertebaran ke tempat lain.

Ingatkan siapa wahai Young Mi? Sudah tentu perkara yang bersarang di dalam fikiran gadis itu adalah Mr Jeon Jungkook.

Mulut kata meluat. Hati pula mengatakan sebaliknya. Dari hujung anak matanya, wajah serius Jungkook menyentap hati tisu miliknya.

Dia akui rasa kekok tahap maksimum semakin galak menguasai diri. Sikap dingin Jungkook yang begitu berbeza dengan sikap gila-gilanya itu menyebabkan Young Mi berasa aneh.

"Mr J, saya ada buat salah apa-apakah? Saya minta maaf kerana hal minggu lepas. Tak ada niat pun nak palaukan encik Jungkook yang hensem lagikan bahenol ini. Erm."jelas gadis itu menggunakan nada suara memujuk.

Kali ini, wajahnya dipalingkan betul-betul tepat memandang Jungkook. Lelaki itu menjengketkan kening lalu deheman suara yang kuat bunyinya dia tujukan khas buat Young Mi.

"Tiada maaf bagimu. Aku sakit hati tak habis lagi. Bye."

Tangannya dihentakkan meja sebagai tanda memprotes. Jungkook menyelak anak rambut yang terjuntai di dahi sendiri.

Hatinya diusik semangat yang jatuh merudum kerana Young Mi langsung tiada usaha gigih untuk memujuknya.

Sakit hati? Tidak. Jungkook gedik mahukan perhatian Young Mi.

-tbc-

A/N:

Hai.

Update untuk para pembaca yang tersayang. ❤❤

[C] Crazy Neighbour | JJKWhere stories live. Discover now