HenYang

896 39 7
                                    

Yangyang ternampak Hendery sedang berjumpa dengan seorang gadis di cafeteria sekolahnya. Dia berada tidak jauh dari cafeteria kampus mereka. Dia berasa sungguh kecewa kerana dia percayakan Hendery.

Adakah selama ini Hendery melayannya dengan baik ialah palsu? Sebab Hendery tahu Yangyang gay dan Hendery melayannya seperti seorang kekasih.

Yangyang berasa sungguh kecewa. Nampak sangat Hendery memainkan perasaannya. Yangyang mengeluarkan telefonnya dan membuka aplikasi whatapps.

Hendery

Kau kat mana? Aku dah habis kelas ni.

Dia dapat melihat Hendery mengeluarkan telefonnya dan menaip sesuatu.

Hendery

Aku busy ni, nanti aku datang kelas kau jemput kau.

Kau sedang buat apa?

Pesanan terakhir hanya dibaca sahaja dan tidak di balas. Yangyang merasakan berjuta juta jarum menusuk hatinya. Hatinya sungguh sakit. Kenapa Hendery melayannya seperti seorang kekasih kalau Hendery straight.

Sungguh, Yangyang berasa sangat kecewa dengan Hendery. Dada dia rasa sesak menahan sebak. Dia pun beredar pergi dan balik ke kelasnya.

Dia ingat selama ni Hendery serious nenganggapnya kekasih. Dia ingat Hendery gay setelah Hendery tahu yang dia gay. Namun, apa yang dia tahu adalah Hendery menipunya. Menipu dirinya, padahal sudah jelas Hendery lurus seperti pembaris dan langsung tidak tertarik dengan lelaki.

Yangyang merasakan dirinya diperbodohkan. Kenapa dia boleh jatuh cinta dengan Hendery kalau dia tahu Hendery hanya main main dan bukannya serious. Percuma sahaja dia mengecewakan dirinya.

Yangyang memutar tombol pintu kelas lalu masuk. Dia ternampak Xiaojun. Kelihatan Xiaojun risau dengan keadaannya. "Kau ok? "Tanya Xiaojun. Yangyang merasakan matanya panas. Tanpa disuruh, air matanya mengalir. Itu membuatkan Xiaojun terkejut.

Yangyang menangis di depannya. Tanpa melengahkan masa, Xiaojun terus mendakap Yangyang. Yangyang terus menangis pada bahu Xiaojun. Tangan Xiaojun menggosok belakang Yangyang supaya Yangyang bertenang.

"Kenapa kau menangis? Cuba bagitau aku, kenapa kau menangis? "Tanya Xiaojun. Dia merasakan bajunya basah kerana air mata Yangyang tetapi dia tidak kisah. Yang dia kisah sekarang ni ialah Yangyang. Apakah punca Yangyang menangis.

"Hendery curang dengan aku. "Isak Yangyang. Xiaojun terdiam, tangannya masih mengusap belakang Yangyang.
"Kenapa dia buat aku begini? Bukankah dia bagitau aku dia suka aku? Habis ciuman yang dia bagi tu apa? "Tanya Yangyang.

"Kau tahukan dia tu hanya mainkan perasaan kau. "Ujar Xiaojun. Yangyang terdiam. Dalam masa yang sama, Hendery masuk ke dalam kelas itu. Langkah terhenti apabila dia ternampak Xiaojun memeluk Yangyang.

Xiaojun memandang Hendery. Hendery merasakan dirinya cemburu apabila Xiaojun memeluk Yangyang. Dia pun keluar dari kelas itu dan menunggu Yangyang di dalam kereta.

~
Hendery menatap Yangyang, dia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam kereta.

"Kenapa kau lama sangat? "Tanya Hendery. Yangyang terdiam. Melihat Yangyang terdiam membuatkan Hendery bengang. Tambahan tadi dia jeles dengan Yangyang dan Xiaojun.

Hendery keluar dari kereta dan menuju menuju pintu kereta di sebelah kanan. Dia membuka pintu dan membawa Yangyang keluar dari kereta.

Dia mendorong Yangyang dan itu membuatkan belakang Yangyang terhentak pada pintu kereta. "Aku tanya lagi, kenapa kau lama sangat? Aku tunggu kau sini setengah jam tau. "Ujar Hendery.

Your Favourite NCT Ships ✅ Where stories live. Discover now