PENGENALAN

927 18 1
                                    

Hai!

Nama aku Elqaira.
kalau nak panjang lagi aku boleh bagitahu. Baiklah nama penuh aku ialah Kerry Aryas Elqaira bin Mohamed Syed.
Ops! bukan bin. tapi binti.
Ulang suara.
Nama penuh aku ialah Kerry Aryas Elqaira binti Mohamed Syed.
ha! baru betul.
Aku bukan sebarang aku.
Aku pernah menjadi seorang pembunuh.
Ya!
aku pernah membunuh seekor nyamuk.

Ha! jangan gelabah dulu.

Relax.

Aku adalah anak kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya dan terkenal dan terkemuka di salah sebuah syarikat yang terletak di kuala Lumpur.

Syed Merpati Holding.

Papa aku bernama Mohamed Syed.
Papa aku mempunyai seorang isteri yang sangat cantik.
Oh ya!
Papa aku berusia 55 tahun.
Nama isteri papa aku, Laila Marina.
Manis kan nama tu.
Ya! semanis orangnya.
itu sudah pasti.

Laila Marina itu lah mama aku!
Mama aku ni garang.
Tapi tidaklah segarang singa kelaparan.
Cuma segarang anak raksasa.
Tapi mama aku penyayang.
Walaupun dia garang dia selalu memahami diri aku!
Mama aku pula berusia 45 tahun.
Maka jarak usia papa dan mama ku ialah 10 tahun.

Hmmm.
Papa aku pula. Sentiasa sibuk ke sana ke mari menguruskan syarikatnya. Kadang ke luar negara. Kadang ke luar kawasan. Kesibukan papa aku sering membuatkan aku merasa cemburu melihat teman teman aku yang lain yang selalu dimanja papa mereka.
Tidak pula aku.

Mujur ada abangku.
Ya.
Aku ada seorang abang.
Nama abang aku, Khayrul Arnand Eiz. Dia berusia 28 tahun.
Tua 5 tahun dari ku. Sudah mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita yang sangat cantik dan baik hati.
Lisa Suraya.
Mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Puteri Qyssa Ezzhara.
Dia seorang pemain bola sepak. Siapa tak kenal pemain bola sepak sekolah masa darjah lima! Tapi bila sudah besar dia pula yang disepak oleh bola.
Sadis.

Aku anak bongsu dari dua adik beradik.
Fakta yang perlu diketahui anak bongsu tak pernah bergaduh dengan adik dia.
Memanglah nama pun bongsu mana ada adik.

" Nak tahu apa lagi ? Okay aku berketurunan campuran.
Papa aku campuran anak mami.
Jadi secara tidak langsung aku juga adalah anak mami.
tapi tapi tapi bukan mami jarum yeee..

Aku ada sesekor kucing. cuma seekor. aku tak suka bela banyak banyak. Tak suka. Tak perlu la aku bagitahu kenapa aku tak suka.
Bulunya panjang dan lebat.
warna pula putih bersih.
Ekor kontot.
Diberi nama si bontet!

oh ya! Hampir lupa satu perkara yang aku rasa agak penting.
Umur aku baru saja memasuki 22 tahun.
Dahulu aku bersekolah di sekolah asrama perempuan.
Kesemua pelajar disitu adalah perempuan. Tiada seorang pun lelaki.
Sejak dari itu lah aku mulai meminati sesama jenis.
Shhhht! jangan bagitahu papa aku! kalau mama? Erm.
Mama seorang yang sangat memahami.

" Jessica! Ada bulu di belakang skirt anda!"
Laungku kepada jessica yang tergopoh gapah berjalan laju menuju ke tandas sekolah.

' Bulu apa pula.?" Tanya Jessica kehairanan sambil memandang ke arah aku.

" Bulu la bulu bulu bulu. Hahahahha.
padanmuka werk. Aku acah je"

Aku seorang yang kuat membuli.
Pantang melihat manusia aku akan membuli dan terus membuli. Tetapi aku bukan membuli secara mental atau fizikal. Aku masih waras!
Aku masih siuman!

Dalam sedar tak sedar akhirnya aku jatuh cinta pada Jessica.

Jessica? Hmmm.
Orangnya putih melepak. Berambut keperangan. Bertubuh kecil pendek sedikit dari aku. Berwajah bujur sirih. Bermata sepet. berbibir nipis. Ya! Comel.

Dalam diam diam rupa rupanya Jessica juga menaruh minat pada aku.

" Oh My God. Do you like me also? soal aku kepadanya yang malu malu berdiri di bawah pokok pisang belakang dewan sekolah.

"Ya! i like you , Kerry."
Jawabnya tersipu malu.
Merah pipinya akibat malu.

Semasa di bangku sekolah rata rata rakan sekolah memanggil aku dengan panggilan Kerry.
Cikgu pula lebih selesa memanggil aku dengan nama Qaira.
Aku tak kisah.
asalkan mereka bahagia. itu sudah cukup bagiku.

Hmmmm. Aku ada satu perangai yang agak pelik. Aku suka gigit kuku.
ya! ini fakta yng sukar dinafikan.
pantang ada masa aku pasti menggigit kuku. terkadang luka jariku akibat kuku yang digigit terkena isi kuku.

Tapi aku tidak peduli. Makin sakit jari pada kuku ku makin aku geram dan gigit lagi dan lagi.
Mama aku kata aku memang aneh. Sejak dari lahir lagi aku dilihat suka menggigit semua jari jariku meskipun aku belum tumbuh gigi.

" Elqaira. What are doing baby?!"
Stop it!"
mama aku marah dan bercekak pinggang di hadapanku kerana asyik menggigit kuku.

Ketika itu aku baru darjah satu.

"Aaa. okay mama. i stop."
jawabku terketar.
Aku takut pada jelingan tajam mama.

"lalalalaalalala...
Padanmuka weerrkkkkk!"
Abang menjelir lidah padaku kerana aku dimarahi mama.

pum!

Botol minuman di atas meja aku baling tepat ke mulut abang aku.
Aku geram bila diejek sebegitu.
mama aku datang semula lalu menarik telinga aku. Juga telinga abangku.

Hmmm. Itu lah kisah aku zaman kecik kecik dan dahulu kala.
Seperkara lagi.
aku ini kasar dan kejam orangnya.

Tetapi aku lah gadis yang paling sweet dan comel !
Perasaan.
Ah! suka hati aku lah.

Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now