S T O R Y ( 5 )

374 14 0
                                    


" Eeee. syantiknya anak buah El sorang ni." Aku memicit kedua belah pipi bulat dan tembam miliknya.

Nama si cilik yang berusia 5 tahun itu ialah Puteri Qyssa Ezzhara binti Khayrul Arnand Eiz.
Berwajah anak mami saling tidak tumpah seperti wajah abahnya.
Hidung mancung bak seludang elok terletak, berambut sedikit beralun dan bermata bundar. Mempunyai lesung pipit di kedua pipi nya. Menambahkan lagi kecomelan puteri cilik itu.

" El pun syantik apa. El el el. Qyssa  nak hadiah bole hihihi." Tutur anak buah ku dengan sedikit pelat menunjukkan gigi nya yang rongak. Biarpun rongak namun tetap comel.

" Mana ada El bawak hadiah. hahahahaha. hari ni kan hari raya. nanti nanti la hadiah tu." pujuk aku sambil ketawa lucu dan memicit kuat hidungnya.

" Adoii sakit la El. El ni ganash." Omel anak buahku sambil meraba hidungnya yang merah.

'Ish ish budak ni hari raya pun nak hadiah jugak.' Getus hatiku.

Comel sungguh Puteri Qyssa Ezzhara. Berbaju kuning diraja dengan rambut yang bertocang dua. Pasti membuatkan sesiapa saja yang memandangnya menjadi geram.

"Baby, kan ummi dah cakap. jangan panggil macamtu. panggil acu."
kakak iparku menjegilkan matanya kepada puterinya tercinta.

Aku ketawa gelihati lalu menjelirkan lidah kepada anak buahku.

" werkkkk..weerrrk.. padanmuka kena mayah ummi. hahahahhaa." sakatku girang terasa puas hatiku saat itu.

" Werkk ummi mayah kejap jela.. El niii.. erghhh! "
ujar anakbuah seakan geram.

Kakak ipar aku pula bernama Lisa Suraya Berasal dari Shah Alam.
Berumur sebaya dengan suaminya merangkap abang kesayanganku.
Berwajah manis berkulit kuning langsat dan seorang yang sangat penyayang namun tetap tegas.

" Ala ummi. Qyssa suka panggil nama El sebab dia.. dia.. dia sendiri suruh. " jawab anak buah ku sambil menarik narik hujung dress yang tersarung pada tubuh ku.

" Hahahah Qyssa da kenapa dok tarik tarik ni. Qyssa jom kita pi dekat sana. " ajak ku sambil menarik tangan anak buah ku yang masih menarik muka kelat..

'Nak merajuk dengan ummi dia la tu. Qyssa... Qyssa.'
Getusku sendirian.

Kakak ipar aku hanya menggeleng sambil tersenyum. Tidak tahu lagi bagaimana hendak berkata kata. Silap aku juga kerana sedari kecil enggan menyuruh anakbuah tunggal kesayangan aku untuk memanggil dengan gelaran acu. Maklum la masa tu aku pun belum matang sepenuhnya. Apa yang aku tahu. Aku suka dan lebih selesa dipanggil nama. Aku merasa seakan terlalu tua bila dipanggil gelaran acu.

"Eh kak, jom laa duduk sama sama." Ujarku mesra.

" El duduk la dulu akak ada kerja sikit dekat dapur.  Jap lagi akak join okay. El tolong tengok tengokkan Qyssa tu. kalau dia nakal cubit je. " Pesan kakak ipar ku sambil menyinsing lengan baju jubah kuning diraja yang tersarung indah pada tubuhnya yang sedikit berisi dan tinggi lampai itu.

Aku mengangguk tanda mengerti. Lalu berlalu menuju ke meja santapan. Di situ kelihatan  mama dan papa berbual rancak bersama abang ku.
Mereka kelihatan sungguh gembira.
Abang pula leka dengan jenakanya yang seringkali membuatkan mama dan papa ketawa lucu.

Aku dan anak buah kesayanganku datang menghampiri.

" Ha dik. Duduk la kita makan makan sambil berborak. Tu ada ayaq jus mangga kesukaan ang sekali akak Lisa buatkan." pelawa abangku dengan loghat penangnya yang sedikit pekat. Sejak mendirikan rumah tangga loghat penang abang aku sudah tidak lagi seperti dulu.

"abang tak p mana mana ka raya pertama ni? "  Aku menarik kerusi lalu duduk dan bertanyakan soalan kepada abangku yang asyik menikmati sate ayam dan kambing di dalam piring bercorakkan mawar indah.

" Siang ni tak lagi kut. Maybe malam nanti. Ang nak ikut dak?"Soal abangku semula.

" Dak aih. petang sikit karang aku nak balik dah ikut papa dengan mama. abang keluaq ja la dengan kak Lisa dengan Qyssa okay." jawabku selamba sambil mencuri sate dalam pinggan abangku.
Sengaja mahu menyakat abangku yang segak berbaju melayu kuning diraja. 
Hari itu kami sekeluarga sedondon mengenakan warna yang sama.

" El el el. nah amik ikan ni sedapppppppppp. nyum nyum.."  kata anak buahku yang datang dari kerusi hadapan sambil meletakkan ikan tongkol masak merah yang diambilnya menggunakan senduk ke dalam pinggan yang tersedia di hadapanku."

" Eeee erkkkkk. Apa Qyssa ni orang tak nak makan ikan. dia pi letak pulak. "
Aku mulai berlari mengejar anak buah ku yang sudah pun menyorok di belakang langsir rona oren di ruang tamu rumah.

" Hahahhahha El nampak kaki Qyssa. Siap Qyssa eh El dah nampak dah. jeng jeng jeng." Usikku sambil perlahan lahan mengintip.

" Haahhahaha jangan jangan!." Jerit anak buah ku sambil menutup tubuh serta wajahnya dengan langsir.

" Tak da tak da. El nak gigit Qyssa. El dah bertukar jadi singa. Siaplaaa Qyssa lepas ni masuk dalam perut El."
Aku kembali bersuara menggertak.

" uwwaaaaa. uwwwa....uwwwa... El jangan lah. Janganla El. jangan laaa. Abah! ummi! Tolong Qyssa. El jahat.  tangkap El tu ummi.. abah..."
Ronta anak buah ku sambil menjerit ketakutan dan merayu memanggil ummi serta abahnya.

"Hahahaahhaha tau takut. haaa tu la berani lagi. Ada hati nak kenakan El. sekarang dia pula yang menangis. eeee cengengnya anak sapa la tu."
Aku ketawa riang. Puas hatiku berjaya membuatkan anak buah itu menangis semahu mahunya.

Puan Laila Marina serta Encik Mohamed Syed dan Khayrul Arnand Eiz tergelak lucu melihat gelagat mereka berdua lalu menggeleng pasrah.
Pasrah akan sikap dan keletah puteri bongsu mereka yang masih seperti kebudak budakan itu.
Itulah Kerry Aryas Elqaira. Sentiasa ceria dan gembira.
Senyuman manis tidak lekang dari bibirnya.


********************************************

Sarah Yasmeen POV.

" Awal nya hang balik Sarah? Belum pukoi 4. biasanya hang la paling liat nak balik."
Perli satu suara di sudut dinding.

Sarah Yasmeen menghempaskan punggungnya ke atas sofa rona merah hati. Lalu merebahkan badannya.  Selendang hitam yang menutupi kepala dibuka rakus lalu diletakkan di atas meja.

" Hmmmm aku takdak mood la. pening." jawab Sarah Yasmeen bersahaja.
Dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak mejelaskan kepada kakaknya yang berusia 28 tahun itu yang bernama Farah Jasmeen.

" Oh patutla. malam ni hang nak dak keluaq dengan aku?  pi umah Syuk. "
Soal Farah Jasmeen menghampiri adiknya yang sedang asyik bermain telefon bimbitnya.

" hmmm yala aku pun bosan tak tau nak pi mana."
Jawab Sarah Yasmeen dengan nada yang sedikit sebak.

" Aikk lain macam ja hang ni Sarah. Hang gaduh dengan Affy ka. Awat bole gaduh?" Soal Farah Jasmeen bersama kerutan di dahi.

" Tak dak apa laa." jawab Sarah Yasmeen lemah.

Jam menunjukkan ke angka 3.55 minit petang. Petang itu cuaca masih lagi cerah. Dari luar kelihatan ramai kenderaan yang lalu lalang. Pelbagai warna pakaian yang kelihatan. Ada yang berbaju melayu merah ada yang berkurta ungu ada berbaju kebaya biru. tidak kurang juga yang berpakaian warna warni.
Sesuai dengan gelaran warna warni aidilfitri.

Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now