S T O R Y ( 3 )

429 12 0
                                    

"  Dah besar panjang dah anak you, Laila." Kawan mama  bersuara.
Nama dia Cik Siti Fatimah. Orangnya manis serta kecil molek. Berketurunan jawa sebelah emaknya.

" Mana nak besar panjang hari hari melantak je keje. pantang nampak makanan sikit terus masuk mulut. Tengok la tu dia makan tak ingat dunia. " Mamaku pula bersuara seolah memperli aku yang tengah asyik menikmati ayam masak rendang tok wan di depan televisyen.

Pagi raya itu aku menonton drama melayu yang bertajuk 'Mercun raya Nek Tipah'. Berkisarkan seorang nenek yang teramat rindu pada cucu cucunya yang berada di kota tetapi tidak dapat balik beraya di kampung oleh kerana ibu bapa mereka tidak mendapat cuti raya.
Arahan Erma Fatima.

Cik Siti Fatimah hanya tergelak lucu mendengar mamaku berbicara.

" Ish you ni. Tak baik tau cakap macamtu. Biasalah tu. kita kecik kecik masa baya baya tu dulu pun macamtu la. Nafsu asyik nak makan je." Sambung kawan mama ku.

" Tu la kan you. Betul jugak apa you kata. Eh minum lah Siti. Tu rendang semua tu jemput la makan. jangan tengok je. "  Kata mamaku mempelawa temannya makan.

Pelbagai menu raya terhidang di atas meja makan di depan ruang tamu yang berhampiran ruang menonton. Ada rendang ayam, ada ayam masak merah, ada ketupat, ada lemang, ada kuih muih, biskut, air soya serta teh bunga,  sirap oren, jus mangga, pelbagai jenis air gas dan sebagainya.

Aku berjalan menghampiri mama yang leka berbual mesra bersama temannya.
Sambil mengangkat pinggan yang bersisa tulang menulang.

" Ma, El nak ayam tu lagi." Kata ku kepada mama yang turut memadang padaku.

Mama mencapai pinggan di tangan aku lalu mencedok dua ketul ayam rendang tokwan ke dalam pinggan.
Tidak lupa akan kuah yang pekat serta menyelerakan.

" Thanks ma. mmuahhhhh!"
Ujarku sambil mencium laju pipi mama yang sedikit merah. Solekan tipis pada wajah mama membuatkan seri kecantikannya terserlah.

"Welcome sayang. Dah pergi makan. Nanti kita nak pergi jalan jalan."
Mamaku bersuara lembut.
Maklum sahaja la di depan orang. kalau tidak kempunan la jawabnya hendak mendengar kelembutan mamanya.

Aku hanya mengangguk dan melemparkan senyuman pada Cik Siti Fatima yang sedari tadi tersenyum memandang ke arahku sehingga aku merasakan kurang selesa.

'Cantik sangat ke aku hari ni.'
Bisik ku sendirian di dalam hati.
Mula riak.

Aku seorang yang sangat pemalu.
Biarpun aku terkenal dengan sikap pembuli dan penyakat namun aku sukar untuk menghakis sifat pemalu dalam diri aku.
Mama sudah terlalu memahami aku. Oleh kerana itu dia tidak pernah memaksa aku untuk menjadi orang lain. Biar aku menjadi diri aku sendiri. Mama yakin suatu masa kelak aku pasti akan berubah.
Itulah mama. Walau garang tetap penyayang.

"Aku mengambil tempat di atas karpet lalu duduk bersila. Nasi yang berisi rendang ayam tokwan aku letakkan di atas meja kecil di hadapanku. Air sirap oren di dalam gelas plastik yang berwarna merah hati aku ambil untuk diminum.

" Erk! kenyang la pulak." kataku sendirian seolah bercakap dengan gelas dan pinggan.

Mulut sahaja mengatakan kenyang. Tapi tidak pada perut. Nasi dan ayam di dalam pinggan tetap mahu dihabiskan. Aku tidak suka membazir. Membazir adalah amalan syaitan.
Walau aku terkenal dengan sikap kasar dan sedikit kejam tetapi aku tetap tahu menilai sesuatu.

Mama aku dan kawannya masih asyik berbual di meja santapan.
Aku pula leka menikmati santapan di atas meja.
Papa aku?

Oh ya! Papa aku pula di dalam bilik tidur. Katanya hendak tidur sebentar setelah kepenatan memandu.
Papa memang selalu kepenatan dan keletihan.
Mungkin faktor usia.

"Nah ni papa bagi untuk El. Selamat hari raya aidilfitri sayang papa. Jangan beli yang bukan bukan. Simpan untuk beli benda yang berfaedah"

Teringat pesanan papa pada aku usai sahaja menghulurkan duit raya bersarungkan sampul raya upin ipin yang berisi agak tebal. Tanpa kesabaran aku membuka di hadapan papaku.
Sebaik sahaja sampul dibuka. Aku menarik perlahan duit yang sudah kelihatan.
Rm50, Rm50, Rm50, Rm50, Rm50 lagi dan lagi.
wah! kesemuanya Rm 300 ringgit. Aku lantas memeluk manja papaku.

Aku tersentak dari lamunan setelah menyedari ada susuk tubuh menghampiri ku.
Melambung tubuhku kerana terkejut yang melampau.

" Eh auntie. Terkejut saya." kataku tersipu malu.

" Termenung jauh nampak. hehe. auntie  nak balik dah ni. nanti datangla rumah beraya." ujar kawan mama ku itu sambil melagakan pipinya dengan pipiku.



Aku hanya menggangguk. Tidak tahu hendak menjawab apa. Hanya senyuman yang aku mampu hadiahkan pagi raya itu.

**********************************************

"Syalalalalalala hiya hiya bontet. Syalalalalala hiya hiya bontet. Syalalalalalala hiya hiya bontet."

" Bontet oh Bontet kenapa kamu tak pakai baju raya. Cuba pakai mesti hensem. " kataku sambil memicit hidung merah Si Bontet.

"Meow......"
Si Bontet memberi tindak balas sambil memejamkan mata nya yang bulat.

" Ish kau ni Bontet asyik meow meow meow jee. Cuba la kau jawab macamni. ' Ye bossku. Kejap lagi saya pakai baju raya.' 
Ha kan ke bagus. Ni tidak. Dok meow meow meow. Kau aku goreng jugak karang." Kataku mengomel sambil menimang nimang tubuh bulat Si Bontet.

" Ha tu laa kerja El. Bercakap dengan Si bontet tu  macam laa dia boleh menjawab. kalau dia menjawab macam tu alamatnya bumbung rumah pun boleh terbang agaknya." seloroh mamaku sambil menjeling padaku. Aku turut menjeling. Tidak mahu mengalah. Sengaja mahu mengusik mama.

" Mama bila nak jalan jalan ni. El dah lama tunggu. Dah cantik sungguh dah ni. " kataku sambil mencium geram Si Bontet kucing kesayanganku.
Aku sudah pun bersiap sedia. Tetapi mama aku masih lagi membelek belek mukanya di hadapan cermin  ruang tamu.

" Sabar lah sayang. Kejap lagi kita jalan la puas puas. Papa pun masih mandi.  " Jawab mamaku bersahaja sambil menghampiriku lalu duduk bersebelahan.

" Cantik tak mama?"
Soal mamaku.

" Can.... cantik sangat."
kataku ikhlas memuji.

"Sebab tu papa El suka."
Jawab mama tersenyum malu.

" Sebab tu ke mama? " soalku semula.
Si Bontet sudah meronta minta dilepaskan. Aku lepaskan.

" Tak la mama gurau je. Ada sebab lain juga sayang. Dah nama jodoh katakan. kalau dah jodoh tak kan kemana. " Jelas mamaku lembut.
Agak lembut berbanding tadi.

Aku mengangguk tanda faham.

" Mama naik atas dulu jenguk papa. Entah dah siap atau belum. risau kot tertidur balik. macam tak tahu papa El tu macam mana." mamaku kembali bersuara sambil menampar pahaku.

Puan Laila Marina bingkas bangun dari sofa kelabu yang terletak di hadapan televisyen. Lalu mengorak kaki berjalan menuju ke arah tangga ke tingkat atas.
Terserlah kecantikkan Puan Laila Marina menggayakan baju kurung moden rona kuning diraja ynag dilengkapi selendang putih suci bermanikkan kuning muda.
Kerry Aryas Elqaira pula tampak anggun mengenakan dress yang juga berwarna kuning diraja. Rambut perangnya disanggul tinggi membuatkan keanggunannya lebih menyerlah.




Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now