S T O R Y (2)

438 13 0
                                    


"Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar.. Laa illahaillallah huallahhu akbar.. Allahhu akbar walillahhil hamd.. "

Takbir raya indah bergema kedengaran dari masjid. Tenang sekali tatkala mendengar alunan takbir yang sungguh merdu itu.

Encik Mohamed Syed meletakkan kereta di tempat letak kereta yang masih kosong yang dirasakan sesuai dan selamat.
Puan Laila Marina sudah siap sedia untuk keluar dari pintu kereta.
Manakala Kerry Aryas Elqaira sudahpun meloncat girang terjun dari pintu kereta.

"Ma cepatla kita dah lewat ni." Aku menarik tangan mamaku yang masih terbongkok bongkok mencari selipar.
Itulah mama aku. Pantang duduk dalam kereta. pasti selipar dibuka. Bila hendak turun dari kereta tahu pula gelabah terkial kial mencari dimana seliparnya menghilang.

'Ha ini pun kau menyorok." omel Puan Laila Marina sambil menarik selipar coklatnya yang bercorak ringkas.

" Dah jom kita naik atas." ajak mamaku.

" Ye jom ma. Eh papa mana ma?" soalku melilau mencari papa yang sudah tidak kelihatan di dalam kereta.
setahunya tadi papanya masih ada disitu.

" Papa El berjalan bukan ingat orang dah. Macam tak tahu papa El tu macam mana kalau dah bukak langkah. kuda pun kalah."  bebel mama ku sambil membetulkan telekung yang sudah terpasang atas kepalanya.

" kan ma. El tadi tengok ada je kat situ. Tapi tengok tengok balik eh dah tak ada. Ajaib betul papa ni kalah lampu ajaib." jawabku turut membebel.

"Dah jom cepat kita naik ke atas. El ni makin dilayan sampai malam esok pun tak sudah sudah membebel." Perli mamaku mengusik.

" Alaa mama pun sama dua kali lima sepuluh."
jawab ku semula membidas sambil ketawa lucu.

Mama hanya menghadiahkan aku satu jelingan tajam. Aku berhenti ketawa. Kecut usus ku melihat pandang
mamaku yang seperti singa mahu menelan anak kerbau.

Ramai manusia berada di masjid ketika itu.  Banyak kenderaan yang memenuhi perkarangan Masjid Negara itu yang terletak bersebelahan Stesen Keretaapi Malaysia dan berdekatan Taman Tasik Perdana.
Aku dan mama mengorak langkah untuk pergi ke dalam bilik berwudhuk  yang terletak di tingkat bawah ruang depan untuk mengambil air wudhu.

*****************************************

"Selamat hari raya mama. Ampunkan salah silap El selama ni yang banyak membuatkan mama marah."
Ujarku seraya menyalami tangan mamaku yang duduk disebelah. Aku memeluk erat tubuh mamaku yang agak sedikit berisi.
Aku kemudian mengucup kedua belah pipi mama ku.
mama tersenyum manis memandang ku. lalu mengusap perlahan ubun ubun ku.

" Selamat hari raya sayang.  mama dah lama maafkan. Mama juga banyak buat salah pada El. Kosong kosong ye sayang. " Ujar mamaku sambil mencubit kedua belah pipi ku.

" Aduhhhh! " Jeritku sedikit kuat.

Mama memberi isyarat pada aku agar memperlahankan suara.
Aku mengangguk.

Usai sahaja bersalam salaman kini tiba msa untuk mendengar khutbah Aidilfitri.

"Antara adab berhari raya yang ditunjukkan oleh nabi s.a.w ialah memakai pakaian cantik. Allah telah menciptakan manusia dengan seelok-elok ciptaan maka wajarlah  kita bersyukur kepada Allah dengan memujiNya, tidak menyalahgunakan kecantikan untuk berbuat maksiat kepada Alllah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan fasik di tempat-tempat hiburan dan sebagainya dan kita wajib menjaga bentuk rupa parasnya sebagaimana yang dicipta oleh Allah dengan menjauhkan diri dari segala bentuk perkara yang boleh mengubah atau memburukkan serta memudaratkan kejadiannya. Kecantikan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu kecantikan batin yang berkaitan dengan akhlak, ilmu dan akal. Manakala kecantikan kedua ialah zahir atau luaran termasuk rupa paras. Adalah suatu yang malang apabila ramai hanya mementingkan kecantikan luaran dengan bersolek dan memakai pakaian cantik berjenama sedangkan akhlak tidak mengikut adab Islam. Ingatlah bahawa rupa paras kita akan pudar, pakaian kita akan lusuh. Tubuh kita akan menjadi makanan ulat dalam kubur manakala pakaian kita sebagai calon jenazah hanya kafan putih yang murah. Apa yang kita akan bawa menuju alam barzakh dan akhirat ialah pahala daripada amalan soleh termasuk akhlak yang mulia. Hiasilah hari raya kita dengan pakaian cantik berserta akhlak mulia supaya hari raya kita patuh syariat bukan menjadi pesta maksiat, hari raya berpahala bukan hari menimbun dosa."

" El..El..Elqaira.  "

"Hmmmm... jangan laa kacau.."

"Aduhhhh!"
jeritku kesakitan.

Tangan mama hinggap pada lenganku.
Rupanya aku tertidur semasa mendengar khutbah.
Aku terlentok pada bahu mama.

Mama segera menutup mulutku menggunakan tapak tangannya.

" Shtttttt. Diam la. tengok orang dah pandang pandang kat sini."
Tegas mamaku memberi amaran.

Aku menutup mata yang dirasakan masih lagi mengantuk. sekali lagi aku terlelap.

" Kerry, i love you more than you love me. i know i'm not perfect like the other girls . i feel very lucky to be your girlfriend, but i have to go......"

"Jess.  jesss.. Don' t leave me alone.!"

pang!
pipiku terasa pedih
Aku membuka mata perlahan.
mama menjegilkan mata memandang tajam ke arahku.
mama menampar perlahan pipi kanan ku.

" El ni dah kenapa ?"

" kenapa dengan El ma?

" El tu yang kenapa? mengigau macam tu sekali."

" El mengigau ke ma?"

" Ha ah la. bangun la El kejap lagi kita balik dah."

" Hmmm yela yela"

Aku menggeliat manja.

" mama lama lagi ke El lapar la tak sabar nak makan rendang ayam. Perut pun dah berkeroncong dah." soal ku kepada mama yang kushuk mendengar khutbah.

Mama hanya menjeling ke arahku.

" mama ni...  asyik jeling je keje dia."
Perli ku sambil mencapai telefon bimbit yang berada dalam beg kecil di hadapan sejadah.

Aku membuka album di dalam telefon ku.
Aku mencari satu gambar yang amat aku rindui. Aku membelek satu demi satu.
Banyak kenangan yang tercipta antara aku dengan dia.
Aku ternampak satu gambar di mana aku menabur tepung pada wajahnya.
Aku meletakkan jari telunjuk pada gambar itu. Aku usap perlahan.

'Jess... aku rindu kau. '
Detik hatiku sambil menahan airmata yang mulai berkaca daripada mengalir keluar.

Jessica adalah kekasih hatiku sejak aku bersekolah di tingkatan 3 di sekolah asrama perempuan.
Dalam ramai ramai gadis , hati ku terpaut kepadanya. Berdarah campuran melayu dan cina. berlesung pipit di kedua pipi membuatkan aku jatuh cinta pandang pertama. Dia lah yang menjadi mangsa buli setiap aku kebosanan ketika cikgu tidak masuk ke kelas.

" amoi ! tengok bawah kaki ada katak !" jeritku cemas kepada Jessica yang duduk di meja belakang.

" mana mana. mana katak."
Jessica melompat lompat sambil melibas libaskan kain sekolahnya.

Namun takdir telah memisahkan.
Jessica menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas katil hospital akibat sakit buah pinggang tahap empat.
Hubungan yang terbina hanya sempat terjalin selama setahun.
Sudah adat hidup di dunia.
Ajal maut jodoh semua itu ketentuan dari Nya.

Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now