S T O R Y ( 13 )

570 18 2
                                    

" Ma, Entah apa la papa buat sekarang ni kan? El rindu papa. Papa ada call mama tak hari ni?" Soalku seraya menyandar manja pada bahu mamaku,
Puan Laila Marina.

Mama sedang asyik menonton drama kegemarannya yang bertajuk " Seindah Airmata Najwa " di TV3. Jam tika itu menunjukkan ke angka 9 malam.

" Petang tadi papa ada call. Papa El alhamdulillah sihat kat sana. Lupa mama nak bagitahu. Papa kirimsalam tadi. " Tutur mama dengan mata yang masih terarah pada kaca televisyen.
kusyuk benar gayanya.

"Waalaikumsalam. Minggu depan papa balik kan ma? Agaknya ada tak eh papa beli ole ole?" soal ku sambil menggulung hujung rambutku sendiri. Masih terlentok manja pada bahu mamaku.

" Ada la tu kot sayang. Eh El picit kepala mama kejap. Tiba tiba rasa sakit. "
Pinta mama lalu duduk di atas lantai.
Aku hanya mengangguk dan kemudian mengikat kemas rambut menggunakan getah hitam yang berada di pergelangan tangan.

"Minyak mana ma?" Soalku.

" El ambik kat atas kabinet sebelah tv tu. Ada minyak cap kapak situ kalau tak silap mama. mama letak situ petang tadi." Jawab mamaku sambil duduk melunjurkan kaki.

Aku bingkas bangkit dari dudukku. Lalu menuju ke arah seperti yang dinyatakan.

Pungg!

Mama menampar punggungku. Aku menoleh sejenak. Mama pura pura memandang ke arah lain.

" Mama nii.." Rengekku manja.

"cepatla ada tak?"
Soal mamaku bersama tawa. Entah apa yang dilucukan olehnya.
Sukar pula untuk dikenalpasti.

" Okay ni ada. " Ujarku ringkas sambil menunjukkan sebotol besar minyak cap kapak ke arah mama yang leka memandang televisyen.

"Ha cepatla tolong picitkan kepala mama ni. Pening sangat rasa ni ha.."
Ujar mamaku pula.

" Yela mama ni sabarlaa. " Kataku sambil mengambil tempat semula di atas sofa lalu perlahan lahan memulakan tugas memicit kepala mamaku.

     " Oh oo oh oo oh oo..
I wake up every day like hello, beautiful
Cause this world is so crazy and it can bring you down
You're too short, too fat, too skinny
Hey, well excuse me if I think that I'm pretty.."

" ishh sapa pulak yang call  ni."
Omelku perlahan seakan berbisik.

Tiada tertera sebarang nama pada skrin telefon bimbit nama si pemanggil.
Yang ada hanyalah nombor yang tidak dikenali sama sekali.

" Hello." Aku memulakan bicara dengan nada suara yang tegas.

"Assalammualaikum.." Sapa satu suara di hujung talian.

"Waalaikumsalam..Sape ni?" soalku semula.

"Tak kenal ke?"
Soal satu suara yang tidak dikenali itu.

" Yela memang tak kenal. kalau kenal tak kan la saya tanya awak ni sape pulak kan." Balasku bersuara tegang. Aku pantang sekiranya orang bertanyakan soalan yang boleh membuatkan aku terasa geram dan marah.

"Saya la Batrisya. Amboi tak kan lupa kot cik kerry." 

" Hah! Mana awak dapat number saya ni??" Aku mula menyoal penuh kehairanan.

" Biarlah rahsia. hehehehe."

" Err. Kenapa call ? Ada apa apa perkara penting ke ?" Soalku sambil menyambung kembali kerja memicit kepala mamaku yang sedari tadi hanya memasang telinga.

Je hebt het einde van de gepubliceerde delen bereikt.

⏰ Laatst bijgewerkt: Mar 21, 2019 ⏰

Voeg dit verhaal toe aan je bibliotheek om op de hoogte gebracht te worden van nieuwe delen!

Airmata ElQairaWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu