S T O R Y (8)

322 7 0
                                    

Sarah Yasmeen POV.

"Mak, ceq lapaq. mak ada buatkan apa apa tak?"  Sarah Yasmeen bersuara mamai dari arah bilik tidurnya menghampiri ibunya, Puan Salmah yang leka menyapu lantai.

" Ada kat dapoq mak dah buat nasi goreng kampung. hang pi la makan. Mak masak tu ja arini. Nak pi merket beli barang barang hang tak bangun bangun mak kejutkan. mak masak apa yang ada ja. Dah pi makan, Mak nak habiskan menyapu sat ." Tutur puan Salmah lembut sambil memegang batang penyapu.

"Ada tu ja ka mak? ceq teringin nak makan ketam masak merah. Mak buatkan lah untuk ceq. ceq lapaq. mak tak kesian ka dekat ceq.." Balas Sarah Yasmeen seakan memujuk ibunya.

Puan salmah terdiam sejenak. Lama merenung lantai. Entah apa yang menerawang di dalam fikirannya saat itu.

" Kat mana ada juai ketam hang pi laa beli. Cuba hang pi tengok kat kedai pak cik Leman kot dia ada juai ketam arini. selalunya ada ja mak tengok. Hang pi la mandi dan makan sat. petang sikit hang beli la. Malam sat mak masak." Jawab Puan Salmah sambil tersenyum mesra.

Dia tidak mahu mengecewakan puteri bongsunya. Dia mahu anaknya gembira. Meskipun dia merasa keperluan untuk bulan itu cukup cukup makan. Dia tidak mahu memalit rasa sedih pada diri anak anaknya. Dia tidak mahu anak anak merasa kekurangan.  Lagi lagi setelah pemergian ayah mereka.

" Yaka mak. wah! ceq tak sabaq nak makan ketam. mak masak sedap sedap noh. Ceq saaaayaaanggggggg mak."
Sarah Yasmeen melonjak girang lalu erat mendakap ibunya. Dicium pipi tua ibunya bertalu talu.

"Ha yala. Dah dah hang pi makan mandi. anak dara apa la ni baru bangun. natahari pun dok tercegat dah atas pala."
Omel Puan Salmah sambil menggosok gosok ubun ubun Sarah Yasmeen yang terlentok manja di atas bahunya.

Sarah Yasmeen tersengih manja dan menggangguk kepala lalu mengorak langkah lalu menuju ke arah dapur yang terletak di hujung sudut berdindingkan rona oren lembut.
 

" Hilangkan rasa rasa curiga duka dan nestapa..aa..
Mari kita menyanyi lagu sha nana nana aa...
Esok kerja jadi hari ini kita berjumpa dengan si dia yang tercinta aa..
Lalalalaalaalalala."

Sarah Yasmeen bernyanyi riang sambil membuka tudung salji merah muda segi empat.
Nasi goreng kampung di dalam pinggan sungguh menyelerakan. Tanpa membuang masa Sarah Yasmeen berjalan menuju ke sinki untuk mencuci tangan lalu mengambil sudu yang terletak di atas kabinet.

Di ambil pinggan plastik berwarna merah muda lalu dicedok nasi goreng kampung. Setelah dirasakan cukup, Sarah Yasmeen lantas menutup semula tudung saji itu dan berlalu menuju ke ruangan menonton.

" Mak ceq makan dulu. Mak dah makan ka?" Tanya Sarah Yasmeen sambil melabuhkan punggung dia atas sofa rona merah hati.

Puan Salmah yang masih leka menyapu lantai berpaling lalu bersuara.
" Mak dah makan awai pagi tadi dah. hang makan ja. Pi makan habis pun tak apa. mak dah kenyang. Dah takdak sapa nak makan. Si Rauf petang sat baru balik umah. kat kolah dia ada tuisyen dia habaq dekat mak pagi tadi." Jelas Puan Salmah yang berkain batik dan berbaju tshirt putih sedikit lusuh.


"  Ni pun dah banyak dah mak. Ceq tak larat makan banyak banyak. Tak pa la sat gi mana tau mak lapaq balik ka. " jawab Sarah Yasmeen sambil mula membaca bismillah lalu menyuakan sudu yang berisi nasi goreng kampung ke dalam mulutnya.


Puan Salmah hanya tersenyum memandang. Sayangnya pada anak anak tiada tandingan. Dia sendiri rela berlapar demi anak anak tercinta. Sudah acap kali jiran jiran menasihatinya supanya jangan terlalu memanjakan anak anak takut takut dipijak dan besar kepala. Tetapi baginya biarlah dia mendidik dengan caranya tersendiri. Mulut manusia sampai bila bila pun tak dapat ditutup.


" Mah, Aku isau betoi tengok hang ni. Awat hang baik sangat dekat anak anak hang sampai sanggup tak makan ? Sanggup berlapaq lagu ni. Kita boleh ja sayang anak anak. Tak salah Mah. Tapi biaq cara yang betoi. kalau dah diri sendiri sakit lagu ni. aku pun naik isau tengok hang. " Kata Puan Senah menasihati teman baiknya.

Sejak mereka berpindah ke situ. Puan Senah lah yang selalu prihatin terhadap diri dan anak anaknya. Puan Senah seakan mengerti gusar yang melanda hati Puan Salmah.


Lama Puan Salmah berteleku setia memegang batang penyapu. Apabila tersedar cepat cepat diteruskan kerja menyapu yang masih belum selesai. Airmata perlahan jatuh mengalir ke pipi tuanya lantas diseka menggunakan hujung baju.
Walaupun Puan Salmah sudah menginjak ke angka 60an namun kudratnya tetap masih kuat  dan jarang mengalami sakit sakit badan.


**************************************


Kerry Aryas Elqaira POV.


"Huarghhhh! ngantukknya mata aku weh!  nak tidur jap." Omel aku sambil menggeliat malas. Aku meraup muka lalu baring menyandar kerusi kerja ku.
Fail fail yang berada di atas meja aku pandang seketika. Aku menghela nafas lega kerana segala kerja pada hari itu berjaya dilaksanakan tanpa ada sedikitpun kesilapan. Aku mengerling jam yang berwarna hitam jenama G-shock di pergelangan tangan.


" Ha dah pukul 4.40. Yes! tak lama lagi nak balik dah. kalau aku tidur time ni kang tak sedar pulak pukul 5." Getus ku sendirian sambil memutar mutar pen biru di dagu runcingku.
Aku segera mengalihkan perhatian pada telefon bimbitku yang terletak di sebelah fail.

" Hmm nak main facebook laa kejap. mesti ada cerita cerita sensasi ni."omel ku sendirian.

Aku membelek belek status status rakan rakan yang berada di dalam senarai rakan facebook.
Aku hanya mempunyai satu akaun. Tetapi dalam akaun itu tiada seorang pun lelaki mahupun perempuan normal termasuk keluarga atau saurara mara. Hanya yang ada golongan sejenis dan sewaktu dengan ku. 
facebook aku bernama Kerry Aryas.
Simple but nice.

Ada satu status menarik perhatian ku.
aku baca lalu tergelak sendirian.

                           -Alice Alisya-

aku x minat pada girls yang muda dari aku.
aku minat pada yg lebih tua. sebab bagi aku. yg tua lebih matang dan berpengalaman.
jangan kecam saya.


" Hahahahahahhahah! Dah kenapa perempuan ni berlagak sangat eh. Karang jatuh cinta pada yang muda dari dia baru tau. " 
Aku membebel sendirian sambil menahan perutku yang terasa kejang akibat gegaran hebat dan tawa yang meletus sebentar tadi bergema di dalam bilik.
Terasa senak perutku.

Aku kembali membelek belek status status dari rakan rakan yang lain sambil menyandar malas. Rambut yang tersanggul kemas, Aku lepaskan.
Bagi membiarkan peredaran darah berjalan dengan baik.

Aku menaip satu status yang berbunyi.

       " Apakah itu cinta?
Cinta itu sejenis apa. Sejenis makanan ke.?"

Aku cuba menahan gelak daripada terhambur. Sengaja aku mahu menguji rakan rakan facebook ku. sejauh mana tahap pemikiran dan pandangan pandangan yang bakal mereka utarakan.


" Puttt!"
Ada satu irama halus namun cukup jelas yang kedengaran dari arah kerusi yang aku duduki.
Rupanya aku terkentut tanpa sengaja.

Cepat cepat aku menutup hidung sendiri. Bimbang sekiranya lemas dalam keasyikkan udara udara segar yang bakal meresapi ke dalam aliran nafasku.







Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now