S T O R Y ( 9 )

328 11 0
                                    



" Ma, Aucarkkkk! El penat sangat hari ni ma. Ma buat apa je ni?" Soalku sambil memeluk erat mama ku yang kelihatan terbongkok bongkok menyiram pokok bunga.

Pelbagai jenis dan warna bunga yang mekar berkembang di hadapan halaman vila vanilla yang bertemakan moden rona putih.
Setiap bunga menghasilkan keunikan dan keindahan yang tersendiri.
Terasa sejuk mata memandang.


" ma tengah masak. El nak makan??" Ujar mamaku sambil mengulurkan sehelai daun yamg sudahpun bertukar kekuningan kepada ku.

" Ish apa mama ni. Sampai hati bagi El makan daun. Nampak sangat mama tak sayang El kan."Aku bersuara seakan mahu merajuk.

Puan Laila Marina tergelak lalu mencubit pipi ku sedikit kuat.
" Ha tu laa tanya lagi soalan entah apa apa. Dah tau mama siram bunga. El tanya lagi mama buat apa. kan da kena sebijik. Best tak? El penat gi naik atas mandi. Malam nanti kita keluar makan."

Aku menarik muka kelat.
Mulut dimuncungkan beberapa meter ke hadapan.

"Mama ni . Tak nak kawan karang. Nak keluar makan eh ma? kita nak gi makan kat mana? papa ikut sekali ke?" tanya aku girang. Tidak sabar ingin tahu kemana destinasi bakal dituju. Sudah terbang menghilang entah kemana rajuk sebentar tadi. pantang sahaja mendengar perkataan makan, akulah manusia yang paling bahagia sekali.

" Ish tak dan dan. Mama nak ajak El keluar makan dekat mana tu tak leh bagitahu dulu. biarlah rahsia.
Bersempena meraikan  El. Hari ni kan hari pertama El kerja dengan papa. Papa tak ikut katanya busy. Tak pa sayang, Mama kan ada. " pujuk mamaku yang seakan mengerti gusar di hati ku.

" Erm okaylah kalau macamtu El naik dulu eh. Nak mandi then rehat kejap. Eh jap pukul berapa nak gerak malam ni ma?" Soalku sambil mencabut daun kering yang berada di celah daun daun yang menghijau.

" Ye El rehatla dulu. Mungkin dalam pukul.....erm.. ha dalam pukul 8 malam macam tu. El tu jangan macam pengantin pulak bersiap. Jenuh mama nak tunggu nanti."
Omel mamaku sambil meyambung kerja menyiram bunga yang terbengkalai sebentar tadi.


" okay okay. El naik dulu."
Aku mendekati mama lalu mengucup mesra pipi nya dan mengatur langkah menuju ke dalam rumah.


Usai sahaja tiba di kamar beraduku yang terletak di tingkat atas.
Aku lantas menghempaskan tubuhku ke atas katil lau menanggalkan blazer hitam yang tersarung pada tubuhku.
Segala kepenatan yang aku rasakan perlahan lahan menghilang.
Tidak semena mena mataku terkatup rapat.




' Aryas, i suka you . you terima lah i jadi your girlfriend, please.

' Er. tapi you tak kenal i lagi.  macam mana you boleh sukakan i?'

' i suka all of your status. i dapat rasakan hati i seakan berdebar. please, be mine. mmmuahhhhh..'

'How dare you!!! don' t kiss me! i don't like!'

' But i like....'

Pang!!

' Aryas, sampainya hati you. Sakit pipi i. mak i sendiri pun tak pernah tampar i.'


'Do i care? so go now! go! go!'



" GO!!!! GO!!!! GO!!!"

"Elqaira! apa yang go go go ni.
go go power rangers ke apa.
Mengigau lagi. Tu la tidur lagi maghrib. "

Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now