S T O R Y (7)

336 9 0
                                    

"Assalammualaikum. Selamat pagi dan salam sejahtera. Pada pagi yang indah dan cerah lagi menenangkan ni, dengan sukacitanya, saya hendak memperkenalkan seorang pekerja baru dalam Syarikat kita iaitu Cik Kerry Aryas Elqaira sebagai pengurus kewangan.
Jika ada apa apa yang berkaitan kewangan mengenai syarikat sila rujuk dan berurusan dengan cik Kerry kita. Saya tak nak berlaku sebarang kesilapan lagi macam apa yang bekas pengurus kewangan syarikat kita lakukan. Dengan ini saya menyerahkan tanggungjawab dan tugas ini kepada Cik Kerry Aryas Elqaira.

Tuan pengarah Encik Mohamed Syed memulakan bicara pagi itu.
Senyuman dan tepukan kedengaran sebagai tanda mengalu alukan kedatangan Kerry Aryas Elqaira ke dalam Syarikat Syed Merpati Holding's.

" Hai selamat berkenalan semua. Saya harap anda semua boleh memberi sokongan dan kerjasama. Kalau ada apa perkara yang hendak diperbincangkan mengenai masalah masalah yang berkaitan sila utarakan kepada saya. Terima kasih."
Dengan perasaan yang berbaur gembira dan berdebar aku mulakan bicara pagi itu setelah papa bersuara.
Aku memberanikan diri untuk bersuara meskipun aku seorang yang pemalu. Aku bertekad di dalam hati. Malu itu harus diletakkan pada masa dan situasi yang bersesuaian. Malu haruslah bertempat.
Secara tidak langsung aku menjadi bersemangat dan hilang rasa malu yang bersarang pada diri aku.

Pagi itu aku mengenakan blazer hitam dengan slack hitam. Rambut disanggul rapi. Menambahkan keanggunan aku yang sememangnya sedia anggun.
Aku bukan nak angkat bakul sendiri.
Tapi itu adalah suatu kenyataan yang harus diterima tanpa ada sebarang sangkalan atau penafian.

Baiklah hari ini aku bakal menjalankan tugas yang mana boleh dikatakan agak berat. Dimana aku harus menjalankan tanggungjawab dan menggalas tugas sebagai seorang Pengurus Kewangan di dalam Syarikat papa aku sendiri iaitu Syarikat Syed Merpati Holding's yang mana bersesuaian dengan kelayakan aku.
Ijazah Sarjana Muda pengurusan kewangan.

" Selamat datang Cik Kerry Aryas. Sama sama kita bekerjasama dalam membangunkan Syarikat Syed Merpati Holding's ini. Saya Syamsiah selaku Pengurus Operator. "
Sapa Syamsiah mesra.
Seorang wanita lingkungan 30an yang agak rendah bertubuh gempal dan berkaca mata sambil menghulurkan tangan tanda perkenalan.

Aku menyambut mesra. sambil membalas senyuman manis yang terukir pada raut wajah itu.

" Selamat berkenalan cik Syamsiah."
kataku dalam nada formal. Aku sendiri tidak tahu status wanita itu.

"Panggil je kak Syam. jangan la formal sangat cik kerry. hihi."
Jawabnya tersengih menampakkan gigi nya putih bersinar.

" Oh okay okay. Selamat berkenalan Kak Syam." jawabku turut tersengih mesra.
Sebaris gigi putih ku turut menyinar. Umpama sebuah iklan  ubat gigi colgate.

Aku pula lebih suka digelar sebagai cik kerry. kerana bagi aku panggilan itu melambangkan kehormatan.  Urusan kerja adalah urusan kerja.
urusan luar pejabat adalah luar pejabat.
Aku tidak mahu terlalu bersopan santun dan lemah lembut. Aku tidak mahu ada yang memijak kepala. Bagi aku walaupun jawatan yang aku sandang tidak lah sehebat dah se gah mana. Tetapi aku bangga kerana aku bekerja di bawah satu bumbung Syarikat milik papa aku sendiri.

Aku menarik kerusi lalu duduk perlahan. Terasa sungguh memenatkan.
Aku mengurut kaki ku yang terasa agak lenguh.
Aku memicitkan kepala ku yang mulai terasa berdenyut di setiap urat kepala.
Butang blazer yang tersarung pada tubuhku aku buka bagi membiarkan udara masuk.
Panas!
rimas!
Aircond yang terpasang pada bilik langsung tidak memberi kesan buat diriku.

Peluh mulai menitik mengalir di dahi aku.
Aku mulai merasa seakan jantungku berdegup laju.
Tangan dan kaki ku mulai terasa sedikit menggeletar. perut terasa sakit dan senak pada ulu hati.
Aku meraup wajah.
Baru aku teringat aku lupa menjamah sebarang makanan pagi tadi.
Hanya air milo suam suam kuku setegah cawan yang berjaya masuk ke dalam perut awal pagi tadi.

" Macam mana la aku boleh terlupa makan pagi tadi. Aduhh. Perut dah lapar sangat ni Aku nak makan. nak makan. maaaaa. El laparrrrr.."
Getus ku sendirian.

Kebiasaannya pada waktu itu aku menemani mama di rumah ketika papa pergi bekerja. Mama adalah suri rumah sepenuh masa. Tugas mama adalah menjaga makan minum serta pakaian papa.

Tanpa melengahkan masa. Aku berlari menuju ke luar pintu bilik lalu mengorak kaki menghampiri pintu bilik papa ku.

tok tok tok !

"Ye masuk."
Kata suara di dalam memberi kebenaran.

Aku memulas tombol pintu lalu menolak perlahan lahan. Kelihatan papa sedang asyik memandang ke arah monitor di atas meja kerja.

" Ada apa El?" Tanya papaku bersuara tegas. Tidak seperti kebiasaannya semasa dirumah.

" Er pa.. Eh boss. Er El.. Eh saya.. saya lapar nak makan. Nak keluar beli makanan boleh tak pa. eh boss?"
Soal ku bersuara tersekat sekat. Teringat akan amaran papanya yang mana panggilan papa hanya diluar waktu kerja..

" Apa ?? nak keluar masa kerja? nak beli makanan? Tak boleh. " kata papaku tegas sambil menghentak fail di atas meja kerjanya.

Aku mulai berasa panas dan ingin marah. Namun aku telah berjanji pada diri aku untuk tidak kalah akan emosi yang boleh membunuh jiwa.

" Kalau macam tu. Tak apa lah boss. " jawabku sebak lalu berpaling dan menuju ke pintu. Aku pasrah.

" Hahahahaha. adoi anak papa ni. Tak la papa gurau je sayang. Tapi papa tetap tak boleh benarkan El pergi cari makanan kat luar. ini masa kerja. El kalau lapar El boleh pergi kat pantry. El bancuh la air dan makan roti kat sana. Tapi ingat jangan lama lama.
" Seloroh papa ku dalam nada yang sudah kembali ceria seperti sediakala. Papa tersenyum lalu tergelak kecil memandang aku yang sudah pun hendak menangis.

'Fuh! lega....'
detik hatiku.

" Baiklah pa.  Heheehehe. El minta diri dulu. Lapar sangat dah ni. Kang tak pasal pasal koma. " balasku sambil mengusap perut ku yang sedari tadi berdondang sayang.

Aku memang kuat makan. Tiap hari aku akan makan dan makan. Pantang ternampak makanan yang menyelerakan pasti akan aku makan.
salah satu makanan yang aku suka adalah ayam. tak kira apa pun masakan aku tetap akan makan.

Tapi..
jangan bagi aku ikan. kalau tak nak ikan tu melekat dekat dinding. kalau ikan yang melekat,  itu masih bernasib baik.
Tetapi kalau orang yang melekat kat dinding,  Haa jangan salahkan aku.

Aku memang tak suka ikan. Dari kecil lagi aku alah pada ikan. pada usia aku setahun jagung lagi,
jika disuapkan ikan pada mulut, aku langsung termuntah.

Sehinggalah aku melonjak dewasa. Aku masih tidak dapat menerima ikan untuk masuk dalam anak tekak aku serta perut aku.
Oh ikan janganlah engkau menghampiriku.

Airmata ElQairaWhere stories live. Discover now