🌸 ; t h r e e

2.8K 273 22
                                    

❝ Love you with my whole life.❞

.
.
.

"Iyaa, Hyeim tak tipu. Hyeim ada kerja di luar bandar. Hyeim akan kembali lepas beberapa minggu." bohongku. Eomma di hujung talian kudengar mengeluh.

"Aish, eomma. Kenapa mengeluh?" soalku, serba salah kerana menipunya.

"Maaf menyusahkan kamu. Terpaksa jaga eomma yang dah tua dan sakit ini. Terpaksa bekerja keras." kata eomma dengan nada sedih.

"Eomma, jangan cakap macam itu. Eomma dan Hyunjae sentiasa nombor satu dalam hati Hyeim. Jadi, walau macam mana pun, eomma dan Hyunjae tetap jadi keutamaan pertama Hyeim. Eomma janganlah risau." kataku tersenyum nipis di balik panggilan. Sesekali Yoongi yang sedang duduk di depanku pandang.

Mamat ini menakutkanlah.

"Yalah - yalah. Kamu ini pandai betul memujuk. Kat sana nanti jangan lupa makan, jaga diri. Kalau ada masalah, bagitahu eomma. Eomma ini eomma kamu." aku tergelak mendengar bebelan eomma. Aku terdiam seketika apabila Yoongi sudah menunjukkan jamnya, memberi isyarat supaya aku cepat tamatkan panggilan.

"Baik, eomma. Okaylah, eomma. Nanti Hyeim call balik. Bos dah panggil itu. Bye!"

"Bye, sayang! Hati - hati." aku terus matikan panggilan. Sekali lagi wajah dingin Yoongiku pandang.

Yoongi ambil sesuatu dari bawah katil hospitalku. Beberapa beg kertas pelbagai saiz dihulurkan padaku.

"Pakai ini, siapkan diri. Pastikan kau tak sehodoh sekarang dan jangan lambat!" pesannya sebelum bangun lalu membetulkan pakaiannya.

"Nak ke mana?" soalku.

"Jumpa bakal mertua kau." aku menelan air liur. Meremang terasa apabila perkataan tersebut disebut.

Mertua? Ergh, aku tak bersedia!

Aku keluarkan barang dalam beg - beg kertas tersebut. Gaun. Lawa weh.

Aku tersenyum sendiri. Sudah berapa lama agaknya aku tak pakai gaun ya?

Tuala, beberapa jenis makeup pun ada. Kasut tumit, beg tangan dan juga berus gigi. Ada juga beberapa perhiasan seperti anting - anting, gelang dan rantai. Dia ini nak perli aku buruk ke apa sampai banyak macam ini kasi barang?

Okay, okay. Bertenang Hyeim. Kau cuma perlu jadi isteri palsu dia selama 4 bulan. Itu saja.

Kau boleh. Kau boleh.

Huhu, ini semua mimpi ngeri!

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now