🍑 ; t h i r t y t w o

2.1K 234 2
                                    

❝ You are the most important person to me. Always will be. ❞

.
.
.

"O-oppa macam mana ini?" perempuan itu menggigil, dia tahu dia salah dan dia tahu Yoongi akan bunuhnya kalau dapat tahu dialah dalangnya.

Jimin yang sedang bekerja di pejabatnya berkerut, wajah adik angkatnya yang resah dipandang pelik. Jimin yang seakan tahu apa yang sedang jadi, terus letakkan kertas kerjanya lalu berdiri.

"Apa yang kau dah buat?" soal Jimin. Melihatkan keadaan Hwaeun yang seperti tiada arah, Jimin menuju ke arah adiknya.

"A-aku tak tahu. Ma-maafkan aku. A-aku sumpah, aku tak bunuh dia. Bu-bukan aku-"  Hwaeun menggigil. Tangannya menutup telinga. Air matanya tumpah di depan lelaki itu. Dia takut.

"Bunuh? Apa yang kau merepek ini? Siapa yang kau cakapkan ini? Hyeim?" soal Jimin. Nampaknya dia dapat baca fikiran Hwaeun.

"Oppa, mianhae. H-Hwaeun buat semua ini untuk oppa dan appa. Ap-appa kata syarikat ini untuk oppa." kata gadis genit itu tersedu - sedan.

"Hwaeun, we ve talked about this! Aku dah kata aku tak perlukan syarikat itu! Kau tak perlu buat apa - apa untuk aku! Kau tak perlu dengar cakap appa! Kenapa kau degil?" suara Jimin sudah naik seoktaf.

"M-maafkan aku. Maafkan aku." ucap Hwaeun berkali - kali.

Jimin mengeluh. Rasa kasihan mula timbul di hatinya melihat keadaan tak terurus adiknya. Bahu Hwaeun dipegang membuatkan Hwaeun memandang Jimin tepat ke dalam matanya.

"Apa yang kau dah buat?"

"A-aku dah bunuh dia! Aku dah bunuh Hyeim! Aku pembunuh!" kata Hwaeun. Terus Jimin memeluknya.

"Shh, shh." belakang Hwaeun diusap lembut bagi menenangkannya.

"We'll figure this out together okay?" kata Jimin. Hwaeun masih menangis. Dia sedar apa yang dia lakukan itu salah namun dia tak sangka perkara ini menjadi lebih teruk.

Perlahan Hwaeun mengangguk dengan kata - kata abangnya. Dirinya terasa dengan adanya lelaki bernama Park Jimin di sisinya.

Tangan Hwaeun ditarik supaya duduk di sofa pejabat. Jimin pula duduk di sofa hadapannya.

"Now tell me, apa sebenarnya yang kau dah buat? The whole story." kata Jimin lagi. Hwaeun mengelap air matanya yang membasahi pipi. Nafas ditarik sebelum memulakan ceritanya.

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now