🌸 ; e i g h t

2.3K 255 11
                                    

❝ Baby sayanggg! ❞

.
.
.

"Kau makan semua ini?" Yoongi berkerut memandang makanan yangku ambil. Aku terasa dijudge bhai.

Ramen, hotdog, kimbab tuna, tteokbokki, sandwich telur dan air botol ice lemon tea.

Apa? Aku lapar okay. Dekat rumah ibu bapa Yoongi tadi aku terpaksa cover acah makan sikit. Pada hal waktu itu aku tengah kebuluran. Hm, nak jadi menantu yang ayu konon uhuk-

"Kau nak?" soalku, mempelawa. Pada hal dalam hati aku tak nak pun bagi dia. Ah, dia nak dia pergilah beli sendiri. Sibuk nak ambil aku punya.

Aku buka penutup ramen selepas beberapa minit direndam air panas. Fuh, ramen aku dah siap. Bau dia pergh, aku lapar!

"Aku tak makan makanan murah." kata Yoongi buatkan aku rasa nak hentak kepalanya ke dinding.

Dah tak makan janganlah hina eyy. Tahu tak ramen inilah paling sedap? Oh, okay dia tak tahu.

"Kau tak rasa lagi, sebab itulah. Nah, trylah!" aku suakan mi ramen padanya namun Yoongi beri aku pandangan menjijikkan. Berkerut - kerut mukanya.

Ya tuhan, dasar anak orang kayo!

Aku tarik balik mangkuk ramenku sambil mencebik. Jangan risau ramen, anda tetap di hatiku.

"Kalau kau taknak makan, kenapa ikut? Kan aku kata nanti aku balik sendiri?" soalku sebelum menyumbat ramen ke dalam mulut.

"Aku taknak kau lari." jawapannya hampir membuatkan aku tersedak.

"Aku lari? Nak lari mana je weh? Kau dah bayarkan hutang dan tolong aku pun aku dah cukup bersyukur. Aku takkan lari punya." kataku dengan penuh yakin.

Walaupun aku perlu jadi patung dia, setakat ini semua pakaian dan makanan dia yang bayarkan. Jadi, aku tak boleh banyak sangat complain.

Yoongi hanya memandangku malas. Langsung tak terkesan dengan ucapanku tadi. Penat aku karang ayat dalam otak, dia buat bodoh je weh.

"Ah, ya. Aku lupa. Mulai esok, kau bekerja dengan aku sebagai PA. Lepas balik kerja kita pergi butik untuk test baju kau." kata Yoongi tak lepas memandangku.

"Okay." jawabku. Hotdog diambil lalu digigit.

PA pun PAlah, asalkan aku ada kerja. Takdelah aku dicap pakai duit mamat ini je.

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now