🌸 ; f i v e

2.5K 275 43
                                    

❝ Youre literally my everything, including my phones wallpaper. ❞

.
.
.

"Jadi, dah berapa lama kamu bersama?" soal Puan Min sambil memandangku. Aku pula memandang Yoongi, masih lagi tidak berbicara sepatah pun dari tadi.

"Setahun lebih." jawab Yoongi membuatkan Puan Min mengangguk. Aku tersenyum.

"Dah ada nama ke untuk baby?" soal Puan Min terujaku lihatnya. Aku bingung. Baby apa pula ini?

"Sayang, awal lagilah. Baru 3 bulan." Tuan Min yang dari tadi senyap menyampuk.

Okay, apa?

3 bulan apa pula ini? Aku mengandung?

"Tak salah kalau namakan awal - awal. Jadi, ada tak cadangan nama?" Puan Min memandangku. Aku tersenyum sebelum memandang Yoongi, meminta penjelasan kerana aku sendiri bingung.

Okay, apa yang Yoongi lupa nak bagitahu aku? Aku mengandung ke? Sahlah, aku 'mengandung'.

What the heck.

"Dia memang tak banyak cakap ke?" soal Puan Min lagi. Ha, ini semua dalah Yoongi. Dia suruh aku diam.

"Eh, taklah. Dia sakit tekak. Kalau mama dengar dia membebel, boleh berdarah telinga Yoongi tahu?" Yoongi tersengih.

"Lah, boleh geng dengan mamalah ini?" Tuan Min menyampuk, tersengih memandang Puan Min.

"Eh, mana ada saya membebel. Saya bagi nasihat kasih sayang untuk awak." kata Puan Min mencebik. Tuan Min tergelak.

Alahai, comelnya keluarga ini.

"Bik Runa, buatkan air lemon madu untuk Hyeim." arah Puan Min kepada salah seorang pembantu rumahnya. Bik Runa mengangguk sebelum ke dapur.

"Kalau mengandung tak elok sakit. Ha, ada tak craving nak makan apa - apa?" soal Puan Min memandangku.

"Dia ada cakap dia teringin nak makan coklat cadburry yang dalamnya gummy bear. Yoongi cari memang takde tapi itulah, ingat nak tempahkan." kata Yoongi selamba.

Ha, yalah. Aku lupa dia ini CEO syarikat terkemuka.

"Ha, ada baiknya kamu pergi tempah terus. Perempuan ini tak elok mengidam lama - lama. Kasihan baby itu." kata Puan Min.

Aku hanya diam dan tersenyum.

Akukan patung dia. Apa lagi yang patutku lakukan?

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now