🌻 ; t h i r t y

2.2K 231 18
                                    

❝ I love you to the moon and never come back. ❞

.
.
.

Y o o n g i ' s

Aku meraup wajahku serabut. Aku masih lagi setia menunggu berita tentang keadaan Hyeim di luar bilik kecemasan. Rasa kesal mula menerjah diriku.

"Kalaulah aku tak tinggalkan dia sendirian." keluhku sendiri. Perasaanku bercelaru. Aku tahu aku tak sepatutnya risaukan Hyeim sebegini. Hyeim bukanlah sesiapa padaku tetapi tak.

Kini barulah aku sedar, aku sudah jatuh cinta pada Hyeim.

"Yoongi! Hyeim macam mana?" soal mama setelah tiba di bilik kecemasan bersama papa. Aku berdiri mendapatkan mama.

Dari keadaanya sudah jelas aku terlalu risaukan isteriku.

Mana tak risau kalau aku balik awal sehari kononnya ingin buat kejutan buat Hyeim tetapi apa yang aku jumpa adalah tubuh Hyeim terbaring pucat di lantai yang sudah berlopak dengan darah.

Entah berapa lama dia tak sedarkan diri dan berapa banyak darah yang hilang. Keselamatan Hyeim, itu yang paling merisaukan aku sekarang.

"Ma." Mama bagaikan faham perasaanku, terus memelukku tanpa banyak bicara.

"Jangan risau. Mama yakin Hyeim kuat. Dia akan okay." kata mama sambil mengusap belakangku bagi menenangkanku

Tiba - tiba ada seorang doktor keluar dari bilik kecemasan.

"Siapa penjaga Lee Hyeim?" soal doktor muda tersebut.

"Saya suaminya." Aku mendekati doktor tersebut.

"Ma, pa, boleh tak biarkan Yoon bercakap dengan doktor sendirian?" pintaku. Mama dan papa berpandangan sesama mereka sebelum mengangguk sebelum berlalu.

"Macam mana isteri saya, dok?" soalku berdebar.

"Isteri encik selamat tapi dia masih berada dalam keadaan koma." kata doktor berkaca mata itu.

"K-koma? But kenapa?"

"Encik tahu tak isteri encik allergik pada kacang? Encik bernasib baik kerana kuantiti kacang yang diambilnya hanyalah sedikit. Kalau tak, isteri encik mungkin tak dapat diselamatkan." terang doktor tersebut.

Aku menyikat rambutnya ke belakang, serabut. Aku baru teringat sesuatu.

"Ada kacang tak dalam coklat ini?" soal Hyeim sambil membelek coklat yang diberiku sebentar tadi.

"Manalah aku tahu. Tengoklah label dia." kataku malas melayannya.

"Takpelah, kau ambillah balik. Aku taknak." kata Hyeim tersenyum pendek.

"Taknak sudah!" aku rampas semula coklat itu darinya.

"Eh, janganlah merajuk!"

Langsungku tak terfikir mengapa dia menolak. Apa yang aku fikir ketika itu adalah dia sedang mengada-ngada. Apa punya suami aku ini?

"Ada lagi satu perkara, pendarahan yang teruk berlaku kerana pengambilan ubat pengguguran yang mempunyai dos yang tinggi. Encik tahu tak isteri encik ada ubat begini? Dia tak mengandung, itu yang membahayakan dia." aku berkerut memandang doktor tersebut.

"Ubat pengguguran? Saya tak rasa isteri saya akan ambil ubat - ubat macam itu." kataku bingung. Doktor tadi mengeluh.

"Saya harap encik tabah dengan semua ujian ini. Encik boleh melawat isteri encik selepas ini. Aku sudah pindahkan isteri encik ke wad." Doktor memegang bahuku sambil tersenyum pendek.

"Dok, boleh tolong tak?" soalku. Cuak juga nak minta sebenarnya.

"Ya?"

"Tolong rahsiakan tentang kandungan isteri saya. Tolong buatkan seperti dia betul - betul keguguran. Saya taknak parents saya tahu isteri saya tak mengandung. Saya merayu."  kataku. Doktor melihatku pelik.

"Baiklah."

"Terima kasih."

Aku pergi ke mama dan papa yang kelihatan masih risau.

"Hyeim-" aku meraup mukaku stress. Mama dan papa masih lagi memandangku, tertunggu - tunggu.

"Hyeim keguguran dan sekarang ini dia koma." sambungku. Aku terduduk di kerusi menunggu.

"Ya tuhanku." mama menutup mulutnya terkejut. Satu dia melihatku.

"Sabar ya, sayang? Ini semua ujian." mama memelukku lagi sekali.

Sekarang ini bengang. Semua ini jadi disebabkan angkara orang. Siapa yang berani sentuh Hyeim aku?

---

Ohkay, sila cringe sebab aku dah makin mengarut.

Me typing this baby while cringing after reread it got me like;

Me typing this baby while cringing after reread it got me like;

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sekejap je dah chap 25 hm hm. Cepatnya depa membeso (;∀;)

Welp, panjang lagi story so dont worry. Aku ada lagi seketul story but aku tak tahulah nak habiskan ini dulu baru pub or just pub sementara idea masih masyuk (͡° ͜ʖ ͡°)

Mana satu ya?

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now