🍑 ; t h i r t y f i v e

2.1K 240 19
                                    

❛ No matter how much youve changed, youre still my precious baby. ❜

.
.
.

"Aduh!" aku menoleh apabila ada dentuman kuat diikuti dengan suara dari luar bilik wadku. Dah kenapa itu?

Pintu dibuka. Seseorang masuk bersama satu teddy bear bersaiz gergasi. Aku berkerut.

"Sayang, this is for you!" Yoongi tersenyum menampakkan gusinya sebelum menyerahkan teddy bear itu kepadaku. Aku bingung sendiri.

"Untuk apa?" soalku pelik.

"Lah, tak boleh ke saya bagi isteri saya hadiah?" soal Yoongi kembali. Sejak bila pula dia anggap aku isteri dia?

Aku lihat sekeliling. Takde orang.

"Kau boleh hentikan lakonan kau kot." kataku apabila sudah pasti hanya kami berdua ada disini.

"Lakonan apa yang awak cakapkan ini?" Yoongi tarik muncung. Terkebil - kebil aku memandangnya. Apa dah jadi selama aku si hospital ini?

Aku tahu aku di hospital kerana diracun tapi langsung tak ingat kejadian itu. Kosong. Tiada. Nothing. Nada.

"Kau tak sihat ke Yoongi?" aku lekapkan belakang telapak tanganku pada dahinya.

"Elok je." aku pandang wajahnya.

"Saya okaylah. Awak itu, jaga kesihatan. Cepatlah sihat, saya nak bawa awak ke zoo ini. Lepas itu kita pergi dating dekat funfair pula." tersengih Yoongi berbicara.

Zoo? Funfair? Aaa, aku nak pergi!

"Alaaa, awak tanyalah doktor. Suruhlah dia cepat - cepat keluarkan saya. Bosanlah! Dah lama saya duduk sini." aku mengeluh. Eik, aku terguna saya - awak. Ha, terikut Yoongilah ini.

Aku pandang Yoongi yang semakin lebar senyumannya.

"Awak nak keluar awal ke? Tapi doktor kata badan awak masih lemah. Nanti pengsan macam kelmarin lagi macam mana?" soal Yoongi, risau riaknya.

Kelmarin itu memanglah aku pengsan. Bangun - bangun koma lepas itu menangis bagai nak rak. Mana tak 'tidur' balik aku?

Tolonglah aku nak keluar. Aku bosan. Nak pergi zoo. Nak makan sedap. Nak pergi funfair juga huhu.

"Yoongi, please?" aku genggam tangan Yoongi sambil buat muka kasihan. Tolonglah berhasil. Even muka aku macam cekodok sekarang ini.

Yoongi menoleh, mengelak pandanganku. Telinganya merah.

Eh?

"S-saya cuba tanya doktor. Tunggu sini." katanya sebelum mengambil langkah keluar dari bilik wadku.

Eh-

Eh eh eh eh?

Yoongi blushingkan tadi? Seriuslah?

Aku tersengih. Comel juga reaksi dia.

❛ Contractual Wife ❜ + m.yoongiWhere stories live. Discover now